Monday, May 02, 2011

Kenali dirimu


بسم الله الرحمن الرحيم

Kenali dirimu
Kalau kau faham dirimu sendiri,
Kan bisa kau pisahkan
yang kotor dari yang suci

Pertama, akrablah dengan dirimu
lalu jadilah pembimbing lingkunganmu
Kalau kau kenal dirimu, kau kan tahu segalanya
Kalau kau faham dirimu, kau kan lepas dari bencana
Kau tak tahu nilaimu sendiri
Sebab kau tetap begini

Akan kau lihat Tuhan, kalau kau kenal dirimu sendiri

Langit yang tujuh,
dan bintang yang tujuh
adalah budakmu
Namun kasihan,
kau tetap membudak pada ragamu

Jangan pusingkan kenikmatan hewani
Kalau kau pencari syurgawi
Jadilah manusia yang sejati

Tinggalkan tidur dan pesta ria
Tempuhlah perjalanan batin bak pertapa
Apa pula tidur dan makan-makan?
Itu urusan binatang buas

Dengan ilmu jiwamu bertunas
Bangunlah, sekarang juga
Sudah berapa lama kau tidur?

Pandanglah dirimu sendiri
Kau sesungguhnya luhur
Renungkan, cuba fikirkan dari mana kau datang?
Dan kenapa kau dalam penjara ini sekarang?

Jadilah penentang berhala
bagai Ibrahim yang pemberani

Ada maksudnya kau dicipta seperti ini

Sungguh malu
kau terlantarkan tujuan penciptaanmu ini

{ Nasir-i Khusraw }

Muhasabah diri

Bekerjalah untuk dunia sekadar kekalnya engkau dalamnya dan beramallah untuk akhirat dengan kadar kekalnya engkau dalamnya.

Berhati-hatilah dengan kecintaan kepada kedudukan, maka sesungguhnya zuhud pada mengejar kedudukan merupakan zuhud yang paling payah di dunia.

Tidak menyuruh seorang pemerintah dengan kebaikan melainkan dia merupakan seorang lelaki yang alim dengan apa yang disuruh dan alim dengan apa yang ditegah, mengawasi segala apa yang disuruh, mengawasi apa yang ditegah serta adil pada apa yang disuruh dan adil pada apa yang dilarang.

Engkau mesti bersifat zuhud supaya Allah menampakkan kepada engkau keburukan dunia. Engkau mestilah bersifat warak agar Allah memudahkan kepada engkau ketika hisab. Tinggallah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meraguimu. Hilangkanlah perasaan syak dengan keyakinan agar ia menyelamatkan agama engkau.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Hiasilah ilmu itu dengan dirimu dan jangan hiasi dirimu dengan ilmu.

Apabila engkau mengenali dirimu maka tidak akan memberi kesan apa yang ditohmah kepadamu.

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
~Saidina Umar bin Al-Khatab~


50 comments:

  1. salam ustaz.

    "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"

    petikan ini sangat berkesan di hati saya.

    dan keduanya .. rasanya sudah kira-kira 20 tahun saya tidur ! masaAllah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak.

    Semoga saudara sihat sejahtera dan didoakan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...

    Tidur, lalai, sentiasa lagho...Allahuakbar, banyak sungguh benda yang sia-sia yang dah dilakukan sepanjang bernafas kat atas dunia ni..

    saudara, hati manusia ni mudah berbolak balik kan? sekejap terasa insaf dengan lemah diri dan cuba perbaiki...sekejap lalai datang memancing ke arah perkara lagho lagi rugi... Allahualam..

    ReplyDelete
  3. sebab itu kita bergelar insa. yakni pelupa.

    dan sebab itu kita diwajibkankan mengingatinya semula 5 kali sehari.

    huh!

    ReplyDelete
  4. salam saudara Abdul Razak..
    semoga anda selalu sihat hendaknya..mengenali diri sendiri pun masih tak mampu bagaimana hendak mengenali Allah dan rasul..Allah menduga makhluknya dengan nikmat duniawi..mudah dekat dengan Allah bila kita susah..tapi jaga-jaga,mudah lupa bila di kurniakan kesenangan(nauzubillah)..semoga kita semua menjadi manusia yang selalu bersyukur..wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Kenali diri, kenali kejadian alam dan makhluknya...pasti kita boleh mengenali penciptanya....bagi yang jernih hatinya, insyaAllah

    ReplyDelete
  6. salam alaik akh, smoga sihat dalam rahmatNya :)

    jazakallah utk entry ni..sememangnya manusia perlukan kpd peringatan2 utk memperbaharui iman..

    smga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahNya utk kta smua ..ameen

    ReplyDelete
  7. terjaga sebentar...

    harap kantuk ini tidak berpanjangan

    ReplyDelete
  8. razak... meminjam puisi yang indah itu di blog saya

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

    Jadi teringat semasa mula bersekolah rendah puluhan tahun dulu, ungkapan inilah yang selalu diajar "Kenalilah dirimu supaya kamu mengenali Tuhanmu" dan memang itulah sepatutnya kita pelajari.

