Friday, August 17, 2012

Pergi dan kembali


بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan al-Quran hampir meninggalkan kita. Pergi dan akan kembali pada tahun hadapan.

Tiada siapa yang yakin bisa bertemu kembali dengan bulan yang begitu mudah untuk beramal dan meraih pahala berganda.

Kebanyakkan dari para salaf sangat khuatir takut amalan mereka tidak diterima di sepanjang bulan Ramadhan sehinggakan mereka berdoa selama 6 bulan agar diterima segala amal dan berdoa lagi selama 6 bulan agar dipertemukan dengan Ramadhan.

Dari Fudholah bin ‘Ubaid, beliau mengatakan, "Seandainya aku mengetahui bahawa Allah menerima dariku satu amalan kebaikan sebesar biji benih saja, maka itu lebih kusukai daripada dunia dan seisinya, kerana Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa." [QS Al Maidah: 27]

Ibnu Diinar mengatakan, "Tidak diterimanya amalan lebih ku khawatirkan daripada banyak beramal."

‘Umar bin ‘Abdul Aziz berkata tatkala beliau berkhutbah pada hari raya Idul Fitri,

“Wahai sekalian manusia, kalian telah berpuasa selama 30 hari. Kalian pun telah melaksanakan sholat tarawih setiap malamnya. Kalian pun keluar dan memohon pada Allah agar amalan kalian diterima. Namun sebahagian salaf malah bersedih ketika hari raya Idul Fitri.

Dikatakan kepada mereka, “Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.” Mereka malah mengatakan, “Kalian benar."

Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut diterima ataukah tidak.” Itulah kekhawatiran para salaf.

Di penghujung bulan Ramadhan ini, hanya ampunan dan pembebasan dari siksa neraka yang kita harapkan dari Allah yang Maha Pengampun. Marilah kita sama-sama memohon semoga Allah menerima amalan kita semua di sepanjang bulan Ramadhan dan menjadikan kita insan yang istiqamah dalam menjalankan ibadah selepas bulan Ramadhan.

Teman tercinta, selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri, maaf atas segala silap dan salah. Saya doakan semoga kalian semua selamat pergi dan kembali dalam perjalanan ke kampong bagi merayakan Idul Fitri yang mulia. Moga Allah permudahkan perjalanan kalian semua. Saya doakan juga semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian...aamin

Taqobalallahu minna wa minkum..

Sekian, jumpa lagi selepas hari Lebaran, dengan izin~Nya.

58 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.. amiin

    Mereka bersedih walaupun mereka banyak amalan lagi bertakwa.. berbanding dengan diri kak ini sukar menyatakannya.. sedih sebab terasa sangat kurangnya amalan. Semoga Allah mengampuni dan merahmati..

    Selamat Menyambut Hari 'Idul Fitri.. maafkan segala kesilapan jika ada.. semoga Allah terima amalan kita semua.. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin

      Begitulah juga diri saya, kak! Amalan sangatlah sedikit dan usia pun makin berkurangan untuk menambahkan bekalan. Moga Allah berikan kekuatan untuk terus istaqamah beribadah kepada~Nya.

      Terima kasih kak, jika ada kesilapan saya sentiasa memaafkan dan begitulah saya, mohon maaf..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Ustaz

    Selamat menyambut aidil Fitri dari kakcik buat Ustaz sekelurga.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kakcik, salam aidil fitri buat kakak serta keluarga..

      :)

      Delete
  3. Minnawaminkum taqabbal ya kareem. Salam Ramadhan yang dirindui selalu & 'Idilfitri muncul menyinar buat Ustaz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran ya saudara. Ramadhan berlalu menghidu amal-amal kita bersamanya untuk menemui Allah dan moga Allah menerima segala amal kita dan diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun depan..aamiin

      Delete
  4. slmt mnymbut hr rya.. maaf zahir batin dr sy sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Hari Raya juga buat Maiyah sekeluarga..

      Delete
  5. Assalamu'alaikum wbt..

    Aamiin Allahumma Aamiin..
    InsyaAllah ya sahabat, mudahan-mudahan Allah SWT berkenan menerima amal kita semua, sama2 doa..

    Moga sahabat sekeluarga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik, dalam mahabbah, sakinah, inayah dari-Nya, aamiin

    Salam Lebaran, maaf zahir batin juga ya sahabat :)

    syukran katsir perkongsian ilmunya, alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa sahabat, moga sahabat sekeluarga juga sentiasa dalam limpahan mahabbah, sakinah, inayah dari~Nya dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...aamiin

      Salam Aidil Fitri ya sahabat, maaf atas segalanya..:)

      Mudah-mudahan Allah SWT berkenan memberi kita peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan...aamiin

      Delete
  6. Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarkatuh. . . .
    Perkongsian Ilmu yang sangat bermanfaat. . . Alhamdulillah. . . . Jazakallahu khairan katsiran. . . .pada kesempatan ini pula aisyah mengucapkan selamat hari raya idul fitri mohon maaf lahir dan batin kepada akhi Abd Razak . . . .semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Swt. . . amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Selamat hari raya ya ukhti Aisyah
      Maaf zahir batin
      Taqabballahu minna wa minkum...
      Barakallahu fik..

      Delete
  7. Assalammualaikum wbt.
    Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin buat ustaz sekeluarga. Semoga ceria di hari raya. Tazkirah yang amat bermanfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin juga buat cikgu sekeluarga..

      Terima kasih kembali..

