Friday, June 17, 2011

Nasihat Keenam...


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai anakku yang tercinta,

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Sari ilmu ialah bahawa engkau mengetahui sedalam-dalamnya apa ertinya 'taat' dan 'ibadat'. Ketahuilah taat dan ibadat itu ialah tunduk kepada Allah dalam segala perintah~Nya dan larangan~Nya dengan perkataan dan perbuatan. Ertinya, segala apapun yang engkau katakan dan engkau perbuat atau engkau tinggalkan, hendaklah menurut hukum syarak. Maka jika engkau puasa pada hari raya dan hari-hari tasyriq, engkau bernama derhaka, atau ketika engkau berpuasa, solat memakai kain rampasan biarpun rupanya engkau beribadat tapi engkau berdosa namanya.

Wahai anak! Layak sekali bahawa perkataanmu dan perbuatanmu menurut ukuran syarak, kerana ilmu dan amal yang tidak bergariskan syarak itu adalah sesat.

Ketahuilah, bahawa lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian dan keinginan yang rendah-rendah itu alamat kemalangan besar. Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan nur makrifat (pengetahuan).

Kemudian itu ketahuilah pula, bahawa sebahagian dan perkara yang engkau tanyakan kepadaku itu ada yang tak mungkin dijawab dengan tulisan dan perkataan. Jika tingkat hidupmu telah sampai ke sana, engkau akan tahu sendiri apakah dia; jika tidak, maka mengetahuinya, termasuk perkara mustahil, kerana ia barang yang bertalian dengan perasaan, tak dapat ditunjukkan dengan perkataan. Seperti manisnya madu dan pahitnya hempedu tak dapat dikenal rasanya, melainkan dengan dicuba.

Dihikayatkan, bahawa seorang yang telah terkenal suka mengeluh, menulis surat kepada sahabatnya, minta diterangkan, betapa benar lazatnya bersetubuh. Lalu sahabatnya itu membalas suratnya.

"Hai sahabat! Selama ini saya anggap engkau hanya seorang pengeluh sahaja. Sekarang barulah saya tahu bahawa engkau seorang pengeluh dan bodoh pula. Kerana perkara itu, perkara rasa; jika engkau rasai tahulah engkau. Jika tidak, maka kenyataannya tidak dapat digambarkan dengan kata dan tulisan."

Wahai anak! Sebahagian dari pertanyaanmu termasuk bahagian ini. Adapun yang lainnya, yang dapat dijawab, telahku sebutkan di dalam "Ihya' Ulumuddin" dan lainnya. Dan di sini hanya akan kusebutkan sebahagiannya:

Empat perkara yang harus ada dalam mencapai keutamaan itu. Pertama, Iktiqad yang sah yang tidak dicampuri bidaah. Kedua, taubat yang sesungguh-sungguhnya, menutup mati jalan kembali kepada maksiat. Ketiga, meminta kerelaan atas perselisihan, hingga padamu ilmu syariat sekadar yang dengan dia engkau saksama, dan sebahagian dari ilmu akhirat yang dengannya engkau boleh mengharap lepas dari segala bencana.

Wahai anak! Jadikanlah 'kemahuan yang bersungguh-sungguh" itu menjadi mahkota roh, kekalahan menjadi belenggu nafsu, dan mati menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur itu setiap saat menunggu-nunggu, engkau akan berjumpa dengan mereka. Hati-hatilah jangan sampai engkau menjumpai mereka dengan tidak membawa bekal.

NASIHAT KEENAM
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

52 comments:

  1. aSSAlamualaikum:)

    Moga ktk dianugerahi nikmat kesihatan yang baik dan dirahmatinYa selalu...Amin:)

    Tksh yaa ktk utk peringatan tukk..
    Semmmgnya perlu utk sentiasa memuhasabah diri dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki...


    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak.
    Semoga saudara sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya selalu..insyaAllah..

    Alhamdulillah..thanks saudara kerana sudi berkongsi perkongsian hebat di pagi Jumaat yg mulia ni. InsyaAllah moga2 kita sama2 mendapat peringatan dan manfaat darinya...

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN DAN TAZKIRAH INI! SEMOGA ALLAH MASIH MEMBERIKAN KESEMPATAN KEPADA KITA UTK SOLAT JUMAAT HARI INI !

