Kalian sendiri telah penuh percaya bahawasanya Islam itu sejahtera.
Bersyukurlah...diberkati Tuhan setiap langkah kita
Dalam bicara kehidupan tamadun yang laju maju berbagai bahtera.
Yang berjalan, belayar, terbang melayang lebih daripada segala kereta.
Sedarlah Teman, celeklah..bangunlah dan bergeraklah menuju haluan.
Lihatlah waktu pukul berapa, haribulan dan bulan apa?
Pandanglah ke hadapan apa yang ada...begitu juga yang dikiri dan kanan serta di belakang kalian...
Timbangkanlah tiap-tiap penglihatan itu dengan fikiran dan kecintaan yang tidak alpa!
Tidakkah kalian lihat dan ingat betapa bangkitnya Islam daripada seorang hamba Allah yang menjadi Pesuruh Allah.
Hingga berduyun-duyun beberapa hamba Allah daripada segala bangsa mempercayainya.
Hampir-hampir seluruh jajahan pemerintahannya di segenap bumi Allah.
Tetapi mengapa hari ini Islam menjerahak, siapa gerangan menganiaya.
Tiada seorang pun yang sanggup mengaku kelengahan dirinya.
Apatah lagi mengaku dirinya salah kerana disangkanya hina dan keji.
Tuhan mengetahui segala yang tersembunyi meskipun bagaimana perinya.
Tetapi kita selalu menegah tiada salah padahal menipu diri supaya terpuji.
Wahai saudara, wahai teman, wahai rakan serta sekalian akhwan.
Berpeganglah kepada teraju pergerakan Islam dan iman yang sebenar dan sejati!
Dalam segenap masa beringat-ingat, berjaga-jaga dan berbantu-bantuan!
Supaya kemajuan diperoleh daripadanya, dengan kemurahan Rabbul-izzati.
Bulan Melayu
1 Julai 1937
~Pesan buat diri yang sering lupa~
Jangan bangun rumahmu di tanah orang lain
Bekerjalah demi cita-citamu yang hakiki di dunia ini
Jangan sampai dirimu terjerat oleh pujukan orang asing
Siapa orang asing itu kecuali nafsumu yang berlebihan pada dunia?
Dialah sumber bencana dan kepiluan hidupmu
Selama hanya tubuh yang dirimu rawat dan manjakan
Jiwamu tidak akan subur, juga tidak akan teguh
Whenever we feel that we are down
And whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way to make our spirit strong

Assalamualaikum saudara abdul razak.
ReplyDeleteSemoga saudara sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya selalu..
saya lihat sekarang, ramai orang Islam...tapi tiada iman walau sekelumit. Sedih. Salah siapa? salah kita ke?
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Didoakan juga semoga saudari sihat sejahtera hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..
Peringatan dan nasihat sudah banyak diberikan kepada semua umat Islam, baiknya umat terdahulu ataupun sekarang. Hanya kita mampu berdoa semoga Allah berikan hidayah dan taufiq kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang diredhaNya.
Assalamualaikum en. razak...
ReplyDeletesemoga sihaat sejahtera hendaknye disisi keluarga...
terimakasih dgn adenye info ni..dpt kite ingat-mengingati sesama umat...
Assalamualaikum, ....
ReplyDeletemanusia sering jadi alpha, mengaku kesalahan yg dilakukan itu rasa macam hina walhal perkara itu sememangnya salah...ego, lagi2 suami kepada isterinya.
assalamualaikum sdra..semoga sdra sekeluarga dirahmati Allah SWT..
ReplyDeletetrime kasih atas entri ini kerana mengingkan kami semua..semoga kita semua ambil iktibar dari ilmu yang saudara titipkan ini
assalamualaikum,
ReplyDeleteIslam itu indah.
Pandanglah segalanya dari sudut keindahan..
Tiada yang cacat setiap kejadian Allah.
salam..
ReplyDeletemoga saudara sihat hendaknya..
tiada yang paling beruntung dalam hidup seorang muslim adalah bila di lahirkan sebagai seorang islam..semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus dan hidayahNYA jua..amin
Assalamu'alaikum wbt,
ReplyDeleteInsya'ALLAH itulah yg ingin diusahakan lagi dan lagi selagi dikurniakan peluang bernafas di dunia yang sementara ini. Allahu Akbar! Moga segala usaha yg dibuat penuh dgn rasa ikhlas semata-mata kerana-Nya.
syukran ya sahabat kerana sentiasa mengingatkan, semoga kehidupan sahabat sekeluarga terus dilimpahi rahmat kasih sayang dari-Nya. Ameen :-)
--> ainnoraini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga puan seisi keluarga sihat sejahtera hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Hanya mampu mengingati kerana kita adalah bersaudara dalam Islam...
--> p@kcikLie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Barangsiapa mengenal Allah dan ia merasa bahawa Allah sentiasa mengawasinya, hidupnya terarah, segala sifat mazmumah seperti ego akan terhakis dari hatinya..
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudara sekeluarga juga sentiasa dalam rahmat Allah SWT..
Terima kasih kembali saudara. Ingatlah bahawa dunia ini hanya sesaat. Jadikan ia sebagai ladang ketaatan.
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semestinya keindahan Islam itu wajib kita jaga dengan kita sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya..
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam..
Moga saudara sihat juga hendaknya..