      Delete
  8. السلم عليكم ورحمة الله

    semoga dipanjangkan umur oleh-Nya utk bertemu lagi dgn Ramadhan al-mubarak. selamat hari raya, semoga berbahagia selalu dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga Allah perkenankan doakan sahabat..

      Selamat Hari Raya Maaf atas segalanya..

      Taqabalallahu minna wa minkum..

      Delete
  9. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf atas segalanya..

      Taqabalallahu minna wa minkum..:)

      Delete
  10. Assalamualaikum ktk..:-)
    Moga ktk dianugerahkan kesihatan yg baik dan dirahmatiNya selalu..amin..

    Slmt hari raya buat ktk sekeluarga..maaf andai ada salah dn silap spjg persahabatan kita...tksh utk ucapan ktk di ruangan komen blog kmk ya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kitak, moga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya sentiasa...aamiin

      Selamat hari raya juak buat kitak sekeluarga dan kamek maafkan segala silap dan salah kitak jika ada...:)

      Taqabbalallahu minna wa minkum...:)

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  11. Assalamu'alaikum
    Semoga doa kita semua, memohon pada akhir Ramahdan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka Allah akan dipenuhi-Nya. Semoga sihat sejahtera dan bergembira menyambut Syawal mulia bersama orang-orang yang disayang. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga abg temuk pun demikian juga, sihat sejahtera dan bergembira menyambut syawal yang mulia disamping di sisi keluarga tercinta..

      Delete
  12. salam sahabat ^_^

    Taqabballahu minna wa minkum...salam aidilfitri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..:)

      Terima kasih ya sahabat, Salam Lebaran :)

      Taqabalallahu minna wa minkum shiyamana wa siyamakum...aamiin

      Delete
  13. Assalamualaikum wbth..

    Selamat Hari raya .....Maaf zahir Batin dari Tirana Aduka Sekeluarga,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih...Selamat Hari Raya juga buat Tirana Aduka sekeluarga..

      Maaf zahir dan batin...

      Delete
  14. Assalamualaikum ustaz

    selamat hari raya maaf zahir batin

    dan berharap amalan2 yg telah kita lakukan diterima InsyaAllah..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukran KY...

      Mudah-mudahan dengan itu kita beroleh menjadi orang yang bertakwa..

      Delete
  15. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan batin....
    Taqabalallahu minna wa minkum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara...
      Selamat Hari Raya Aidil Fitri
      Maaf atas segala silap dan salah..
      Moga Allah menerima amalan baik kami dan amalan baik kalian

      Delete
  16. Taqobbalalloh minna wa minkum, semoga Ramadhan dan 'Aidil Fitri yang telah berlalu berbuahkan ampunan dan menjadikan pribadi-pribadi kita sebagai pribadi yang takwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamiin ya Rabbial 'Alamin..moga Allah perkenankan doa..

      Delete
  17. Taqabbalallahu Minna waminkum....

    Salam eidulfitri buat saudara abdul razak sekeluarga. Saya pohon ampun dan maaf andai kesepian saya mengundang salah dan silap. Maaf juga andai ada tersalah kata dan bahasa. Saya doakan semoga saudara sentiasa diberikan kekuatan untuk terus menyampaikan dakwah di sini. jazakaAllahu khairan kathira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kemenangan, moga Allah terima segala amalan baik kita semua..aamiin

      Salam Idul Fitri juga buat saudari afida sekeluarga di sana. Bagi saya tiada salah dan silapnya atas kesepian saudari dan terima kasih atas kesudian berkunjung ke sini serta doanya. Moga Allah permudahkan segala urusan saudari di sana...aamiin

      Delete
  18. slmt hr rya

    sy slalu ssh hti takut
    amalan sy x sempurna
    tp sy yakinkan diri
    sdh kewajiban sy menunaikannya
    hnya Allah yg lebih tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya...

      Bila hati merasa takut, kita sentiasa berwaspada
      Sentiasa memperbaiki diri dan amal
      Moga dengan pertolongan Allah ianya di atas jalan yang benar..

      Delete
  19. Assalamualaikum Wbth Tuan...
    singgah dikala letih berhari raya...
    cari info sikit disini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Teruskan pencarian anda tu...

      Delete
  20. tk atas tazkirah. Raya dah habis. Kerja macam biasa untuk hari esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama saudara, kita sudah kembali kepada fitrah kejadian kita dan sebolehnya kita berusaha untuk tidak mengotorinya dalam kita berusaha mencari rezeki...

      Delete
  21. hati berdetik.. adkh msh ada rmdn untukku d thn hdpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita tidak jamin umur kita boleh sampai ke tahun hadapan, semuanya atas kehendak Allah...

      Delete
  22. Salam Saudara Razak. Saya ingin memohon kemaafan jika ada keterlanjuran. Semoga hari Lebaran disambut dengan penuh keriangan. Selamat berpuasa 6 sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Saya pun sama, mohon maaf atas segala silap dan salah..

      Terima kasih..

      Delete
  23. salam Tuan,

    Eid Mubarak. Kullu A'min wa antum bikhair..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih...moga segala amalan diterima~Nya

      Delete
  24. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin buat Ustaz sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan..

      Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...

      Delete
  25. seleamat hari raya.halalkan kata2 etuza ya. lama tak bertegur sapa di ruang maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cikgu, terima kasih...

      Selamat Hari Raya Eidul Fitri, maaf zahir dan batin

      Delete
  26. salam ustaz.. salam merdeka.. smg suatu hr nanti ngr kt betul2 bebas dr anasir liar.. ameennn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Terima kasih, moga kita semua merdeka dari belenggu noda dan dosa...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.