Friday, December 28, 2012

Bahaya berlebihan


بسم الله الرحمن الرحيم

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

...Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas (berlebih-lebihan).” [QS al-A'raaf 7:31]

Dalam ayat ini, Allah Subhana Wa Ta’ala mengatur pula perkara makan dan minum manusia. Kalau pada masa dahulu manusia yang mengerjakan haji hanya memakan makanan yang mengenyangkan saja, tidak memakan makanan yang sedap-sedap yang dapat menambah gizi dan vitamin yang diperlukan oleh badan, maka dengan turunnya ayat ini, makanan dan minuman manusia itu harus disempurnakan dan diatur untuk dapat dipelihara kesihatannya. Dengan begitu manusia lebih kuat mengerjakan ibadah.

Jangan berlebihan. Maka dalam ayat ini diterangkan Allah dengan memakan makanan yang baik dan minum minuman yang bermanfaat dalam rangka mengatur kesempurnaan dan kesihatan untuk dapat beribadat kepada Allah dengan baik. Kesihatan badan banyak hubungkaitnya dengan makanan dan minuman. Makanan dan minuman yang berlebih-lebihan membawa kepada kerosakan kesihatan. Kerana itu, Allah melarang berlebih-lebihan dalam makan dan minum.

Larangan berlebih-lebihan itu mengandung beberapa erti, di antaranya :

  • Jangan berlebih-lebihan dalam makan dan minum itu sendiri. Sebab makan dan minum berlebih-lebihan dan melampaui batas akan mendatangkan penyakit. Makanlah kalau sudah merasa lapar, dan kalau sudah makan, janganlah sampai terlalu kenyang. Begitu juga halnya dengan minum, minumlah kalau merasa haus dan bila haus terasa hilang, berhentilah minum, walaupun nafsu makan atau minum masih ada.
  • Jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja untuk membeli makan atau minuman kerana akan mendatangkan kerugian dan akhirnya akan menghadapi kerugian kalau pengeluaran lebih besar dari pendapatan, dan akan menimbulkan hutang yang banyak. Oleh sebab itu manusia harus berusaha supaya jangan besar pasak dari tiang.
  • Termasuk berlebih-lebihan juga kalau sudah berani memakan dan meminum yang diharamkan Allah.

Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu A’laihi Wassallam, telah bersabda:

Artinya:

“Makanlah, minumlah, bersedekahlah dan berpakaianlah dengan cara yang tidak sombong dan tidak berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah suka melihat penggunaan nikmat~Nya pada hamba~Nya.”

[H.R Ahmad, Termizi dan Hakim dari Abu Hurairah]

Perbuatan berlebih-lebihan yang melampaui batas itu selain merosak ia juga merugikan. Allah tidak menyukainya. Setiap pekerjaan yang tidak disukai Allah, jika dikerjakan juga tentu akan mendatangkan bahaya. Wallahu A’lam

Oleh: Dr. Muhammad Musa


24 comments:

  1. Assalamualiakum ktk:)

    MOga ktk sentiasa dirahmatiNya dan dalam limpahan kasihsayangtNya jua..Amin..

    Dalam apa benda sekali pun...bersederhanaan itu lebih baik..
    :)

    Tksh utk ilmu di hr Jumaat nan mulia tuk..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      :) Terima kasih atas doa kitak, semoga kitak juga sentiasa dalam limpahan rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

      Benar kata kitak, dalam hal makan dan minum tok jangan kita berlebihan kerana ianya bisa mengugat kesihatan dan melahir kemalasan jika berlebihan.

      Terima kasih kitak juak...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Adakah dikira melampau batas juga, jika terlampau kurang makan (diet) sehingga kurus kering dan membahayakan kesihatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Perkara itu perlu dilihat pada niat seseorang itu. Jika ia bertujuan untuk menjaga kesihatan dan dapat beribadah dengan sempurna, maka itu jalan yang baik. Tetapi jika niatnya untuk menjaga kecantikan agar dilihat sentiasa muda dan sebagainya, itu memang dikira melampau batas.

