Friday, June 24, 2011

Manfaatkan kehidupan ini sebaik-baiknya..


بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabatku yang dikasihi..

Dunia ini semakin tua usianya dan semakin dekat menuju kepada saat kehancuran. Dan keadaan kebanyakkan hati manusia di dalamnya semakin jauh dari Allah SWT dan syariat agama. Kemungkaran dan dosa maksiat semakin berleluasa di mana-mana sahaja sehingga membuat segelintir daripada kita gelisah dan resah. Kehidupan perlu diteruskan sekalipun sukar dan susah. Ia diibaratkan berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri, harus berhati-hati jangan sampai terkena duri dan mencederakan kaki.

Ingatlah wahai sahabat, jalankanlah kehidupan ini dengan penuh ketaatan kepada perintah Allah SWT dan jauhi segala apa yang dilarang~Nya. Pasti apa yang kalian kerjakan di dunia ini akan dipersoalkan kelak baik ia merupakan kebaikan atau disebaliknya. Allah SWT berfirman, "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) [ QS Az-Zalzalah : 7 & 8 ]

Jadi tujuan kita diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan hidup di dunia ini adalah dalam rangka mengabdi kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah Ta’ala sudah menjelaskan di dalam Al Qur’an apa yang menjadi tujuan kita hidup di muka bumi ini. Allah Ta’ala berfirman, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” [ QS. Adz Dzariyat: 56 ]

Wahai sahabat, didiklah diri kalian dengan menjalani kehidupan ini penuh dengan kebaikan yang berlandas kepada syariat yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Apabila kalian melakukan dosa, jangan berpatah harapan dari kembali pada~Nya, hanya kerana kepahitan ujian dan dosa. Kasih sayang~Nya mengatasi Kemurkaan~Nya, demikian diungkap dalam suatu Hadis Qudsi. Apabila kalian berbuat dosa, maka itu jangan menjadi alasan keputusasaanmu dalam menggapai istiqamah dengan Allah SWT, kerana bisa jadi itu adalah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu.

Berpegang teguhlah kepada Allah SWT dan Rasul~Nya dan jangan sesekali kalian berputus asa dan lari dari~Nya. Sandarkan pada Allah yang Maha Mengatur dan Menentukan. Keyakinan hanya hadir apabila kita akui kelemahan dan kehambaan kita di hadapan-Nya. Tiada suatu nafas berhembus darimu melainkan di situ takdir Tuhan berlaku padamu.

Pangkal segala maksiat, kelalaian, dan syahwat adalah pengumbaran nafsu. Dan pangkal segala ketaatan, kewaspadaan, dan kebajikan adalah pengekangan nafsu. Bersahabat dengan orang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya lebih baik bagimu daripada bersahabat dengan orang pintar yang memperturutkan hawa nafsunya. Kepintaran apa lagi yang disandangkan pada orang pintar yang selalu memperturutkan hawa nafsunya? Dan kebodohan apalagi yang dapat disandangkan pada orang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya?

Ingatlah wahai sahabat yang dikasihi, amal yang berasal dari hati penuh keikhlasan tidak dapat dianggap sedikit, dan amal yang berasal dari hati penuh ketamakan tidak dapat dianggap banyak. Jika engkau tahu bahawa syaitan tidak pernah lupa kepadamu, maka janganlah lupa kepada Allah yang menguasaimu. Moga Allah meredhai sahabat semua dalam perjalanan jalan menuju~Nya.

Ya Allah, jadikan usaha kami sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa kami sebagai dosa yang diampuni, kebaikan kami sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban kami sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Ya Allah, kami bermohon kepada~Mu perkara yang mendatangkan keredaan~Mu. Kami berlindung dengan~Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan~Mu dan kami bermohon kepada~Mu kemampuan untuk mentaati~Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap~Mu, wahai pemberi kepada yang meminta...amin.

