Friday, May 20, 2011

Manfaatkanlah ilmu


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai anakku yang tercinta,

Janganlah engkau jadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahwasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak.

Umpamanya: Kalau seseorang ada memiliki sepuluh bilah pedang yang sangat tajam dan juga bermacam-macam senjata yang lain lagi dan dia pula adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan, lalu datang seekor singa yang garang dan terus menyerangnya. Maka apa pendapatmu, apakah semata-mata memiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa itu? Sudah tentu tidak. Segala senjata itu baru bermanfaat apabila ianya digunakan oleh tuan empunya senjata itu. Maka begitulah keadaan seseorang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat kecuali setelah diamalkan. Sama pula keadaannya dengan seorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning yang biasanya ia dinasihatkan meminum ubat sekanjabin dan kaskab[1] maka tidak akan hasil sembuhnya kecuali dengan meminum ubat tersebut.

Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi:

(Ertinya:) Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya.

Jadi jika engkau belajar seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah Taala kecuali dengan mengamalkan ilmu ini.

Allah Taala berfirman: "Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu, kecuali apa yang diusahakannya." [ QS An Najm : 39 ]

Dan firmannya lagi: "Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang salih. [ QS Al Kahfi : 110 ]

Dan firmannya lagi: "(Balasan yang diberikan kepada mereka itu) adalah sebagai balasan bagi amal yang telah mereka lakukan." [ QS At Taubah : 82 ]

Dan firmannya lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih adalah syurga "Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka. Mereka kekal di dalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripadanya sebagai gantinya." [ QS Al Kahfi : 107-108 ]

Dan firmannya lagi: "(Dimasukkan ke dalam neraka) kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang salih." [ QS Al Furqan : 70 ]

Apabila engkau tidak beramal dengan ilmu maka apa jawapanmu terhadap hadis di bawah ini:

Islam itu diasaskan atas lima perkara: Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu pergi ke sana.

Maka iman itu ialah perkataan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota.

Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sangat banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung banyaknya. Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dengan rahmat dan kemurahan Allah Taala, namun rahmat dan kemurahan ini didapatkan setelah seseorang hamba itu mempersiapkan diri dengan ketaatan dan ibadat, kerana rahmat Allah itu dekat kepada hamba-hamba~Nya yang berbuat baik.

Seandainya ada orang berkata: Masuk syurga itu hanya dengan semata-mata beriman.[2]

Maka kami menjawab; Memang begitu, tetapi bilakah seseorang itu dapat sampai ke sana dengan selamat (masuk syurga) dan berapa banyak halangan dan dugaan yang besar-besar yang mesti dilaluinya sebelum sampai ke sana.

Maka dugaan pertama yang mesti dilaluinya ialah dugaan iman itu sendiri, apakah ia pasti selamat daripada tercabut iman sehingga ke akhir hayatnya. Dan apabila ia telah mati dalam keadaan beriman, maka apakah telah pasti pula bahawa ia tidak akan muflis atau rugi.

Dan berkata Imam Hasan al Basri rahimahullahu taala: Allah Taala berfirman kepada hamba-hamba~Nya pada hari kiamat nanti, "Masuklah kamu ke dalam syurga ke dalam rahmat~Ku, dan tentukan kedudukan kamu masing-masing mengikut amalan kamu."

NOTA :
[1] Sejenis ubat-ubatan yang merupakan campuran daripada cuka dan madu atau apa jua yang manis dicampurkan dengan yang masam.
[2] Inilah i'tiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

NASIHAT KETIGA
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

Sumber: Akhi Ibn Abbas

44 comments:

  1. salam
    “Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.”

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt, saudara abdul razak.

    Saya doakan moga saudara sentiasa sihat sejahtera dan dalam limpah rahmat kasih sayangNya selalu..insyaAllah..

    ilmu tanpa amal..sia-sia...insyaAllah moga kita diberi kekuatan, dan kesungguhan utk terus belajar ilmu Allah dan mengamalkannya...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'aliakum Abd Razak

    Semoga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.

    Menuntut ilmu adalah wajib, mengamalkannya lebih dituntut.Semoga kelak tidak dipersoalkan bila berilmu tapi tak mengamalkan. Semoga kita dapatlah mengamalkan apa yang kita pelajari, dengan pertolongan Allah jua kita mohon.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ust. Razak,

    Bersyukur bila ada ilmu dan jadi orang yg dikurniakan akal menjadi bijak. Lebih beruntung bila ilmu yg ada digunapakai seterusnya disebarkan utk diamalkan bersama-sama. Moga-moga sama-sama dapat manfaatnya seperti yg ustaz berikan hari ini. Terima kasih...

    ReplyDelete
  5. kesimpulan yang saya dapat, amal dan iman itu adalah satu pakej yang tidak boleh di pisahkan jika kita inginkan rahmatNya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Jika berilmu tapi tidak diamalkan akan menjadi fitnah.

    Begitulah yang terjadi pada hari ini. Ramai ustaz-ustazah menjadi fitnah kerana penampilan yang dibawa tidak selaras dengan ilmu yang tersemat di dada.

