Friday, May 06, 2011

Jangan terpesona dengan dunia...


بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat yang dimuliakan...

Dunia ini satu masa nanti akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal. Orang yang mengejar dunia iaitu mencari harta dunia dan mencari pangkat dan kedudukan sekiranya ia melupakan akhirat semasa ia mencarinya dan tidak peduli halal atau haram atau merampas hak orang lain sebenarnya ia sedang dikuasai oleh dunia dan akan hanyut dibawa arus kebinasaan. Tetapi sekiranya seseorang mencari harta di dunia ini dengan mengikut peraturan Allah S.W.T., tidak melupakan kewajipan terhadap~Nya, tidak menipu, menindas, mengambil rasuah dan tidak mengambil hak orang lain maka harta itu akan membawa keberkatan dan disalurkan pula harta itu untuk zakat, sedekah jariah, infak di jalan Allah dan membantu fakir miskin maka harta itu sebagai alat yang akan membantunya mendapat keredhaan Allah dan akan menjadi saham akhirat.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w., "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." [H.R. Muslim]

Orang yang bijak adalah orang yang merasai bahawa hidup di dunia ini adalah sementara saja, ia tidak buru dunia siang malam hingga melupakan amal soleh, amal ibadah dan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah S.W.T. di muka bumi ini. Sebab ia tahu satu hari nanti ia akan mati dan meninggalkan dunia yang fana' ini. Ia akan meninggalkan anak-anak, isteri-isteri, rumah, kenderaan, ladang-ladang pertanian, saham-saham dan gedung-gedung perniagaan. Bila mati hanya yang dibawa bersama adalah amal soleh yang telah dikerjakan semasa di dunia dulu.

Jika sekiranya seseorang itu masih memikirkan cara-cara untuk mendapatkan kebendaan dunia tanpa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., melupakan solat dan zikir kepada~Nya, maka tidaklah ada makhluk Allah yang paling rugi adalah insan sepertinya kerana setiap apa yang Allah ciptakan itu baik tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang atau apa sahaja makhluk ciptaan Allah semuanya berzikir memuji kebesaran Allah. Jadi siapakan makhluk yang paling rugi? Tidak lain melainkan manusia itu sendiri.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” [QS al-Qasas : 77]

Ingatlah! Hiduplah cara Islam, cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jangan mengikut cara lain selain dari Islam. Selain cara Islam semuanya adalah penipuan ke atas manusia. Orang yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam adalah mereka itu orang-orang yang tidak redha kepada apa yang telah Allah S.W.T. tetapkan. Dan bagi mereka yang tidak redha kepada perintah Allah maka sudah semestinya mereka itu berasa malu sebab masih menduduki di bumi Allah dan hendaklah mereka itu tidak memakan sesuatu pun yang keluar dari bumi Allah.

Sahabat yang dikasihi, janganlah tangguh lagi, segeralah bertaubat kepada Allah dan lakukanlah ketaatan kepada~Nya kerana ajal itu tidak ada tarikh atau masa yang tetap yang kita ketahui, semuanya menjadi rahsia Allah. Umur muda bukan dan tidak sekali-kali menjamin kita hidup hingga umur yang tua, maut itu adalah seperti telur dihujung tanduk.

Apabila sudah sampai saat dan masanya ajal, maka kita akan bertemu Allah di alam barzakh dan segala jawapan yang akan diberikan nanti adalah amalan yang kita kerjakan ketika di dunia ini. Jika banyak amalan yang baik maka amalan tersebut akan tolong memberi jawapan dan sebagai peguam bela, tetapi jika amalan keburukan yang banyak maka tidak ada siapa yang dapat membantunya dan terimalah balasan azab siksa kubur yang amat dahsyat.

Yang amat malang lagi selepas alam barzakh ada alam lain yang lebih dahsyat siksaan dan penderitaan yang akan ditanggung iaitu di Padang Mahsyar dan siksaan api Neraka Jahannam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati dunia dengan firman~Nya, “...Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” [QS Al-Mukmin: 39]

Oleh itu marilah kita muhasabah diri kita sendiri, ambillah dunia seadanya dan salurkanlah apa yang ada di dunia ini untuk akhirat dan perbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan kita untuk bertemu Allah S.W.T. nanti.

Wallahu'alam

49 comments:

  1. salam
    jika kau cintakan dunia..kau akan takut mati....jika kau cintakan kehidupan disana..kau akan menunggu2 saat kesana...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYa.