Penuhilah hatimu dengan rasa cinta kepada saudara-saudaramu,
nescaya kekurangan (dirimu) akan tertutupi dan derajatmu
akan meningkat di sisi Allah SWT
~ Habib Umar Hafidz ~

58 comments:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH BYK2 ATAS TAZKIRAH INI ! SEWAJAIBNYA N3 INI MEMBERIKAN PERINGATAN KPD KITA UTK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH ! KEHIDUPAN DUNIA INI SEMENTARA SAHAJA !

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara sentiasa dikurniakan kesihatan dan rahmat dari Allah selalu...

    Aminn...Aminn...

    kita yang biasanya meninggalkan Allah, tapi Allah tak pernah meninggalkan kita. Segelah bertaubat sekiranya kita melakukan kesalahan. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih...

    Terima kasih saudara atas perkongsian hebat di pagi Jumaat yang mulia ni:D

    ReplyDelete
  3. --> musollahehsan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, seluruh ibadat mestilah menepati konsep pengabdian diri kepada Allah, niat kerana Allah serta ikhlas dalam semua perkara dan aktiviti kehidupan mestilah dalam lingkungan syariat serta bersifat ehsan dalam beramal.

    ReplyDelete
  4. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesihatan dan rahmat dari Allah selalu..

    Allah berfirman : “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri” (QS 59:19). Yang lupa diri bermakna, sudah tak tahu lagi dirinya, sudah lupa ingatan, sudah tak waras.

    Afwan ya saudari..

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Ustaz...

    sebagaimana kita mengendalikan nafsu, begitulah kehidupan dipacu.
    Semoga keimanan kita walaupun tidak jitu, tidaklah pula menjadi rapuh melulu.

    Terima kasih untuk tazkirah i pagi Jumaat yang mulia ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat Allah SWT

    Terima kasih atas tazkirah pagi ini.. semoga kita sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk sentiasa memperbaiki diri dalam perjalanan menuju kepadaNya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Apabila membaca N3 sebegini minda terus kembali berputar dan punya azam memperbaiki kelemahan diri. Terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  8. Salam sekali lagi Abd Razak.. kak masih di N3 ini mendengar kuliah subuh sekarang di mini 30.39

    Terima kasih u[load kuliah ni..

    ReplyDelete
  9. salam saudara Abdul Razak..
    moga sihat dan di berkati Allah selalu..

    islam adalah cara hidup..sunnah nabi dan Al-Quran pedoman hidup..masih memperbaikinya,insyaallah.

    Terima kasih peringatan anda..
    :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Begitulah cabaran hidup. Kita juga semakin tua usia dan semakin hampir kepada mati. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, amin.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum

    kerana kita sering diucapkan panjang umur... maka kita rasa ketuaan bumi ni maka panjang le umurnya tanpa memikirkan berapa lagi limit yang tinggal...

    terkesan dengan 'amal yang berasal dari hati....'

    terima kasih atas ingatan ni

    ReplyDelete
  12. Ya, kita tidak di ciptakan sekadar tuk bermain2. Tapi kita sering lupa. Jazakallah ats tazkirah ini.

    ReplyDelete
  13. Assalam Ustaz..Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa...

    Mekasih bg tazkirah...

    Sedang berusaha keras memanfaatkan segala sisa nafas ini dgn sebaik2nya..InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sdra...

    trime kasih atas entri ini..semoga sdra terus dirahmati Allah SWT dan terus mengingatkan kami disini

    ReplyDelete
  15. Asalam..memang benar apa yg ditazkirahkan..syukran ziarah di laman tuan..terima kasih ya..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum saudara abdul razak.

    terima kasih,,

    terasa terisi dgn tazkirah ini,,

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum wbt,

    Aamiin.. dari doa yang dipanjatkan.
    Insya'ALLAH, utk dpt taat pd perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan-Nya, harus kita usaha atas iman kita, bila iman kita kuat maka akan mudah utk kita beramal, dan ketahuilah bahawa
    ..Iman akan sentiasa bergerak samada semakin turun atau semakin naik. Sesiapa yang berusaha (mujahadah) untuk mempertingkatkan imannya, maka imannya akan meningkat, tetapi bila kita berhenti daripada berusaha, mahu tidak mahu iman kita akan turun dan akan terus turun. Bersama Muhasabah Iman, Insya'ALLAH...

    syukran ya syabab^^ yg dikasihi ALLAH S.W.T, moga sentiasa dlm keredhaan-Nya, aamiin..