    Penampilan yang dibawa itu lebih mudah ditiru berbanding ilmu yang dipelajari, kerana ilmu itu hanya disampaikan tetapi tidak diamalkan.

    Sebagai insan yang tidak sunyi dari kekhilafahan, kita hendaklah sentiasa memohon petunjuk dari Allah agar ilmu yang tersemat didada bisa dimanfaatkan sebaik mungkin, untuk diri sendiri, jua untuk makhluk yang lain.

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  7. aSSAlamualaikum:)

    Moga kitak sihat dan dirahmatiNya selalu..:)

    Ilmu pastinya akan lebih berkat bila diamalkan demi keredhaanNya..dan sekaligus mendekatkan hambaNya kepada penciptaNya..dan pastinya jua..mengukuh dan menguatkan lagi keimanan di hati..:)

    Thanks kitak utk ilmu di pagi jumaat!:)

    ReplyDelete
  8. --> Kamsiah

    Salam...

    Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.”

    Sesungguhnya ilmu tanpa amal tidak akan mampu menjauhkan diri kita daripada maksiat dan tidak mampu untuk mendorong kepada ketaatan.

    ReplyDelete
  9. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Saya mendoakan juga moga saudari sentiasa sihat sejahtera dan dalam limpah rahmat kasih sayang~Nya selalu...amin

    Amal yang dilakukan tanpa ilmu, kefahaman dan penghayatan nyata sia-sia bagi pelakunya. Sesungguhnya mengenal Allah bukan dengan cara ketundukan jasad saja hingga membiarkan hati lalai kerana tiada ilmu.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    takde ilmu cari/belajar..dah
    ada ilmu kena amal..baru lah bahagia hidup di dunia ini...

    ReplyDelete
  11. salam alaik Saudara.

    Sungguh, ilmu tanpa aamal ibarat pohon yng tidak berbuah.

    Senjata tanpa ilmu juga tak mampu mendatangkan hasil.

    maka, al quran dan hadith tanpa di guna pakai (sekarang ramai dok simpan je quran dlm almari tanpa menggunakannya) juga adalah tidak mampu mencambahkan iman di hati manusia.

    moga apa yg di dalam dada dapat di laksana dgn sebaik2 pengamalan.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum

    saya umpama pohon yang tak berbuah... malu juga, tapi kerana memikirkan tiada apa bekalan nak bawa ke kubur kelak cuba le seboleh mungkin berkongsi maklumat mudah-mudahan akan ada yang memanfaatkannya

    tima kasih mengingatkan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sdra...

    trime kasih atas ilmu ini..saya tak tau nak komen apa tetapi apa yg sdra titipkan sgt bermanfaat..trime kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam brother Razak..
    Ilmu adalah ekalan yang terbaek
    dari Allah untuk kita...
    Amalkan dan sampaikanlah ilmu yang berguna
    kepada sesiapa sahaja untuk dimanfaatkan
    bersama....

    nice sharing here brother...

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum wbt,

    Semoga kehidupan sahabat sekeluarga terus diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

    Menempuh jalan ke majlis ilmu pun sudah cukup besar ganjaran pahalanya apatah lagi empunya diri beramal dengan ilmu tersebut dengan penuh keikhlasan dan sampaikan pula pd orang lain, Maha Suci ALLAH, hanya DIA yang mengetahui betapa besar ganjaran pahala buat hambanya.

    Jazakalah sahabat..

    ReplyDelete
  16. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.

    Dalam Al-Quran sudah dijelaskan bahawa orang yang mulia di sisi Allah hanya kerana dua hal; kerana imannya dan kerana ketinggian ilmunya. Oleh itu dapat kita ambil kesimpulan bawa ilmu pengetahuan harus disandingkan dengan iman. Tidak bisa dipisahkan antara keduanya. Perpaduan antara ilmu pengetahuan dan iman akan menghasilkan peradaban yang baik yang disebut dengan Al-Madinah al-Fadhilah..

    ReplyDelete
  17. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Pokok segala hal untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat ada lima : Diam, mendengar, menghafal, beramal dan menyebarkan ilmu.

    ReplyDelete
  18. --> al-lavendari

    Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu adalah pemimpin amal, dan amal adalah pengikutnya.”

    Demikian juga dengan sabda Rasulullah s.a.w., “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirosaknya jauh lebih banyak dibandingkan yang diperbaikinya.”

    ReplyDelete
  19. Salam Abd Razak.... Nektok macam2 jenis ilmu ada.. Kenak pilih nak ney yang sesuai jak gik...

    ReplyDelete
  20. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar apa yang kitak bicarakan.

    Lihatlah apa yang dibicarakan oleh Habib Abdurrahman bin Muhammad As-Saggaf, "Setiap ilmu tanpa amal tidaklah sah, setiap ilmu dan amal tanpa niat adalah kesia-siaan, setiap ilmu, amal dan niat tanpa mengikuti sunnah Rasulullah pastilah tertolak, setiap ilmu, amal, niat dan sunnah tanpa sikap wara' adalah kerugian yang ditakutkan akan lenyap begitu saja ketika berada di hari timbangan dan hari pembalasan kepada orang tersebut..