    Bila umur begini masih perlu muhasabah diri.

    Terima kasih kerana selalu memperingatkan diri ini.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum:)

    Semoga kitak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu..Amin..:)

    Tksh utk peringatan dari kitak tuk..

    "Pastinya orang yang telah mengenal diri sekenal kenal nya akan mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup, dan akan mempertingkatkan cara penyerahan hidup nya kepada ALLAH..."

    :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kitak..

    apa khabar kitak..
    moga kitak bait jak lah oowh
    kamek bait juak..
    cuma mata kamek jak sakit
    sik tauklah kenak..
    antibodi sik kuat kali..

    ReplyDelete
  12. --> al-lavendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    Merendahkan diri itu sangat mulia sifatnya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).” (Riwayat Muslim)

    Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.

    ReplyDelete
  13. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sihat sejahtera hendaknya di sana..

    Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah Taala dalam semua hal, terutamanya dalam bab ibadah. Bersungguh-sungguh di dalam segenap urusan serta tidak suka membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.

    Sungguh hati kita sentiasa berbolak balik dan ubatnya ialah ikhlas dalam melakukan segala ibadah.

    ReplyDelete
  14. --> Insan Marhaen

    Ya Allah..ingatkanlah kami ketika kami lupa dan lalai..sesungguhnya kami hamba-Mu yang terlalu mudah lupa dan sering lalai. Tiada upaya dan daya kami tanpa bantuan~Mu.

    Bantulah kami ya Allah.

    ReplyDelete
  15. --> zulkbo

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sesuai dengan hakikat penciptaan manusia bahawa manusia dilahirkan di muka bumi ini adalah untuk beribadah, mengabdi kepada Allah
    SWT. Inilah hal pertama yang harus kita kenal pada diri kita sebab semua kunci diri manusia, baik buruknya ada di tangan-Nya.

    Ya kita mudah lupa bila dianugerahkan dengan kekayaan harta dan wang hingga kita lupa asal usul kita...nauzubillah!

    ReplyDelete
  16. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Perhatikanlah kalimat orang-orang agung iaitu: “Barangsiapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya.”

    ReplyDelete
  17. --> melatidaisy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga ukhti sihat dalam rahmatNya :)

    Terima kasih kembali. Dalam saat kelapangan dan kesibukan,
    dalam kesenangan dan kesusahan, sentiasa memberi peringatan dan
    sentiasa menerima teguran

    ReplyDelete
  18. --> a kl citizen

    Harap terjagnya berpanjangan, kepadaNya jiwa diserahkan segala-galanya Dialah tumpuan

    ReplyDelete
  19. --> a kl citizen

    Sila ambil jer cikgu, tak payah pinjam-pinjam, nanti payah lak kena hantar balik..:)

    ReplyDelete
  20. assalam..
    setuju bingkisan ni.. kita takkan nmpk itu semua kalo kita x kenal diri kita

    ReplyDelete
  21. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak sentiasa sihat dan dalam rahmat kasih sayang~Nya.

    Ya kak! Seawal umur kita masa muda dulu sudah dijamukan dengan ilmu tauhid mengenal diri dan Allah Taala sehingga menjadi mantap. Dan seterusnya bila umur semakin meningkat masa tidak dibuang begitu saja terus mencari ilmu tanpa jemu hinggalah Allah menjemput kembali ke sisi~Nya.

    Tadi ustaz ada berkata dalam kuliahnya, siapa yang menuntut ilmu hingga ke akhir hayatnya, derajatnya hanya berbeza satu sahaja dengan Nabi dan Rasul.

    Allahu Akhbar..

    ReplyDelete
  22. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله...:)

    Alhamdulillah kamek sihat jak sitok, semoga kitak juak dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi~Nya selalu..Amin..:)

    Demikianlah siapa yang benar-benar kenal dirinya dan mengenal kepada Allah, pasti ia selalu ingat pada Allah, pada tiap sesuatu apapun ia lihat, ia dengar dan rasa. Sebab tidak ada sesuatu melainkan menunjukkan keindahan, kekuasaan dan ciptaan Allah.

    Terima kasih juak buat kitak..:):)

    ReplyDelete
  23. --> Adinda Amy Sensei

    وعليكم السلام ورحة الله

    alhamdulillah..
    kamek bait jak tok.
    kitak tek camni..
    mata kitak dah ok..
    harap dah ok
    mun lom ok embak gi klinik..

    ReplyDelete
  24. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadian kita. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Ust. Abd Razak,

    Kakak terasa banyak benar yg kakak kena perbaiki pada diri ini. Bernafas di bumi Allah tanpa sedar ada kelalaian di sana-sini....