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih dapat menikmati N3 pagi ini. Terasa bagaikan mudah benar utk mengamalkan tapi kalau tiada kesungguhan yg mudah pun tidak dapat dilakukan...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    "Kedua, taubat yang sesungguh-sungguhnya, menutup mati jalan kembali kepada maksiat."

    aduhai bibirku sering beristighfar namun kaki dan tangan tidak jalan seiringan...

    ReplyDelete
  6. "Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati."

    Tazkirah buat diri kita yg sering lupa. Jzkk.

    ReplyDelete
  7. Assalam Ustaz..

    Semoga sihat dan dalam rahmat ALLAH selalu..Mekasih mengingatkan.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redhaNya.

    Semoga kita sentiasa dapat mentaati segala suruhan dan larangan dan sentiasa mengaingatiNYa dalam setiap keadaan kerana tujuan hidup kita adalah untuk hindari kemurkaan dan dapatkan keredhaanNya. Semoga kita dibantu.. amiin

    ReplyDelete
  9. السلام عليكم
    Alhamdulillah n syukur kepadaNYA kerana masih diberi peluang untuk menimba sedikit ilmu hasil perkongsian dari sahabat kita.

    Semoga ianya akan jadi tauladan buat kita...Insyallah

    Terima kasih kepada sahabat..

    ReplyDelete
  10. Suka kmk maca entry ktk tuk.. Tazkirah.. :)

    ReplyDelete
  11. salam Saudara Abdul Razak..
    moga sihat hendaknya..
    perkongsian peringatan yang berguna
    terima kasih..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga saudara sihat.

    Terima kasih atas ingatan ini. InsyaAllah akan dijadikan panduan dalam menjalani hidup ini.

    ReplyDelete
  13. Salam Razak..

    Thanks for sharing. Peringatan yang baik untuk kita semua

    ReplyDelete
  14. asalam..datang berkunjung..masih ada kah sisa ingatan kepada etuza warna2 kehidupan..
    memang indah info di laman perjalanan yg singkat.syukran

    ReplyDelete
  15. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Moga kitak juak dianugerahi nikmat kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya sentiasa...Amin:)

    Terima kasih juak untuk kitak.

    Hakikat ini kita boleh rasakan sendiri. Orang lain tidak dapat menilai sejauh mana keakraban kita dengan Allah yang mencipta kita. Cuma orang dapat melihat dan menilai diri kita secara zahir. Jika kita taat kepada Allah dalam suruhan dan laranganNya bermakna hubungannya rapat dengan Allah. Sebaliknya jika selalu melakukan maksiat bererti dia jauh dengan Allah. Allah tidak suka kepada orang yang zalim dan membuat maksiat. Dari segi batinnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  16. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya selalu..insyaAllah..

    Alhamdulillah...afwan ya sahabat.

    Iman menjadi asas kepada keislaman seseorang, perlulah kita mencari jalan untuk merasa dan menghayati kemanisan iman. Kemanisan iman boleh diusahakan melalui dua jalan iaitu musyahadah dan muraqabah.

    ReplyDelete
  17. --> luahfikiran

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali..

    Semoga dengan nasihat Imam Ghazali dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum wbt :-)

    Allahu Akbar! Manisnya iman, indahnya nikmat-Mu, Sungguh...

    " Seorang mukmin adalah seorang yang tidak pernah kenyang dari mendengarkan kebaikan sampai dengan berakhir di syurga. "
    IMAM SYAFIE

    Alhamdulillah..syukran ya syabab, kerana terus memberi (menyampaikan)
    Moga sahabat sekeluarga terus dalam pimpinan rahmat-Nya, ameen..

    ReplyDelete
  19. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama kak zakie.

    Iman yang tulus, ibadah yang benar, dan mujahadah (kesungguhan dalam beribadah) adalah cahaya dan kenikmatan yang ditanamkan Allah di dalam hati hamba-Nya yang Dia kehendaki.

    ReplyDelete
  20. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Taubat. Suatu istilah yang pendek, yang senang disebut, tetapi sering di salah ertikan tuntutannya.

    Tuntutan taubat juga sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran. Sebaliknya, tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati.

