Friday, October 05, 2012

Adab sebelum mati


بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat, dalam kitab yang masyhur di kalangan generasi datuk nenek kita ialah kitab "Perukunan", ada "Perukunan Jamaluddin" dan yang tersohor ialah "Perukunan Melayu" atau "Perukunan Besar" yang dikarang oleh Tuan Haji Abdur Rasyid Banjar. Kitab ini masih di pasaran, boleh dikata ramai tok nenek kita dulu mengaji menggunakan kitab ini. Di sini, kuperturunkan satu ingatan yang menarik untuk tatapan kita bersama. Pada mukasurat 59 - 61 tertera:-

Ini kitab menyatakan haluan yakni aturan kepada sekalian yang empunya haq. Ketahui olehmu wahai tholib, hendaklah diketahui sebelum berpindah kita dari dunia ke negeri akhirat:-

Adapun aturan kita kepada Malakul Maut itu 4 perkara:
  1. Taubat daripada segala dosa pada tiap-tiap malam dan siang;
  2. Suka kita jikalau dihinakan orang, jangan membesarkan dirinya;
  3. Membayar qadha kita;
  4. Berkehendak kepada Allah.
Adapun aturan kita kepada kubur itu 4 perkara:
  1. Meninggalkan mengumpat orang dan mengadu-ngadu;
  2. Jangan dengki dan dendam akan orang Islam;
  3. Bersuci diri iaitu istinja` daripada kemih dan tahi;
  4. Sembahyang pada tempat yang suci.
Adapun aturan kita kepada Munkar dan Nakir itu 4 perkara:
  1. Mengucap syahadah pada tiap-tiap malam dan siang dengan suci hati dan fasih lidah;
  2. Tasdiq akan maknanya di dalam hati kita;
  3. Jangan berkata-kata dusta;
  4. Hendaklah memeliharakan segala orang mukmin.
Adapun aturan kita kepada timbangan itu 4 perkara:
  1. Hendaklah berguru ilmu serta mengerjakan dia;
  2. Hendaklah suci segala pekerjaan;
  3. Hendaklah berbaik perangai kepada segala makhluk;
  4. Syukur kepada Allah Ta`ala segala pekerjaannya yang baik.
Adapun aturan kita kepada surat-surat kira-kira itu 4 perkara;
  1. Jangan banyak kata yang lain daripada menyebut-nyebut nama Allah;
  2. Hendaklah memendekan umur yakni bercita panjang umur;
  3. Hendaklah berbanyak-banyak pujiannya kepada Allah Ta`ala;
  4. Hendaklah berbanyak sedekah.
Adapun aturan kita kepada titian Shirathal-Mustaqim itu 4 perkara:
  1. Hendaklah berkasih-kasihan samanya Islam dengan kerana Allah;
  2. Berbuat bakti kepada ibu bapa kita;
  3. Jangan menyembunyikan pengiriman orang;
  4. Berlaku menurut laku orang kebanyakan, supaya jangan kelihatan orang amalannya.
Adapun aturan kita kepada neraka itu 4 perkara:
  1. Membaca Quran seboleh-bolehnya;
  2. Menangis pada siang dan malam kerana takut akan Allah Ta`ala;
  3. Meninggalkan segala pekerjaan maksiat dengan menjauhi daripada haram;
  4. Jangan berbuat zina.
Adapun aturan kita kepada syurga itu 4 perkara:
  1. Buat kebajikan;
  2. Kasih akan awliya-Ullah;
  3. Mengerjakan segala suruh Allah Ta`ala;
  4. Memberi orang meminta.
Adapun aturan kita kepada Rasulullah s.a.w. itu 4 perkara:
  1. Kasih akan Rasulullah;
  2. Mengikut segala perangai Rasulullah;
  3. Berbanyak-banyak membaca sholawat;
  4. Kasih akan segala ulama yang mushannif yakni yang zahir pengajarnya segala kitab.
Adapun aturan kita kepada Allah SWT., maka sekurang-kurangnya itu 4 perkara dan jikalau dinyatakan itu terlebih banyak:
  1. Menyuruh segala manusia berbuat kebajikan;
  2. Menegah segala manusia berbuat kejahatan;
  3. Beri'tiqad yang sempurna kepada Allah Ta`ala;
  4. Syukur dan redha akan barang yang dihalalkan Allah Ta`ala dengan mengerjakan segala suruhan~Nya dan menjauhi segala yang ditegahkannya.
WaAllahu a'lamu bis showab wa ilaihil marji`u wal ma-ab.

Teman, fahami betul-betul segala aturan di atas. Kalau aturan betul tertunailah segala hak dan selamatlah dari tuntutannya. Kalau ada yang kurang jelas, bolehlah mohon penjelasan daripada tuan-tuan guru kita.

26 comments:

  1. ya Allah...sejuk kepala bila KY baca ini..banyaknya yg belum dilakukan, memang ada yg KY kurang faham, InsyaAllah...nanti kalau ada kelas lagi, KY akan bawa persoalan ini untuk tanya ustazah kat situ..mekasih ustaz..selalu berkongsi ilmu yg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesanan Pengarang Kitab tersebut sungguh bermakna bagi kita semua, agar apa yang kita berbuat dalam susunan mengikut syariat..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    syukran jazilan syeikh atas tazkirah, klu membaca pada senarai tu...mmg byk 'preparation' yg sepatutnya ana buat....semoga terkejar dan semoga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya syeikh...ana pun begitu, banyak perkara perlu difikirkan, termasuklah apa yang ditulis di blog ni kerana ianya bukan hanya dinilai oleh manusia tapi dinilai oleh Allah Azza wa Jalla kelak. Jika ia baik dan mendatangkan manfaat buat manusia yang membacanya dan mendapat pahala di sisi Allah maka beruntunglah. Tapi jika ianya di sebaliknya kita bimbang azab Allah menanti kita....Allahu Rabbi tiada siapa dapat menolong kelak...