    ReplyDelete
  21. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Terima kasih atas doa kitak, moga kitak dah kembali sihat dan sentiasa dalam rahmat~Nya selalu..:)

    Ilmu menjadi sempurna dengan amal perbuatan, ikhlas demi Allah di dalam perkataan dan perbuatan, serta memperindahkan ilmu dan perbuatannya dengan zuhud di dunia yang penuh fatamorgana..:)

    Thanks kitak juak kerana dapat memberi ulasan di sitok..:):)

    ReplyDelete
  22. --> p@kcikLie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ilmu bila sekadar teori semata menimbulkan mudharat, tapi jika diamalkan, pastilah bermanfaat

    ReplyDelete
  23. perkongsian ilmu, buahnya dirasa dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Ustaz...

    Semoga sihat sokmo..
    Mekasih berkongsi ilmu..
    ilmu tanpa amal adalah sia2..

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum saudara
    apa khabar saudara?
    semoga sihat2 selalu
    terasa diri ini kerdil
    mengenangkan amal yang entaha da entah tiada
    terima kasih atas peringatan saudara ini
    wassalam

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum. mmg ilmu yg bermenafaat yg wajib kita menuntut & mengamalkannya cuma akhir zaman ni ilmu yg langsung takde menafaat yg sibuk di amalkan...lihat shj program 'mentor', pilih kasih di tv tu

    ReplyDelete
  27. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Seperti juga yang disebut oleh Imam Ghazali, "Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas."

    Maka beramal itu perlu kepada ilmu dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  28. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah di sana nanti akan nampak buah amalnya walaupun sebesar zarah sekali pun dan ia begitu besar sekali di sisi Allah Taala

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum saudara Abd Razak,

    Semoga saudara berada dalam keadaan sihat.

    Ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika kita tidak mengamalkannya. lagi ilmu diajar kepada orang ia tidak akan habis malah menguatkan dan memahirkan lagi empunya ilmu itu.

    ReplyDelete
  30. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali saudara..

    Sesuatu yang ditulis akan abadi dan sesuatu yang hanya dihafal akan hilang.

    ~Habib Ali Muhammad al-Habsyi~

    ReplyDelete
  31. --> Nur Misnan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Amal-amal itu tergantung dengan taufiq dan taufiq datangnya dari Allah, dan kuncinya berdoa dan memohon dengan merendahkan diri.

    Welcome sis..:)

    ReplyDelete
  32. --> halawah al-iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan, semoga kehidupan sahabat sekeluarga juga terus diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T.

    Ya, zaman ini menempuh jalan ke majlis ilmu sangatlah mudah namun, tanpa adanya kekuatan dan pertolongan dari Allah Taala, kita tidak bisa berbuat demikian. Berdoalah agarlah diberikan kekuatan supaya mampu menghadiri majlis ilmu.

    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim)

    Afwan sahabat..:)

    ReplyDelete
  33. --> AmirFX

    Salam Mir...

    Auk mir, kita kenak pilih ilmu nok menar-menar atas jalan yang diredhai~Nya..

    ReplyDelete
  34. --> Mak Su

    Ilmu adalah buah keutamaan, tidak akan sempurna kecuali dengan pengamalan kerana Allah.

    ReplyDelete
  35. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat seadanya, moga sdri sihat juga hendaknya.

    Ilmu itu akan menjadi bencana atasmu hingga engkau amalkan dan bila engkau telah mengamalkannya maka ilmu itu telah menjadi milikmu.

    ReplyDelete
  36. --> ummu

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat..
    Moga ummu sihat juga di sana..
    Rahmat Allah itu sangat luas
    Berbaktilah dan beramallah
    Segalanya akan terlihat di sana

    ReplyDelete
  37. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Setiap keadaan yang tidak didasari nilai keilmuan, mudharatnya bagi orang tersebut jauh lebih banyak daripada manfaatnya...

    ReplyDelete
  38. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga berada dalam keadaan sihat.

    Ilmu memanggil amal, bila ia menjawab panggilannya datanglah ilmu, tapi jika tidak, ilmu tersebut akan pergi meninggalkannya..

    ReplyDelete
  39. --> Khairul Hakimin B. Muhammad

    Syukran ya akhi..

    ReplyDelete
  40. semoga ilmu yg saya curahkan bermanfaat

    ReplyDelete
  41. salam saudara Abdul Razak..
    moga sihat hendaknya..perkongsian ilmu yang baik membawa keberkatan amalan sehingga hari akhirat..wallahualam.

    ReplyDelete
  42. salam,jemput berkongsi pandangan di blog saya..

    ReplyDelete
  43. assalam..

    ilmu amat luas.. sy punya secubit ilmu yg sntiasa sy amalkan.. insyaAllah.. akan trus jdkan secubit berubah sikit2 pada sebuku pula :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.