    "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)". (A-li'Imraan 3:14)

    Allah memang menghiaskan hati kita dengan kesukaan kepada harta (kesenangan) namun pada hujung ayat itu Allah ingatkan tentang tempat kembali kita itu yang lebih utama. Jadi jangan kerana kesenangan akhirat dilupakan. Untuk setiap daripada kita perlu kepada hati yang bersih (qalbun salim).

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara abdul razak...

    Saya doakan saudara sentiasa dikurnia kesihatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...

    ya Allah..betapa kadang-kadang kita sering dilalai dengan dunia. Bekerja seolah kita akan hidup selamanya...ramai yang tahu dunia tak kekal, akhirat saya yang kekal, cuma..kenapa masih ramai yang sering dibuai dengan dunia... saya pun kadang2... astarfirullahalazim...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Semoga kita semua diberi petunjukNYA dlm menjalani kehidupan di dunia sementara ini...Tersesat jalan dan tujuan maka buruklah pengakhirannya..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    Biarpun tahu dunia ini sementara, hidup pun tidak kekak lama tapi masih juga tergoda godaan syaitan dgn warna-warna dunia.

    Mohon sentiasa dlm perlindungan Allah...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Alangkah indah kejadian dunia ini, sungguh mempesona....subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar.

    Kalimah yang tidak putus-putus diucapkan bila hati 'terpesona' dan dapat terus bernafas...moga dapat terus mengucapkannya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum:)

    Moga kitak dirahmatiNya selalu..:)

    Dari satu petikan :

    "Andai manusia mengejar dunia, hingga nafas habis,
    dan tenaga
    tak bersisa,
    niscaya manusia tak pernah mendapatkan kepuasan dengannya. Manusia yang lalai dengan dunia, maka diakhirat kelak,
    tentu akan menjadi hina.
    Tak mampu lagi berdiri tegak dihadapan Allah Azza Wa Jalla."


    .....tksh kitak utk peringatan tuk
    :)

    ReplyDelete
  8. salam alaik encik Abd Razak

    duhai,
    betapa dunia itu sebenarnya bangkai,
    tp manusia terkejar2 mendapatkannya.

    Allah, moga wahan tak memerangkap diri.,

    ReplyDelete
  9. --> Kamsiah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Dunia itu hanya sesaat. Jadikan ia sebagai jalan ketaatan.

    Terima kasih..:)

    ReplyDelete
  10. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang~NYa.

    Barangsiapa mengenal Allah, ia hidup terarah dan barangsiapa cinta dunia ia hidup dalam gelanggang tanpa arah. Orang yang berakal selalu memeriksa diri sendiri sedangkan orang yang kurang bijak, pada waktu pagi dan petang berada dalam keadaan yang tidak ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  11. Salam.. Insyaallah.. Semoga kita dijauhkan dari api neraka.. Amin yarabbal alamin..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    asyik mengejar duniawi hingga lupa kpd akhirat...istighrfar banyak2 somoga kita tidak terlalai walaupon sekali..

    ReplyDelete
  13. salam
    saudara Abdul Razak,semoga anda selalu sihat..keindahan duniawi selalu membutakan mata2 mereka yang kurang imannya kerana pada mereka cari sebelum tua,enjoy hidup sebelum tua,kerana mereka lupa..mati akan tiba tanpa mengira usia.Wallahualam.Terima kasih perkongsian anda.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum:

    kita perlu mencari kekayaan, agar dengan kekayaan itu dapat kita bangunkan kegemilangan Islam. malangnya sifat manusia, apabila kita sibuk dengan dunia kita akan lebih lupa pada akhirat

    alangkah indahnya kalau kita dapat menjadi seperti saidina abu bakar, seperti saidina uthman yang setiap kali panggilan jihad diseru merekalah dermawan terawal yang menyumbangkan seluruh harta di jalan Allah - sebagaimana yang dikehendaki Allah, 'orang yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta mereka...'

    paling kita takuti apabila semua orang islam menolak merebut kekayaan hingga menjadi miskin dan akhirnya memberi imej buruk kepada agama, sedang musuh menjadikan kekayaan untuk menghancurkan islam dan membunuh orang islam

    ReplyDelete
  15. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan saya dan didoakan juga sedemikian buat saudari...

    Pemanfaatan waktu kita di dunia akan sangat mempengaruhi kehidupan kita. Berapa banyak yang sudah kita habiskan untuk mengejar pemenuhan keperluan dunia? Dan berapa banyak yang sudah kita habiskan untuk mencari bekal kehidupan akhirat?