    ReplyDelete
  18. Salam Razak...

    Semakin hari kita semakin hampir kepada kematian. Mudah-mudahan kita sempat bertaubat sebelum terlambat dan memfaatkan sisa-sisa usia yang masih ada ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  19. Apa apa yang kita lakukan mestilah kita niatkan kerana Allah..


    Anjing Berbulu Panda

    ReplyDelete
  20. assalamualaiku. ye tu sesamalah kita berusaha mengekang nafsu...skrg pun kita dah di bulan Rejab...kemudian Syaaban..dan kemudian insyAllah Ramadhan - bulan mentarbiah diri utk mengekang nafsu

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum:)

    moga ktk dianugerahi kesihatan yang baik..dan dirahmatiNya selalu:)

    Tksh utk peringatan yang tidak jemu dari kitak...sentiasa mengingatkan ke arah kebaikan bersama...Moga ia mampu memberi erti kpd semua & kan memanfaatkan masa sebaiknya sekaligus menjadi benteng teguh daripada menjadi orang yang tertipu dan lalai...
    InsyaAllah..:):)


    p.s: maaf kmk lambat berik komen tukk..:)

    ReplyDelete
  22. salam sahabat

    moga perjalanan ini tidak sia2 dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.
    Moga Allah tetapkan hati dan ketaqwaan dalam menjalankan segala perintahNya. Tidak kira siapa kita, apa yang dinilai di sisi Allah adalah ketaqwaan dan keimanan serta amal soleh.

    Barakallah.

    TQ

    ReplyDelete
  24. Muga Allah mengampuni kita yang sering lalai ini..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum saudara Abd Razak

    Semoga Allah kurniakan keberkatan kepada saudara.

    Satu peringatan yang sangat baik dalam dunia yang penuh mencabar ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  26. --> kakcik

    وعليكم السلام ورحة الله

    Biarlah nafsu itu dibelenggu, kerana ia bisa mengganggu. Hasilnya iman kita jadi jitu, tidak mudah terpesong atau tertipu.

    Terima kasih kembali, kakcik!

    ReplyDelete
  27. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat Allah SWT..amin

    Indahnya hidup dengan melaluinya berbekalkan kelazatan iman dan penghayatan tauhid yang murni.

    Ya Allah, berilah kekuatan dan kemudahan untuk kami meningkatkan penghayatan aqidah, kecintaan, iman dan taqwa semata-mata keranaMu. Bimbinglah kami untuk kami warisi penghayatan tersebut melalui tarbiyah dan qudwah sehingga kami benar-benar dapat membentuk suatu kehidupan Rabbani yang menekankan penghayatan amali.

    ReplyDelete
  28. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Kunci utama bagi seseorang untuk mewarisi perkara yang berkaitan dengan hati dan kebersihan rohani adalah pada kecintaan dalam keimanan.

    Welcome kak!

    ReplyDelete
  29. --> Werdah

    Salam...:)

    Ya Kak! Banyak lagi yang belum sempat saya uploadkan kat blog ni..

    Sama-sama kak!

    ReplyDelete
  30. --> zulkbo

    Salam Saudara Zul..
    moga sdra sihat dan di berkati Allah selalu..

    Hanya berdoa moga ALLAH menunjukkan jalan pada kita semua dalam jalan menuju~Nya serta kesempurnaan ketaatan kita pada~Nya


    Terima kasih peringatan an

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum,
    ziarah dgn nama & wajah baru w/pun insan yg sama.
    semoga sentiasa diredhai-Nya.
    tolong doa2kan.

