بسم الله الرحمن الرحيم
Sebahagian ulama' ahli hikmah mengatakan bahawa ada empat perkara nilainya baik, tapi ada lagi empat perkara yang nilainya lebih baik :
Sebahagian ulama ahli hikmah mengatakan, bahawa ada empat hal yang jelek, tapi ada lagi empat hal yang lebih jelek.
Nabi s.a.w. bersabda :
- Adanya sifat HAYA (malu) pada kaum laki-laki adalah baik, tapi sifat HAYA pada perempuan lebih baik.
- Adil pada setiap orang adalah baik, tapi adil pada pemimpin itu lebih baik.
- Taubatnya orang tua itu baik, tetapi taubatnya anak muda lebih baik.
- Orang-orang kaya yang bermurah hati adalah baik, tetapi orang-orang fakir yang bermurah hati adalah lebih baik.
Sebahagian ulama ahli hikmah mengatakan, bahawa ada empat hal yang jelek, tapi ada lagi empat hal yang lebih jelek.
- Dosa yang dilakukan kaum muda adalah jelek, tapi dosa yang dilakukan kaum tua lebih jelek.
- Sibuk dengan dunia bagi orang bodoh adalah jelek, tapi sibuk dengan urusan dunia bagi orang alim itu lebih jelek
- Malas beribadah bagi semua orang adalah jelek tapi malas beribadah bagi kalangan ulama' dan santrinya lebih jelek.
- Sombong bagi kaum kaya adalah jelek, tetapi sombong bagi kaum fakir lebih jelek.
Nabi s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang tambah ilmunya sementara ia tidak bertambah zuhud, maka ia tidak bertambah dari Allah, kecuali bertambah jauh."
Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteterima kasih ustaz, KY tak tahu nak komen apa, yg pasti KY akan ingat itu..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih kembali..
:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKalam penuh berhikmah.
Syukran. JZKK.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteUntuk kita sentiasa beringat..
Afwan..
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMOga ktk sihat2 di sinun dan diberkatiNya selalu..Amin:)
Tksh kitak ..satu pengkongsian yang bisa membawa kita merenung..dan bermuhasabah diri..antara yang lebih jelek dan lebih baik..mmg menarik!
:)tksh ktk..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doa kitak, moga kitak sihat-sihat juak di sini dan sentiasa dalam keberkatan~Nya...aamiin :)
Ya, ia bisa membangkitkan jiwa untuk merubah keadaan diri dari baik kepada terbaik..
Terima kasih kitak juak..:)
Assalammualaikum wbt.
ReplyDeleteMuhasabah diri yang berterusan..terima kasih :)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerus dalam ketaatan kepada Allah hingga akhir hayat..
Terima kasih kembali..:)
salam tuan
ReplyDeleteMelawat tuan abd.razak di malam yg indah.
Thanks sudi kogsikan tuan
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas kunjungan..
:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin
Begitu indah susunan kata-kata hikmah yang boleh membuat hati tersentuh.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSemoga kakak pun sama juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin
Ya kak, bisa melahirkan rasa insaf..
Terima kasih kak!
Assalamualaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga dikurniakah segala kebaikan utk Abd Razak.
Diperhatikan apa yg dilakukan oleh insan yg dah berada dipenghujung jalan ni memang banyak ruginya berbanding dgn insan yg masih jauh perjalanannya.
Jadi mudah2an Allah terus memberikan kita keteguhan iman supaya kita tak sesat dipenghujung jalan pulang kita ini.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih mendoakan saya kak! Moga Allah mengurniakan juga kebaikan yang banyak buat kakak...aamiin
Ya kak, masa muda itu sangat penting dengan pengisian ilmu yang manfaat dan menghabiskan masa tua dengan beribadah.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletesifat malu adalah sifat
orang yang beriman..malah
isteri perlu malu pada suami
walau dah bertahun kahwin
alhamdulillah :)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa benar saudara...terhakisnya sifat malu kerana jahilnya seseorang itu, sehingga segala maksiat yang dilakukan tidak jelek pada penglihatannya..
salam ust, perkongsian yang baik. Mohon izin nak kongsi juga =)
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteBoleh silakan, moga ada manfaatnya..
:)
salam sahabat ^_^
ReplyDelete4 perkara... utk ingatan n jgn lupa...syukran sahabat.
**baca ayat kt pic, rasa sedih plak - wakil diri sendiri,moge sihat**
Salam sahabat..:)
DeleteMerenung kembali akan apa yang telah dilakukan...
Afwan sahabat
:)