Bersyukurlah dengan kurniaan Allah s.w.t ini.. Allah s.w.t memilih kita sebagai sebagai Ummah Muhammad s.a.w.. Ummah inilah Ummah yang terbaik yang disebut oleh Allah s.w.t kerana Ummah ini menyeru kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t.
--> halawah al-iman
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Tunaikanlah apa yang telah diwajibkan oleh Allah ke atasmu maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya.
Jauhilah larangan-larangan Allah maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud.
Afwan ya sahabat kerana sentiasa berada di sini memberi ulasan dan dorongan, semoga juga kehidupan sahabat sekeluarga terus dilimpahi rahmat kasih sayang~Nya. Amin :-)
kalaulah semua kita yg Islam ini punya semangat sama seperti mereka yg terdahulu di zaman Rasulullah dan Khalifahnya, percayalah tiada sesiapapun berani menginjak dan memporakperandakan kerjaan islam yg ada seperti yg berlaku sekarang ini, masalah timbul adalah apabila kita sendiri tidak sepenuh hati menjalankan tanggugjawab sebagai seorang islam yg kamil lalau bagaimana akan membina negara Islam yg disegani.
ReplyDelete--> noorlara
ReplyDeleteSungguh, benarlah sabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". [.R. Muslim ]
Islam itu datangnya membawa perbedaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbedaan. Islam itu lain daripada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman ia juga terpinggir. Cara hidup Islam yang sejati jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.
Anugerah paling berharga dalam hidup saya....dilahirkan Islam.
ReplyDelete--> ckLah
ReplyDeleteYa, alhamdulillah saya pun demikian juga, syukur atas nikmat~Nya dan mudah-mudahan Allah kurniakan kita kematian yang baik
Salam.
ReplyDeleteN3 menarik. Terima kasih dengan perkongsian ilmu ini. Semoga saudara diberkati dan dirahmati Allah swt.
--> roha
ReplyDeleteSalam..
Terima kasih kembali cikgu. Moga Allah mendatangkan kebaikan yang banyak buat kita semua.
P/S : Maaf tak boleh nak masuk blog cikgu kerana masih terdapat WARNING MALWARE ATTACK kat blog cikgu.
Assalamualaikum sahabat :)
ReplyDeleteJadilah batu-bata yang menguatkan binaan, bukan batu-bata yang menghancurkan binaan. Maka, sebagai umat Islam jadilah umat yang menguatkan agama, bukan menghancurkan agama.
Hakikatnya kejatuhan Islam boleh dikatakan sering disebabkn oleh kita.
Syukran, semoga perjuanganmu sentiasa diberkati oleh-Nya.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.
Untuk meraih syurga Allah kena beriman, tunduk patuh serta kena tetapkan matlamat menuju Allah SWT serta beramal soleh. Dengan itu barulah benar mengaku beriman dan Islam.
Nasihat di sini mengajak kita sedar bahawa kita kena tetapkan niat kita supaya tidak terumbang ambing tanpa tujuan. Kadang-kadang rasa takut menyelinap ke dalam hati ini.. bagaimanakah nanti kesudahan di penghujung jalan..
assalamualaikum
ReplyDeletekita ada akal, kita ada nafsu
kita ada syaitan kita ada iman
ikut nafu lesu
ikut syaitan kesesatan
akal buat pertimbangan
iman buat pedoman
assalamualaikum. it's just Allah's way to make our spirit strong...'tidaklah seseorng hamba itu berkata yg dia beriman selagi dia tidak diuji'
ReplyDeleteAllah works in mysterious way in helping us. just give our full-heartedly faith & believe towards Him...insyaAllah
--> Arianni
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya benar apa yang dibicarakan, kemusnahan akan berlaku jika terdapatnya terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan berleluasa di kalangan umat Islam.
--> werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.
Tunaikanlah apa yang telah diwajibkan
Oleh Allah ke atasmu
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling hebat ibadahnya.
Jauhilah larangan-larangan Allah
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling zuhud.
Terimalah dengan senang
Apa yang telah dibahagikan Allah untukmu
Maka engkau akan menjadi
Orang yang paling kaya
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kita ada pilihan
Samada bahagia atau derita
Syurga atau neraka
Ikut nafsu deritalah
Ikut iman bahagialah
--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Apabila Allah memberi kurnia besar kepada seorang hamba~Nya, tetapi ternyata dari amal ibadah lahirnya, tidak mencukupi untuk menerima pemberian itu, maka Allah menguji padanya dengan bala, dan disitulah tertebusnya berbagai dosa, kemudian dinaikkan ke tingkat yang telah disediakanNya itu.
Rahsia ketentuan Allah kepada hambanya amat banyak dan luas
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga saudara sihat sejahtera.
Kena kerja keras melawan nafsu untuk menjadi muslim yang benar2 muslim.
--> Kunang-kunang
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Ani..
Alhamdulillah saya sihat kak! Moga kakak sihat juga di sana.
Benar kak! Nafsu kita perlu ditawan agar kerjabuat kita dalam beribadah kepada~Nya mencapai kesempurnaan.
Islam ialah cara hidup...
ReplyDeleteHotel Gantung
assalam..
ReplyDeletesy doakan agar umat islam seluruh dunia sentiasa dlm perliharaNya dan di beri keteguhan iman..