    Seimbangkanlah antara usaha dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  16. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.

    Moga kita terhindar dari segala bencana

    ReplyDelete
  17. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sesungguhnya mujahadah melawan kehendak hawa nafsu dan hasutan syaitan amat berat, kita tidak mahu di akhirat kelak dosa yang akan banyak memberatkan neraca timbangan amal kita, maka berusahalah mencari kekuatan untuk bermujahadah...kita mampu mengubahnya..

    ReplyDelete
  18. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Berzikir kepada Allah, maka pasti hati akan menjadi tenang. Kerana yang mengatakan ini adalah Allah S.W.T., bererti ini ketentuan mutlak.

    Sesuai dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah S.W.T. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah–lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar-Ra’d: 28)

    Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy’ari).

    ReplyDelete
  19. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله...:)

    Moga kitak juak sentiasa dirahmati~Nya selalu..:)

    Sangat menginsafi petikan yang kitak muatkan. Sungguh cintakan dunia ini ibaratkan anjing gilakan bangkai.

    Sabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah, sesungguhnya dunia ini di banding akhirat ibarat orang yang memasukkan jari tangannya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika di angkat itulah nilai dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

    Terima kasih juak buat kitak yang tidak jemu-jemu memberi komen di sitok..:):)

    ReplyDelete
  20. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sebaiknya mencintai dunia dengan meletaknya sebagai tempat untuk meraih sebanyak mungkin amalan soleh dan redha Allah SWT..

    ReplyDelete
  21. --> AmirFX

    وعليكم السلام ورحة الله

    Dah abis perang ngan demam tek? harap kitak dah bait masa tok...

    ReplyDelete
  22. --> p@kcikLie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Janganlah tinggalkan dunia kerana Akhirat. Begitulah juga jangan tinggalkan Akhirat kerana dunia. Tuhan suruh kita mengambil kedua-duanya sekali iaitu dunia dan Akhirat.

    ReplyDelete
  23. Salam Saudara Razak..

    Sesungguhnya hidup di dunia hanya sementara akhirat yang kekal abadi semoga kehidupan kita bukanlah untuk dunia semata2 moga dipelihara AllahSWT ingat selalu kepadanya,,,,, semoga sahabat sihat dan bahagia selalu.......terima kasih

    ReplyDelete
  24. --. zulkbo

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudara sihat hendaknya..

    Ya dunia sangat menipu, selagi Allah masih memberikan umur kepada kita, marilah kita penuhi dengan amalan-amalan yang baik. Jangan sampai menjadi golongan orang-orang yang menyesal di kemudian hari..

    ReplyDelete
  25. Assalamu'alaikum wbt,

    "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

    (Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.)

    Jazakallah ya syabab, Semoga sentiasa dalam keredhaan-Nya ALLAH SWT. Ameen..

    ReplyDelete
  26. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar apa yang saudara katakan, merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak, mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati, menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  27. --> atie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Allah menjelaskan betapa dunia ini merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan,

    “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadiid: 20)

    Semoga sahabat beroleh kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

    ReplyDelete
  28. --> halawah al-iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga sahabat sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha~Nya..

    Seandainya dunia senilai emas ia tetap akan sirna dan akhirat senilai tembikar ia akan kekal. Oleh kerananya, sudah semestinya kita mengutamakan tembikar yang bakal kekal selama-lamanya jika dibandingkan emas yang akan sirna. Bagaimana tidak, padahal sebenarnya akhirat adalah emas yang akan kekal sementara dunia adalah tembikar yang akan hilang.

    ReplyDelete
  29. as salam kitak..


    apa khbar tek?
    moga bait jak ..
    kamek bait..




    err..dunia hnya sementara..
    akhirat jua nok kekal abadi..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum

    moga saudara sihat hendaknya..

    Kita sentiasa tahu dan mengerti yg di sana sentiasa kekal abadi. Namun, masih lagi mengejar dunia yg kononnya indah di mata.. Ya Allah.. betapa lalainya saya.. T.kasih atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  31. usah kata nak memasuki alam barzakh, nak melalui hari-hari tua pun terasa gerun...

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.

    Dunia diumpamakan sebagai fatamorgana-dari jauh begitu menggembirakan namun bila dilihat dari dekat amat mengecewakan.

