الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Orang yang ada Allah dalam hatinya akan tenang hidupnya.
Oleh itu berapa besar pun masalah yang dia ada dalam dunia ini, tak ada masalah lebih besar baginya
jika Allah yang Maha Besar ia libatkan.
Hamba yang ada Allah dalam hatinya bahkan ia tidak tertarik lagi dengan dunia.
Harta bagi mereka seperti lalat, hinggap di hidung, ditepis begitu saja.
Jadi perempuan yang BESAR, iaitulah perempuan yang Allah ada dalam hatinya.
Ia tidak mencari kesenangan, tidak mencari keredhaan melainkan daripada Allah.
Yang merasa 'bahagia' dalam hidup adalah hati. Orang yang hatinya bahagia menjadi tidak ada beza baginya
antara dia makan enak atau tidak, antara dia sakit atau sihat. Ketika berada di gurun pasir pun terasa
seperti di taman bunga. Sedang berada di mana dia, rasanya seperti di syurga. Bahagianya mereka sampai
mengalir kebahagian itu kepada orang di sekelilingnya.
Orang yang ada cinta Allah dalam hatinya, ia sudah pun berada di syurga sebelum syurga ditemuinya.
Cubalah untuk tidak menyalah atau menghujah apa yang ada di luar hidupmu tetapi tanyalah
pada jiwamu "Di mana Allah di hatimu"?
Jika dalam hatimu engkau pernah mengalami kecewa oleh cinta manusia, maka itulah cara Tuhanmu untuk
mengajarmu tentang cinta~Nya yang hakiki. Itulah sapaan-sapaan Allah kepada kita, pesanan-pesanan Allah
kepada kita, sentuhan-sentuhan Allah kepada kita. Seolah-olah diberitahukan kepada kita "HambaKu,
sekiranya engkau mencintai selain Aku, maka orang tersebut akan mengecewakanmu, akan meninggalkanmu,
walau sebesar apa pun cintanya kepadamu."
Harapan kepada Allah tidak pernah sia-sia. Tidak ada istilahnya 'sebelah tangan' dalam mencintai Allah.
Dapat menyebut nama Allah adalah anugerah.
Sudah terlalu banyak kita berbuat sesuatu untuk diri kita sehingga kita kecewa.
Walhal, yang perlu kita buat adalah "Aku ingin hidup untuk Allah!"
Pesanan - Ustazah Halimah Alaydrus

Menjalani hidup sebagai hamba tak akan terlepas dari ujian Allah. Setiap dari kita akan, telah atau mungkin sedang diuji, namun dgn cara yg berbeza. Bersabar dan Redha adalah jln terbaik utk dipilih Allah menjadi kekasihNya. Allah adalah segalanya. Allah sebaik baik pelindung dan sebaik baik pemelihara.
ReplyDeleteBenar dik, hidup di dunia ini semua ada pasangannya, bahagia dan derita, kaya dan miskin serta lain-lainnya. Maka yang bisa mengatur perjalanan hidup di dunia ini mengikut syariat dengan baik, pasti Allah mengasihi orang seperti ini. Dia sentiasa bersangka baik dengan Yang Maha Penciptanya..
DeleteTq dik...
Assalamualikum Sahabatku
ReplyDeleteMeletakan Allah SWT melebihi segalanya pasti membuatkan hati lebih tenang dan redha... ujian adalam medan untuk menjadikan kita insan dan hamba yang lebih baik... bersangka baik lah kpd Allah ... dengan apa yang diturunkan... kerana Allah memberi adalah yg terbaik... bersangka baiklah dengan manusia kerana belum tentu yg tidak baik dipandangan mata kita itu ... tidak baik penghujungnya disisi Allah...
semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan kasihsayang allah
atie
Wa'alaikumusalam sahabat...
DeleteSewajarnyalah kaum muslimin meneladani Rasulullah s.a.w., menerapkan sunnahnya, mengikuti kata-kata dan seluruh perbuatannya, menaati perintah dan menjauhi larangannya. Itulah cinta sejati, sebagaimana perintah Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 31: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
Smoga sahabat juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..