    ReplyDelete
  32. manusia sentiasa berbuat kesilapan
    dan tidak mahu mengambil tahu
    apa kesilapan itu.. tidak mahu tahu
    untuk perbaiki dan menebus kesilapan
    itu...

    ReplyDelete
  33. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga-moga usia yang semakin bertambah, mendekatkan diri kita dengan Allah swt dan mencari keredhaannya dalam meniti kehidupan dunia untuk menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi di sana insyaallah.

    ReplyDelete
  34. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semestinya manusia akan lebih bersikap lebih dewasa apalagi kalau memang usianya sudah dewasa kerana semakin bertambah umur semakin dekat pula dengan kubur. Kita bisa mengawasi diri dan mengintrospeksi terhadap kehidupan dan diri kita sendiri, bukan dengan bertambahnya umur hanya diisi dengan memuaskan diri dengan segala kesenangan yang diusahakan.

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  35. --> Ann Huda (Ate)

    Ya benar apa yang dikatakan, sebaik-baik manusia ialah mengetahui tujuan mereka dilahirkan di dunia ini..

    ReplyDelete
  36. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga cik shinju sentiada dalam rahmat ALLAH Taala..

    Terima kasih kembali, moga usahanya menghasilkan dan membuahkan keimanan yang mantap..

    ReplyDelete
  37. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya terima kasih kembali, semoga sdra juga terus dirahmati Allah SWT dan terus istiqamah dalam beribadat kepada~Nya..

    ReplyDelete
  38. --> etuza

    Sama-sama cikgu, marilah kita sebagai hamba yang beriman, mengerti, dan paham hakekat hidup hendaklah kita benar-benar takut pada Allah Taala..

    ReplyDelete
  39. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali

    Setiap amalan itu ada puncaknya, setiap puncak ada surutnya, maka siapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surutnya pada yang lain, bererti telah binasalah ia. (Maksud Hadith)

    ReplyDelete
  40. --> Ahlia Iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya adalah sifat mulia yang dituntut bagi diamalkan oleh setiap orang Islam. Taat yang dimaksudkan itu ialah kesetiaan menjunjung serta mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

    Setiap orang Islam dikehendaki menumpukan sepenuh taat setia tanpa sedikit pun berbelah bagi kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Taat setia yang penuh ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

    Afwan ya syabab^^ yang dikasihi ALLAH S.W.T, moga sahabat sentiasa dalam keredhaan~Nya, aamiin :)

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum

    terima kasih atas tazkirah yang diberikan


    benar
    nafsu ketua segala kejahatan

    semoga hati ni
    sentiasa gagah untuk melawan nafsu


    :)

    ReplyDelete
  42. --> Tirana

    Salam...

    Kematian sememangnya menyedarkan manusia dari kelalaiannya dengan dunia yang fana, seterusnya menyemai rasa untuk bersedia menghadapi saat-saat tersebut dengan amal kebajikan. Ini kerana, kematian bukanlah bererti, kehidupan seseorang manusia tersebut akan berhenti secara mutlak, tetapi kematian bererti, bermulanya sebuah kehidupan baru baginya di alam yang lain, dan kehidupan tersebut merupakan sebuah kehidupan yang abadi. Kebahagiaan atau kecelakaan seseorang di alam selepas mati tersebut, bergantung kepada amalannya sewaktu dia hidup di dunia ini.

    ReplyDelete
  43. --> Miecyber

    Ya benar, jika niat itu hanya semata kerana Allah ia menjadi ibadah kepada kita..

    ReplyDelete
  44. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Janganlah sekali-kali engkau menuruti nafsumu, dan jadikanlah yang membantumu untuk menghindar darinya adalah pengetahuanmu bahwasanya ia berupaya mengalihkan perhatian akalmu, mengacaukan pendapatmu, mencemarkan kehormatanmu, memalingkan kebanyakan urusanmu, dan memberatkanmu dengan akibat yang akan engkau tanggung di akhirat.

