Friday, March 20, 2015

Melangkah pergi tanpa pesan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Dua hari lepas ketika melangkah pulang dari kolam renang, dikejutkan dengan berita kepulangan
suami sepupu saya ke rahmatullah. Dikhabarkan mereka sedang bersarapan di rumah mereka, tiba-tiba
suaminya rebah pengsan dan terus menemui ajalnya. Begitu mudah dan mendadak namun pengakhiran hidup
tanpa dapat berpesan apa-apa kepada isterinya.

Begitulah kehidupan kita umat manusia semua, sudah dirangka akan kematian kita dan tiba waktunya
maka pergilah kita menemui yang Maha Esa, samada kita bersedia ataupun tidak. Allah SWT berfirman
yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dari kematian mendadak seperti yang saya ceritakan di atas ialah
janganlah bertangguh dalam perkara suruhan Allah SWT dan segala larangan~Nya. Saat kematian tiba maka
kesempatan beramal telah habis. Manusia akan mendapatkan balasan dari amal-amal perbuatannya di alam kubur,
berupa nikmat atau azab kubur. Dan ketika sudah terjadi kiamat, dia akan dibangkitkan dan
mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah.

Sewajarnya kita sentiasa beringat dan segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepada~Nya,
sebelum kematian itu menjemput kita.
Imam al-Bukhari pernah berkata,
Peliharalah waktu ruku’mu ketika senggang.
Sebab, boleh jadi kematian akan datang secara tiba-tiba.
Betapa banyaknya orang yang sehat dan segar bugar,
Lantas meninggal dunia dengan tiba-tiba.

Ingatlah kematian yang mendadak itu tidak harus dicela kerana bahawa kematian mendadak yang dialami seorang mukmin
adalah kebaikan baginya. Dia merdeka dari hiruk pikuk dunia yang menjemukan dan terbebas dari fitnah-fitnahnya.
Dari Abdullah bin Mas’ud radliyallah ‘anhu, dia berkata, “Kematian mendadak merupakan keringanan bagi seorang
mukmin dan kemurkaan atas orang-orang kafir.” Ini adalah lafaz Abdul Razaq dan al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir,
sedangkan lafaz Ibnu Abi Syaibah, “Kematian mendadak merupakan istirahat (ketenangan) bagi seorang mukmin dan
kemurkaan atas orang kafir.” (HR. Abdul Razaq dalam al Mushannaf dan al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Mari kita persiapkan bekalan kita untuk menempuh perjalanan panjang yang tidak akan pernah berakhir di
dunia dan akhirat. Penyesalan di akhirat kelak tidak ada gunanya, masa lalu tidak akan pernah kembali,
masa yang akan datang pasti terjadi. Bersiaplah menghadap berbagai perubahan yang akan kita alami sepanjang
perjalanan hidup yang amat panjang dan melelahkan ini. Berbekallah sebaik baik bekal adalah TAQWA.

Wallahu a'lam..

4 comments:

  1. Nukilan abang membuatkan hati ini tersentak seketika. Entah bila diri ini akan dijemput pergi. Adakah diri sudah siap utk menyambut kedatangannya... sedangkan bekalan amalan taqwa belum mencukupi. Terima Kasih bang atas peringatan. Sesungguhnya saat kematian pasti tiba.

    ReplyDelete
  2. semoga kita mati dlm 'husnul khatimah'..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

    Daripada Dia kaita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang diampuni segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

    Begitulah takdir Allah yang tiada siapa tahu bila masa dan harinya untuk diambil kembali.

    ReplyDelete
  4. Tua bukan syarat mati.
    Bertasbihlah memuji Allah...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.