    Allah...kuatkanlah iman ku.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum:)

    jangan la kita tergolong dlm kumpulan org g lupa diri...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum sdra..

    trime kasih atas entri yg bermanfaat ini..semoga sdra sekeluarga senantiasa dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum

    selamanya kita dalam penjara bila berada di dunia ni...

    ReplyDelete
  29. Assalamu'alaikum wbt,

    Kata-kata Sahabat Nabi SAW yang terunggul ini, mampu menaikkan jazbah ummat manusia andai hati kita membenarkannya, Allahu Akbar!

    Syukran ya syabab yang dikasihi ALLAH SWT.

    Semoga perjalanan tinta ini diberikan dengan sebaik-baik ganjaran buat sahabat serta keluarga tercinta :-)

    Barakallahu fiik

    ReplyDelete
  30. salam
    takde manusia yg sempurna..namun sebaik2 manusia adalah yg sentiasa memperbaiki kelemahan diri...

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum
    terisi juga hari ini
    hati ini
    dengan santapan rohani
    terima kasih

    :)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum. Semoga saudara Abd Razak dalam rahmat Allah.

    Biasa kita dengar seseorang itu memberitahu bahawa dia lebih mengenali dirinya sendiri. Tanpa mahu ditegur, tanpa mahu dinasihati... sedang dia sebenarnya tidak kenal dan tidak mahu mengenali dirinya yang sebenar.

    Semakin kita kenal diri kita, maka semakin akrab hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta...

    TQ

    ReplyDelete
  33. salam Tn Razak,
    ada ketikanya kita tak kenal siapa kita ....

    ReplyDelete
  34. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah moga jalan menuju~Nya terus diusahakan dengan melakukan segala apa yang Allah perintahkan dan jauhi segala yang dilarang..

    ReplyDelete
  35. --> alimaz kembara terasing

    وعليكم السلام ورحة الله

    Begitulah harapan kita semua, moga berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  36. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali. Didoakan juga semoga saudara sekeluarga senantiasa dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  37. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Selama itulah digunakan untuk taat dan patuh kepada~Nya

    ReplyDelete
  38. --> halawah al-iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga kita semua sentiasa menyediakan diri untuk menerima nasihat dan hasilnya mendapat penjagaan daripada Allah dan menimbulkan rasa lebih dekat kepada~Nya.

    Afwan ya syahabah yang dikasihi ALLAH SWT kerana mendoakan saya dan didoakan demikian juga buat sahabah serta keluarga tercinta..amin :)

    ReplyDelete
  39. --> Kamsiah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Benar, sebaik-baiknya sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada pada diri kita dengan memohon pertolongan dari Allah Taala...

    ReplyDelete
  40. --> intan.maisarah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali..
    Moga ianya mendatangkan maafaat yang banyak buat saudari..

    ReplyDelete
  41. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga cikgu juga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Ya memang ada manusia bersifat begitu sukar untuk menerima nasihat. Kita hanya mampu berdoa agar mereka diberi taufik dan hidayah dari Allah Taala agar mereka sedar akan kesilapan mereka.

    Welcome cikgu

    ReplyDelete
  42. --> Norsha

    وعليكم السلام ورحة الله

    Mengenal kelebihan dan kekurangan diri dengan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dengan ibadah, Allah akan memberikan banyak hidayah kepada kita, termasuk lebih mengenal diri sendiri.

    ReplyDelete
  43. As salam Ustaz...

    n3 yg betul2 menyedarkan dan memberi semangat...xmau layan ngantok dah pasni..huhuh.. dah lama n puas 'tidur'..semoga lebih mengenal diri sdiri pasni..

    ReplyDelete
  44. Salam alaik EN Abd Razak,

    Puisi itu banyak menyedarkan saya.

    Siapa saya? Siapa kita.. Siapa Tuhan..

    Ah. hidup, jika tak kenal diri sendiri, maka sudah pasti teramat merugi!

    ReplyDelete
  45. Bestnya kalau dapat memiliki hati yang jernih


    Tips Kejayaan

    ReplyDelete
  46. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya, gunakan sepenuh masa kita untuk melihat kekurangan pada diri kita dan cuba memperbaikinya dengan mengerjakan amal soleh serta menambahkan ilmu-ilmu akhirat

    ReplyDelete
  47. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Tanda mengawasi diri adalah mengutamakan apa yang Allah SWT utamakan, mengagungkan apa yang Allah agungkan dan menganggap kecil apa yang Allah kecilkan...

    ReplyDelete
  48. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    وعليكم السلام ورحة الله

    Cubalah belajar mengenal diri

    ReplyDelete
  49. --> Miecyber

    Barangsiapa lebih banyak mengenal Allah maka ia lebih takut kepada~Nya..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.