    Tanpa amal dan iman,sia-sialah hidup di dunia. Gembira tapi sementara,sedih pula sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Abd Razak,

    Kilauan dunia selalu menggelapkan pandangan mata. Sedang dunia ini hanyalah satu persinggahan sementara. Tapi kadang2 kita terlupa untuk mencari bekalan untuk dibawa ke sana.

    ReplyDelete
  34. salamalaik akh..semoga sihat dalam rahmatNya sentiasa..

    syukran skali lagi utk peringtan..

    "وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور"

    ReplyDelete
  35. Waalaikumsalam brother Razak
    manusia sentiasa berbuat silap
    dan mudah terpedaya dgn hasutan syaitan
    beitu mudah terpengaruh dgn
    perkara2 yang haram dari yg halal

    hanya solat menjadi tiang utama
    dan kekuatan seseorang itu...

    ReplyDelete
  36. salam,
    benar sekali, suatu saat semuanya akan ditinggalkan....tiada yg kekal kecuali amal yg soleh....tapi tu lah kadang-kadang terpesona juga dengan dunia ini....lemahnya iman...

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum. resah & khuatir takut apa yg bawa ke 'sana' bukan amal dan pahala tapi dosa yg bertimbun....sedangkan 'waktu' semakin singkat...

    ReplyDelete
  38. Assalamu'alaikum wbh ustaz... semoga ustaz sekeluarga sentiasa sihat walafiat hendaknya...

    maaf lama betul ana tak ke sini... setiap entri ustaz memberikan banyak pengajaran dan pelajaran... cuma ana yang jarang berpeluang untuk ke sini... bagaimanapun ana doakan semoga ustaz kekal sihat dan terus-menerus menghasilkan entri yang sangat baik dan berguna ini...

    wassalam

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum sdra abd razak..

    terima kasih kerana mengingatkan diri ini..semoga kita jadikan dunia ini sebgai perhentian untuk mencari bekalan yang abadi di sana kelak..

    semoga sdra terus dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  40. semoga saya dan keluarga terpelihara dari kelalian duniawi...

    ReplyDelete
  41. --> Adinda Amy Sensei

    وعليكم السلام ورحة الله

    alhamdulillah kamek bait jak..
    kitak tek apa khabar..
    moga kitak bait juak ..

    Aok nang sik lamak di dunia tok..
    Pakey kita siapkan bekalan..

    ReplyDelete
  42. --> MaizaC'Joe

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga saudari sihat juga hendaknya..

    Hendaknya kita sentiasa berwaspada dalam mencari habuan dunia agar matlamat kita tidak tersalah iaitu berpandukan jalan yang telah Allah tunjuki agar kehidupan kita berbahagia di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  43. --> Insan Marhaen

    Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya, dan sejelek-jelek manusia ialah yang panjang umurnya dan jelek amalnya." (HR AHMAD)

    ReplyDelete
  44. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar apa dibicarakan. Iman dan amal sholeh yang menjadi syarat pertama keluar dari kerugian merupakan dua hal yang saling terkait. Maknanya tidak berguna dan akan mati iman seseorang tanpa amal sholeh, begitu sebaliknya sia-sialah amal sholeh yang tidak berlandaskan iman.

    ReplyDelete
  45. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semakin di kejar dunia, seolah-olah dunia semakin jauh. Kita berlari dan berlari untuk mengejarnya, seperti fatamorgana yang membayangi sang musafir di padang pasir. Itulah nikmat dunia yang Tuhan ciptakan untuk menguji keampuhan iman manusia.

    Tidak salah mengambil dunia utk bekalan akhirat, hanya jangan sampai hati-hati kita menjadi kufur kepada Pencipta Agung..

    ReplyDelete
  46. --> Miecyber

    Ya benar, jangan sampai kita tergoda olehnya hingga melupa tujuan kita di dunia ini..

    ReplyDelete
  47. --> melatidaisy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga ukhti juga sihat dalam rahmat~Nya sentiasa..

    "Hai anakku..janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja.

    Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya."

    ~Lukman Hahim~

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum wrth.

    Kepada,
    Tuan/Puan

    PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.

    Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas

    2.​Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah ch(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
    dalam bidang Syariah

    3.​Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.


    4.​ Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
    4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.

    5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.

    6.​Kerjasama dan perhatian dar ipada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.

    Sekian,wassalamualaikum wrth.

    Yang benar,

    (Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
    Pelajar Tahun akhir,
    Syariah muamalah
    UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
    No.Tel : +60174005735/0139955368

    No akaun bank:7035820229/cimb bank

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.