Friday, March 27, 2015

Benar...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. daripada Nabi SAW bersabda,
"Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga.
Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar.
Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya
seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.”
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]

Pengajaran Hadith

1. Benar merupakan sifat yang mulia dan menjadi sifat wajib bagi Rasul-rasul. Begitu juga dikurniakan
balasan yang baik bagi siapa yang melazimi kebenaran. Mereka digelar sebagai al-Siddiqin.
Benar ini dibahagikan kepada tiga:

i. Benar hati dan iktikad.
ii. Benar perbuatannya.
iii. Benar perkataannya.

2. Benar yang pertama adalah yang paling sukar diikuti dengan yang kedua. Ini kerana hati yang merupakan
raja kepada badan begitu mudah terpengaruh dan menerima sebarang anasir sama ada daripada pengaruh syaitan
atau nafsu. Justeru, hendaklah kita melazimi sifat benar supaya kehidupan menjadi lebih harmoni.

3. Benar dalam percakapan, janji, perbuatan atau tindakan dalam perkhidmatan atau tugas amat diperlukan.
Ini kerana benar boleh merungkai banyak kemelut kehidupan. Bukan itu sahaja tetapi dapat menenangkan hati
hati-hati manusia.

4. Kita hendaklah sentiasa bercakap benar kerana benar pendorong kebaikan dan menjauhkan diri
daripada berdusta kerana dusta pendorong kejahatan.

5. Fadilat (kelebihan) benar (as-Sidiq) membawa keuntungan di dunia dan di akhirat,
sebaliknya pula dusta membawa kerugian di dunia dan di akhirat.


Wallahu a'lam


2 comments:

  1. Apabila Allah hadir dan menetap di hati kita, segala percakapan, perbuatan, tindakan akan berjalan seiring iktikad. Moga hati (raja kpd badan) sentiasa terus dekat dgn Allah, agar kita dapat keuntungan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dik...Ulama mengatakan HATI yang bersih selalu mengingati Allah dan Rasulullah s.a.w...dah pasti tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah, tidak bercakap kosong, tidak membenci, dan banyak lagi hal yang tidak mendatangkan manfaat di dunia dan akhirat.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.