Friday, January 11, 2013

Doa semalam..


بسم الله الرحمن الرحيم

Kerana Engkau sahaja kehendak hatiku
Balasan dan kebajikan tidak kupohon
Jika balasannya kepahitan dan kesakitan, itu lebih kupilih
Setiap kehendak telah kutemui
Kecuali kemabukan di dalam kesakitan

Segala darimu telah diampun
Apa yang Kami biarkan kamu lakukan ia ibarat debu, tidak kekal
Namun apa yang dari Kami, ia terus berkekalan

Ya Tuhan luruskan aku menuju Dikau melalui Dikau,
berikan aku sebelum aku menemui~Mu daya kekuatan supaya pertemuanku dengan~Mu
membawa erti dan makna bagi menandai~Mu

Ya Rahman, rahmati aku di dalam pemeliharaan~Mu dan kasih~Mu
Lindungi aku dari cubaan dan beban di dalam mendekati~Mu

Ya Rahim, tunjukkan kerahiman~Mu memandu aku ke firdaus abadi
Dan lihatlah padaku apabila aku mencari wajah~Mu di syurga nanti.

Wahai Penguasa dunia yang Sempurna tadbir~Mu,
bawa aku ke dalam kerajaan kebesaran~Mu kerajaan yang maha berkuasa
Dan dalam segala pekerjaan

Ya Quddus, jauhkan aku dari segala kesalahanku
bersihkan aku dari dosa dan mungkar

Ya Salam, jauhkan aku dari sebarang mara bahaya dan jadikan aku
mendekati~Mu dengan hati yang serba bersih.

Ya Siddiq, jadikan aku taat di Hari Yang Maha Mencabar dan
tambahkan imanku pada~Mu sedaya dapat diriku.

Ya Quddus, jadikan aku di dalam kalangan yang berjaya di antara mereka
yang datang merendahkan diri pada~Mu dan jadikan aku di antara mereka
yang berusaha hebat di dalam mencari kebesaran~Mu.

Ya Shakur, lindungi daku, letakkan aku di dalam lindungan~Mu
sebagai saksi yang benar-benar melihat dan sebagai yang kuat berpegang
kepada iman dan perjanjian asal dengan~Mu.

Ya Mulk, jadikan perihal darjatku mengikut kemahuan~Mu dan jangan biarkan
aku bermegah-megah dengannya di kalangan para hamba~Mu.

Ya Jabbar, jadikan aku di antara yang paling tunduk di bawah kehaibatan~Mu
Tunduk patuh pada ketentuan~Mu dan keputusan~Mu

Ya Khaliq, jadikan hatiku lunak di dalam tunduk patuh dan lindungi aku
sebagai hamba~Mu dari kezaliman dan kehilangan adil.

Aamin...

7 comments:

  1. اني لاستحيي من ربي ان اعبده خوفا مب العذاب،
    فاكون مثل عبد ﺍﻟﺴﻮء.
    ان لم يخف، لم يعمل.
    واستحيي ان اعبده لاجل الثوب،
    فاكون كاجير ﺍﻟﺴﻮء،
    ان لم يعط اجر عمله، لم يعمل.
    ولكن اعبده محبة له.....

    Sesungguhnya aku benar2 malu kpd tuhanku jika aku beribadat kpdNya kerana takutkan azab,
    Jika aku berbuat begitu jadilah aku seperti hamba yg jahat,
    Yg jika tidak takut, tidak akan beramal.
    Aku juga malu kpd tuhanku jika aku beribadat kpdNya utk mendapat pahala.
    Jika aku berbuat begitu jadilah aku seperti pekerja yg jahat, yg jika tidak diberi upah kerjanya dia tidak akan bekerja.
    Tetapi aku beribadat kpd tuhanku kerana kasihNya.

    Allah...
    Allah...
    Allah...
    Penyucian niat dalam melakukan amalan soleh.
    Kerana aku insan yg memerlukan pembetulan.
    Pembetulan ke arah matlamat sebenar dalam urusanMu menjadikan aku ini...


    Moga Allah kasih dirimu.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah. Aamiin.

    Ya Allah, aku mohon kpd Mu untuk rahmat dari Mu, supaya membimbingi kalbu ku, mengatur hal-hal yang belum teratur dalam urusan ku, menolak godaan-godaan, memperbaiki hubunganku, memelihara agamaku, menjaga niatku dan mensucikan amal ku, mencemerlangkan wajah ku memberi pertunjuk kepada ku untuk melangkah ke jalan yang lurus, memenuhi hajat ku dan menjaga daku daripada segala kejahatan.

    Ya Allah, sesungguhnya aku pohonkan keimanan yang tulus ihklas melimpahi seluruh hati ku, aku memohonkan juga keyakinan yang benar sehingga aku mengetahui bahawasanya tidak akan mengenai diri ku oleh sesuatu musibah kecuali apa yg telah Engkau tentukan buat diri ku, jadikan lah aku redha dengan segala ketentuan Mu.

    Allahumma Aamiin ya Allah Rabbul 'aalamiin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz,

    Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Aamiin ya rabbal aalamiin..

    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  4. terkadang hati ini sombong tidak mau berdoa kepada Allah, padahal dari doa itulah kita bisa memohon apapun dari Nya. jazakumullah tadz atas tadzkirahnya

    ReplyDelete
  5. Doa - Meringankan beban di hati
    Menunai Hajat yang tersimpan
    DIA Maha pemakbul doa.

    ReplyDelete
  6. surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

    Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

    ReplyDelete
  7. salam tuan
    Lawatan malam mencari sesuatu di tempat tuan.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.