الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Bersegeralah mengambil keuntungan dari pintu kehidupan selagi belum ditutup untukmu.
Perbanyaklah melakukan amal-amal baik selagi masih ada kesempatan.
Cepatlah memasuki pintu taubat sementara pintu itu terbuka bagimu.
Gunakanlah pintu doa selagi ia terbuka bagimu.
Gunakanlah kesempatan bergaul dengan orang-orang soleh
selagi kesempatan itu terbuka untukmu.
Bangunkanlah apa yang telah kamu rosakkan.
Cucilah apa yang telah kamu lumuri dengan najis.
Perbaikilah apa yang telah kamu robohkan.
Bersihkanlah apa sahaja yang telah kamu kotori.
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil.
Kembalilah kepada Tuhanmu dari kepergian dan larimu.
Perbanyaklah melakukan amal-amal baik selagi masih ada kesempatan.
Cepatlah memasuki pintu taubat sementara pintu itu terbuka bagimu.
Gunakanlah pintu doa selagi ia terbuka bagimu.
Gunakanlah kesempatan bergaul dengan orang-orang soleh
selagi kesempatan itu terbuka untukmu.
Bangunkanlah apa yang telah kamu rosakkan.
Cucilah apa yang telah kamu lumuri dengan najis.
Perbaikilah apa yang telah kamu robohkan.
Bersihkanlah apa sahaja yang telah kamu kotori.
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil.
Kembalilah kepada Tuhanmu dari kepergian dan larimu.
Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada~Nya,
dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari~Nya.
Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu,
dan setiap amal yang dilakukan kerana
Dia bererti untuk~Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti
maka balasannya adalah makhluk.
Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah SWT, balasannya
adalah kedekatanmu dengan~Nya dan memandang kepada~Nya,
kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu.
Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia,
jika dibandingkan dengan Dia?
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Petikan Majlis Keempat, al-Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmani
~Menjadi Kekasih Allah~
Wallahu a'lam
jangan bertangguh dan jangan menagguhkan jika berniat melakukan kebaiakn kerana peluang yg sama tak datang setiap masa..mungkin hanya sekali saja..
ReplyDeletesalam hari jumaat..lama akak tak kesini
Ya, itu sewajarnya kita lakukan kerana masa tetap akan berlalu dan jika tidak diisi dengan perkara yang manfaat untuk dunia dan akhirat maka rugilah kita.
DeleteSyukran datang ke sini..:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraa dan dalam rahmat serta redha Allah..aamiin
Masa itu adalah kehidupan; jadi haraplah kita tidak sia-siakan kehidupan. Terima kasih ya kerana selalu mengingatkan kak akan hal-hal yang menjadikan kak gerun kehidupan yang akan datang.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah...
DeleteTerima kasih kerana sering mendoakan saya, didoakan juga semoga kakak sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat serta redha Allah..aamiin
Benar kak, amatlah rugi jika kehidupan ini tidak dimanfaatkan dengan perkara kebaikan dan kita tidak akan berpeluang lagi jika masa itu telah berlalu. Moga hari-hari mendatang Allah berikan kekuatan untuk kita melakukan kebaikan sebaik mungkin sehinggalah kita panggil pulang ke pangkuannya.
Salam Jumaat...
ReplyDeleteAllah SWT bersumpah dgn masa..wal Asr..sebab masa tidak menunggu kita, maut juga tidak kita ketahui bila kunjung tiba...bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan laranganNya..supaya tidak menyesal di akhirat...syukran for sharing this..
Salam..
DeleteSungguh umur kita akan Allah tanya dihabiskan untuk apa? Masa muda macamana? Allahu AKhbar...sukar untuk digambarkan suasana di Padang Mashar kelak.
Salam Sahabat Razak...
ReplyDeleteLamat saya tinggalkan dunia blog yg banyak indahnya...... semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati.... sempat membaca 6-7 petikan hari ini terima kasih.....
Salam...
DeleteTerima kasih bertandang ke sini....semoga sahabat juga sentiasa dirahmati dan diberkati..aamiin
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAllah menyediakan banyak kesempatan untuk hambanya menyubur & menyegarkan kembali iman~~~~
Moga Allah kasih.
Wa'alaikumusalam...
DeleteBenar apa yang dikata, terpulang kepada setiap hamba di muka bumi ini untuk mengambil kesempatan itu dengan cara yang berbilang.
Moga Allah kasih dirimu jua.
Asslamualaikum Saudara Abd Razak, semoga sihat
ReplyDeleteMemang kerja bertangguh ni tak menjadi. Apa lagi dalam beribadat kalau dilambat2kan dalam melakukannya takut tak terbuat langsung, ruginya.
Wa'alaikumusalam Kak Ani...
DeleteBenar kak, bila bertangguh sukar untuk melaksanakannya. Pegang kepada prinsip bila buat biarlah sampai ke hujungnya.