بسم الله الرحمن الرحيم
Temanku yang dikasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah kurniakan kita semua keselamatan, selamat di dunia dan lebih-lebih lagi selamat di akhirat kelak.
Hari ini adalah hari Arafah dan kepada mereka yang tidak mengerjakan haji sangat dianjurkan berpuasa sunat. Mengenai keutamaan puasa Arafah disebutkan dalam hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ
عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” [HR. Muslim]
Mengenai hari Arafah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?" [HR. Muslim]
Esok pula merupakan adalah Hari Raya Korban maka marilah sama-samalah kita meriahkan hari raya akbar ini dengan amalan-amalan sholeh, dengan takbir dan tahmid, juga sholawat atas Junjungan Nabi SAW, juga dengan ibadah khusus padanya iaitu menumpahkan darah haiwan-haiwan korban serta bersedekah dengan dagingnya kepada para faqir dan miskin.
Sesungguhnya Imam ath-Thabrani rahimahUllah meriwayatkan Sayyidina Ibnu 'Abbas radhiyaAllahu 'anhuma menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Wang yang dinafkahkan untuk menyembelih haiwan korban pada hari raya 'Aidil Adha adalah harta yang paling dicintai Allah." Oleh itu, jangan lalai, jalan leka, jangan alpa, untuk meraih kecintaan Allah SWT.
Moga sholat, puasa, haji, zikir, takbir, sholawat, korban dan lain-lain ibadah kita diterima Allah SWT.
Ya Allah ya Tuhan kami, cukupkanlah rezeki kami supaya dapat kami menziarahi Baitullah dan dapat menyempurnakan ibadah haji yang telah Engkau perintahkan. Selamatkanlah kami, kurniakanlah kami afiat dan keredhaan~Mu, begitu juga hamba-hamba~Mu yang ketika ini sedang mengerjakan ibadah haji...Aamiin

assalamualaikum
ReplyDeleteselamat berhari raya.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih...
Selamat Hari Raya Korban :)
Assalamu'alaikum Ustaz...
ReplyDeleteSelamat menyambut Aidil Adha.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSyukran..:)
Selamat Hari Raya Eidul Adha..
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSemoga saudara sihat hendaknya..
Selamat Hari Raya Eid ul Adha
semoga amalan kita di berkati
dan diterima Allah hendaknya
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAlhamdulillah saya sihat..
Moga saudara pun demikian juga..
Selamat menyambut Hari Raya Eid ul Adha..
Assalamu'alaikum wbt..
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal'alamin...
Alhamdulillah, perkongsian ilmunya.
Jazaakumullahu khairan katsir ya sahabat
Salam Eidul Adha, barakallahu fik^^
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa sahabat, moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat sahabat yang jauh di sana dan kesihatan yang baik...aamiin
Selamat Hari Raya Korban..
Afwan...Allah ya barik feek
Assalamu'alaik yaa akhil kirom,
ReplyDeletesungguh beruntung mu'min pada hari idul adha mampu berqurban dg hewan terbaiknya,
taqobbalalloh minna wa minkum....
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMoga hasil dari korban yang dilakukan dapat melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
Syukran ya akhi...:)
assalamualaikum ustaz.
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha Ust .. mohon maaf banyak2 sebab sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSelamat Hari Raya Eid ul Adha Tuan Haji...:)
Takpe tuan haji, ada masa singgahlah...
Assalamualaikum..Aamiin..tersentuh dengan doa sahabat ini..moga sahabat sentiasa dalam keberkatan dan rahmatNya..Salam Aidil Adha :)
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih mendoakan saya, moga sahabat juga sentiasa dalam keberkatan dan rahmat~Nya...aamiin
Selamat Hari Raya Eid ul Adha...:)
Salam Aidil Adha ustaz...
ReplyDeleteTerima kasih cikgu...
DeleteSalam Eid ul Adha juga buat cikgu sekeluarga..
Assalamualaikum sahabat,
ReplyDeleteAmin ya robbal alamin. Semoga doa hamba-hambamu ini dimakbulkan.
Selamat menyambut Hari Raya Qurban. Semoga segala ibadat kita diberkati dan diterima olehNya.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih sahabat..
Selamat Hari Raya Korban..
Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim a.s. serta keluarganya.
Assalamualaikum, sdr..
ReplyDeleteSalam Eid Al-Adha..
bersama-sama kita mengenang peristiwa di sebalik sejarah korban..ketaatan dan kecintaan yg tertinggi kpd Allah SWT..Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah..mengambil ibrah & menterjemahkannya di dalam kehidupan..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteIbrah darinya ialah setiap dari kita dituntut supaya berkorban apa sahaja yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah serta bagi menyatakan ketaatan kepada~Nya sama ada berbentuk fikiran, tenaga atau harta benda.
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteSinggah utk ucap selamat hari raya AidilAdha buat ktk sekeluarga..
MOga dianugerahkan keberkatan dariNya jua..Amin..
:)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih kitak singgah..:)
Selamat Hari Eid ul Adha juak buat kitak sekeluarga..
Moga di hari yang mulia ini, kitak dikurniakan kebaikan yang banyak, diperkenankan doa dan sentiasa dalam keberkatan...aamin
:)
Assalamualaikum dan selamat hari Raya AidilAdha Ustaz
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih, Selamat Hari Raya Korban buat cikgu sekeluarga..
aamiin...
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz, semoga ustaz sentiasa di beri kesihatan yg baik..dan Ky Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doanya..
Moga KY juga diberikan Allah kesihatan yang baik, dapat melaksanakan ibadah kepada~Nya dengan sempurna...aamiin
Assalamualaikum...
ReplyDeletesalam eidul adha ustaz.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSyukran, salam eid ul adha juga buat ustazah..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha.
Menghargai semua nikmatNya.
Moga Allah kasih dirimu.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSyukran.. :)
Selamat hendaknya dalam semua tindakan kita..
dan sentiasa menjaga dan istiqamah dalam beribadah kepada~Nya..
Moga Allah kasihmu jua..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSelamat hari raya ustaz.
Hari terakhir Tasyrik hari ni dah. Semoga dapat menyambut lagi tahun depan.z
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih...Selamat Hari Raya Korban
Ya cikgu, musim Haji tahun ini sudah hampir ke penghujungnya, moga Allah beri kesempatan untuk kita menemuinya lagi pada tahun hadapan..aamiin
Assalamu,alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..Allahumma Aamiin
Lambat sikit..selamat berhari raya..semoga kita semua sentiasa dapat beramal sebaik-baiknya dan agar dipelihara daripada api neraka.
السلم عليكم ورحمة الله
DeleteTerima kasih atas doa kakak, moga Allah kurniakan juga sedemikian rupa kepada kakak di sana...aamiin
Selamat Hari Raya kak..:)
Moga Allah memberi kekuatan untuk kita semua terus dapat menjaga iman dan amal kita mendapat kebaikan di dunia dan akhirat...
hari ke 3 ditahun bru..maaf lambt ucap pada tuan.
ReplyDelete