      Delete
  3. Assalamualaikum...
    Banyak yang tertinggal di sini.
    Insyaallah, post2nya akan digeledah.

    Secara ringkas, aturannya beramal dengan AL-Quran.

    Moga Allah Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya, lama menghilang dengan kesibukan.
      Pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk digeledah..:)

      Aturannya bisa menjinak jiwa..

      Terima kasih..:)

      Delete
  4. Assalamualaikum:-)
    Berbahagialah mereka di sana andai segala aturan diamal dgn penuh ketaqwaan..
    Sesungguhnya itulah janji Allah pd hambaNya...
    :-)

    Tksh utk ilmu..dan peringatan..moga ktk sentiasa dipeliharakanNya. ..dan diberkati selalu..Amina

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Takwa bisa membahagiakan seseorang sehingga dapat mengecapi kemanisan dalam setiap detik kehidupannya dan cinta kepada Penciptanya...:)

      Terima kasih atas kunjungan kitak, moga kitak sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya baik di dunia mahupun di akhirat..aamin :)

      Delete
  5. assalamualaikum...
    moga kita sedaya upaya menunaikan segala aturan di atas...

    saya juga sedang menadah kitab perukunan ni..baru2 belajar saja ustaz..

    JZKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin ya rabbial 'alamin, moga Allah bimbing..

      Alhamdulillah teruskan usaha, moga Allah memberi kefahaman..

      Afwan..:)

      Delete
  6. hebatnya Allah itu mengatur kita dengan 4 perkara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, semuanya dicipta dan diatur untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Terserah kepada kita untuk memilih.

      Delete
  7. amalan mulia dan sifat mulia pada penjelasan diatas sangat luar biasa bila setiap mu'min mengamalkannya,
    Islam dan kejayaannya akan nampak di bumi Allah ini,
    Semoga kita yang dhoif dikaruniai taufiq dan inayah-Nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudaraku, amalan itu bisa mengangkat darjat seseorang dan dimuliakan Allah di sisi~Nya..

      Terima kasih..

      Delete
  8. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.

    Dulu ada simpan kitab ni. kepunyaan arwah bapa mertua.. dalam tulisan jawi. Tapi kini tak tau di mana mungkin masih ada di celah-celah buku yang lain.

    Begitulah hidup kita kan. Bila tak ada peraturan tentu haru biru. Mudah-mudahan kita tetap atas hidayah taufik Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak pun sentiasa beroleh kesejahteraan dan redha Allah SWT...aamiin

      Benar kak, semua aturan itu sudah tersedia dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan apa yang harus kita perlakukan ialah dengan mengamalkannya. Jika tidak bisa terjerumus dalam kancah maksiat.

      Terima kasih kak...:)

      Delete
  9. Assalamualaikum ustaz..
    Dh lama tk ziarah sini..byk entry..skrg baru ada kelapangan nk membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kerana sudi singgah...
      Nanti ada masa singgah lagi ya kak! :)

      Delete
    2. Salam saudata Abd Razak
      Semoga sihat

      Terima kasih berkongsi isi buku perukunan ini.

      Insyallah selamatlah hidup kita seandainya peraturan2 itu boleh diamalkan. Allah telah sediakan jalan2 untuk kita balik ke 'kampong' kita dan tinggal dengan aman di sana nanti.

      Kak ani jugak ada buku ni. Ayah kak ani punya. Bila dah ada buku2 baru dikeluarkan dan rasa lebih mudah faham, buku perukunan ni jarang dibuka lagi.

      Delete
    3. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga kakak sihat juga di sana...aamiin

      Benar kak, kasih sayang Allah SWT kepada kita meliputi segalanya kerana Dia mencipta kita bukan untuk diseksa. Namun, kebanyakkan dari kalangan kita meninggalkan segala arahan~Nya dan memilih untuk tidak bahagia di sana nanti.

      Delete
  10. Allah...ilmu ni...sy copy ye tuan...syukran :)

    ReplyDelete
  11. Semalam saya menziarahi jenazah besan mak saya. Masa sampai, jenazah sudah siap dikapan dan dimandikan oleh 8 anak perempuannya, termauk kakak ipar saya, dan beberapa cucu perempuan. Aruah ada 14 anak. Saat saya membuka penutup wajah jenazah....Subhanallah! Bibirnya menguntum senyuman yang amat manis, dan wajahnya sungguh bersih. Ya Allah...jadikanlah jenazah saya nanti sedemikian rupa saat ditatap buat kali terakhir oleh mereka yang mengiringi saya....mSe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung mempunyai anak-anak yang dapat menyempurnakan fardhu kifayah kepada jasad ibunya dan itulah jasa terakhir buat jasadnya.

      Terima kasih cikgu...

      Delete
  12. Ulasan yang lengkap mengenai Al'Asr... terima kasih dan salam kenal ya,,,

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.