    ReplyDelete
  45. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Moga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati~Nya..:)

    Sungguh manusia ni sentiasa lupa dan dalam kelalaian. Dan tugas kita sering ingat mengingati akan perkara kebaikan agar kita sentiasa muhasabah diri.

    Hidup ini bagai peperiksaan atau ujian dari Allah s.w.t. untuk melihat siapakah di kalangan mereka yang taat kepada-Nya dan siapa pula yang ingkar akan perintah-Nya.

    Thanks kitak..:):)

    ReplyDelete
  46. --> Mohamadazhan.com

    Salam sahabat..

    Dunia tempat persinggahan sementara dan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke tujuan dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhawatirkan dia tidak akan sampai ke tujuan.

    ReplyDelete
  47. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sebaik-baik bekal untuk perjalanan ke akhirat adalah takwa, yang bererti “menjadikan pelindung antara diri seorang hamba dengan siksaan dan kemurkaan Allah yang dikhawatirkan akan menimpanya, iaitu (dengan) melakukan ketaatan dan menjauhi perbuatan maksiat kepada-Nya..

    Barakallah

    ReplyDelete
  48. --> insan marhaen

    Amin...moga Allah perkenankan doa saudara..

    ReplyDelete
  49. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih mendoakan saya ya kak! Semoga Allah kurniakan juga keberkatan kepada kakak.

    ReplyDelete
  50. --> aku HIV positif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih atas kunjungan saudara, moga Allah kurniakan kembali kesihatan saudara..

    ReplyDelete
  51. --> Nur Misnan

    Moga Allah bukakan hati-hati mereka dan campakkan nur keimanan ke dalamnya, hinggalah ke akhir hayat mati dalam Islam dan iman..amin

    ReplyDelete
  52. --> intan.maisarah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali

    Nafsu perlu dijinakkan agar ianya tidak menjadi raja dalam diri kita

    Kebijaksanaan itu seorang hamba Allah, ia adalah puncak dalam membezakan perkara baik dan buruk

    ReplyDelete
  53. Ass-Salam dik Abd Razak
    Terima kasih di atas peringatan yang amt menginsafkan ini.]Semuga di pagi penuh keberkatan ini kak hazel mendapat keberkatan dari perkongsian ini....dan adik Abd Razak terus sihat dan diberkati Allah sentiasa...agar terus dapat meneruskan jihad dan dakwah kepda kami...

    Salam hari Jumaat.

    ReplyDelete
  54. --> hazeleyed lady

    Wa'alaikumusalam my dear sister hazel..:)

    Terima kasih kembali kak! Tiada daya dan upaya saya melainkan pertolongan Allah SWT dalam meneruskan kerja dakwah ini, moga Allah terus melimpahkan kekuatan buat adik dan juga kakak di sana, moga kakak terus sihat dan tenang dalam beribadah kepada~Nya..

    ReplyDelete
  55. salam,

    sentiasa berdoa agar diri dan keluarga tidak terpesong jauh dan sentiasa mendekat diri kepada Allah..

    Ahamdulillah semoga kita beroleh rahmat dari NYA.

    ReplyDelete
  56. --> PCL

    Salam..

    Begitulah harapan kita semua dan disertakan dengan usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh agar cita-cita kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  57. salam sahabat...

    hari ini, hari yg amat 'resah dan letih' ...bila baca n3 niii...'terasa sangat'...syukran sahabat...

    "Allah SWT berfirman, "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) [ QS Az-Zalzalah : 7 & 8 ]"

    ReplyDelete
  58. --> cun09

    Salam sahabat...

    Hari-hari kita tidak selalunya ceria dan rasa bahagia, kadang diduga dengan pelbagai masalah dan perasaan yang tak serba kena. PAsti dengan mengingati Pencipta segala-galanya kita akan menjadi tenang...

    Afwan..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.