      Wallahu a'lam

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Bersederhana...tu kuncinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya benar..

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah. Aamiin.

    Allah al-Khalik, al-Baari' dan al-Musawwir telah menciptakan kita dengan sebaik-baik ukuran dan kadar tertentu supaya kita sentiasa berada dalam fitrah. Allah SWT juga berikan panduan untuk jalani kehidupan dengan ikut panduan yang diberikan, tinggal lagi kita nak ikut ataupun tidak. Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk berada di atas fitrah..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah...aamiin :)

      Jika kita menjalani kehidupan ini dengan mengikuti panduan itu maka selamatlah kita dari apa-apa bencana yang sedia menunggu di luar zon panduan itu.

      Terima kasih kak..:)

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Berlebih-lebihan membawa kepada pembaziran.

    Allah berfirman,

    إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

    “Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan. Dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya.” ( Al-Isra':27).

    Islam tidak didasari dengan perkara berlebihan termasuk persoalan makanan.

    Moga Allah kasih dirimu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Benar apa yang dikatakan, sesungguhnya harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian ALLAH SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

      Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh ALLAH SWT, maka ia termasuk di dalam pembaziran.

      Moga Allah kasih akan dirimu jua..

      :)

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Makan & minum berlebihan-lebihan antara sebab malas utk beribadah, menurut Imam Ghazali, ikut sunnah Rasulullah SAW, makan jika lapar, berhenti sebelum kenyang..

    perut antara punca penyakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan.

      Delete
  7. salam sahabat...

    berlebih-lebihan - kena INGAT...syukran sahabat ^_^

    **moge sihat**

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Berlebih-lebihan - rugi dan melemahkan

      Afwan sahabat.

      Moga sahabat sihat juga..:)

      Delete
  8. السلم عليكم ورحمة الله

    semoga Allah sentiasa memberikan panduan, petunjuk dan pertolongan kepada kita agar dapat kita berupaya menjauhkan diri dari membazir dan berlebih-lebihan yg tak tentu pasal. tidakkah berlebih-lebih itu adalah sifat mazmumah. berlebih-lebih yg dibolehkan rasanya dlm menambahkan amal ibadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin aamiin ya Rabbial alamin...moga Allah perkenankan doamu

      Delete
  9. Assalamualaikum Abd Razak,

    Semoga diberikan Allah kesihatan yg baik dan selamat tahun baru 2013.

    Bersederhana jalan terbaik dalam apa jua perbuatan kita. Makan terlalu kenyang pun susah nak beribadat contohnya nak sholat. Akibat pemakanan yg tak betul pun boleh menarik pelbagai penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin atas doa kakak, moga kakak pun dikurniakan Allah sedemikian rupa juga...

      Benar kak, perut kita jika diisi terlalu banyak dengan makanan akibatnya kita menjadi malas untuk beribadah dan mengundang penyakit kronik yang menjejas kehidupan kita.

      Delete
  10. assalamualaikum.
    emm.
    oleh itu bersederhanalah dalam apa segala ruang dalam kehidupan. kerana " kita cuma ada satu persinggahan.."
    hehe.
    nasihat dlm post ni bermakna.
    xmo jadi sahabat syaitooonn !

    ^-^Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya, bukan bermakna persinggahan yang satu itu hanyalah untuk memenuhkan perut sahaja akan tetapi yang paling penting mengadakan bekalan yang cukup untuk perjalanan seterusnya, betul tak? :)

      Sebaik-baik bekal adalah takwa..

      :)

      Delete
  11. assalamualaikum..
    moga kita tetap dlm kesederhanaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Sederhana dalam perkara harus...

      Delete
  12. Assalamualaikum ustaz, semoga ustaz berada dalam kesihatan yg baik..aamiin

    bersederhana lebih baik itu yg dituntut dalam islam..terima kasih ustaz selalu berbagi ilmu yg sangat berguna kerna kadang2 diri ini mungkin terlalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah baru rasa sihat...

      Kesederhanaan menjauhkan kita dari sifat angkuh..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.