    ReplyDelete
  21. --> Ann Huda (Ate)

    Ya, kehidupan kita punya peraturan yang tertentu, kerana misi kita dilahirkan di dunia tidak lain selain untuk beribadat kepada~Nya..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum brother Razak...
    Alhamdulillah saling ingat mengingati

    aku suka part yang terakhir itu
    dalam kubur... sangat2 menyedarkan..
    thanks brother...

    ReplyDelete
  23. --> Cik SHiNJU

    Wa'alaikumusalam ..

    Semoga Cik Shinju sihat juga hendaknya dan sentiasa dalam rahmat ALLAH..

    Sama-sama..:)

    ReplyDelete
  24. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak juga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redha~Nya.

    Hendaknya kita sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi~Nya dengan mentaati segala perintah~Nya dan menjauhi larangan~Nya, mudah-mudahan kita beroleh keampunan, perlindungan dan rahmat~Nya..amin

    ReplyDelete
  25. --> Rus Si Merah Jambu

    وعليكم السلام ورحة الله

    Syukran ya sahabat, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua dalam kita meniti kehidupan ini jalan menuju~Nya..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustaz..

    trime kasih kerana mengingatkan kami yg lagha ini..semoga ustaz terus membimbing kami dengan entri2 yg baik sebegini

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum,

    Nasihat-nasihat yang berterusan dari entri saudara menjadi bekal buat saya.

    Nikmat tidak dapat digambarkan melalui tulisan dan kata-kata melainkan alaman sendiri. Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. takut tidak membawa bekal yang secukupnya... :(

    ReplyDelete
  29. nasihat yang kalau dipatuhi sudah tentu terjamin kesejahteraan hidup kia

    ReplyDelete
  30. --> wa khairul onggon

    Alhamdulillah, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak..

    ReplyDelete
  31. --> zulkbo

    Salam Saudara Zul..

    Moga sdra sihat juga hendaknya..

    Terima kasih kembali sdra..

    ReplyDelete
  32. assalam..

    pnduan buat ank2.. trm ksh ;)

    ReplyDelete
  33. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak sihat juga hendaknya..

    Terima kasih juga buat kakak kerana sentiasa sudi ke sini..

    ReplyDelete
  34. --> Miecyber

    Benar saudara, kita perlu sentiasa sedar dan insaf..

    ReplyDelete
  35. --> Tirana

    Salam Kak Tirana..

    You're most welcome...

    ReplyDelete
  36. --> etuza

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya, masih ingat cumanya kurang upaya untuk singgah kerana kesuntukan dan saya lihat cikgu pun begitu sibuk dengan tugas..

    ReplyDelete
  37. --> Ahlia Iman

    وعليكم السلام ورحة الله :-)

    Moga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha Allah Taala...amin..

    Jika hati telah suci, ia takkan pernah merasa kenyang dari membaca Al-Quran (Habib Muhammad Hassan Jamalullail)

    Syukran ya syabab...kerana sering mendoakan untuk saya..:)

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbt,
    alhamdulillah berkesempatan juga singah baca di sini.

    Terima Kasih Ustaz.

    ReplyDelete
  39. salam sahabat...

    membaca pendahuluan entri sudah terkesan di hati betapa kadang2 saya ni lalai...leka...lupa akan kematian yang pasti...

    naishat yang berguna untuk diamalkannya...moga izin saya link blog ni dalam mujahid =)

    ReplyDelete
  40. --> Nur Misnan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah moga nasihatnya kita ambil perhatian sewajarnya dan sentiasa muhasabah diri atas kelemahan kita..

    ReplyDelete
  41. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, moga Allah memberi kekuatan pada kita semua dalam usaha memantapkan keimanan kita..

    ReplyDelete
  42. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Nasihat-nasihat itu juga menjadi bekal buat saya untuk terus berada dalam jalan menuju~Nya.

    Terima kasih kembali cikgu..:)

    ReplyDelete
  43. --> a kl citizen

    Teruskan usaha menambah bekal kerana kesempatannya masih ada..

    ReplyDelete
  44. --> noorlara

    Benar, taat dengan perintah Allah dan jauhi segala larangan~Nya..

    ReplyDelete
  45. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Dan panduan untuk sesiapa sahaja yang mahu memilih jalan yang benar

    Sama-sama..

    ReplyDelete
  46. --> PCL

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kerana sudi singgah di sini...

    ReplyDelete
  47. --> Mohamadazhan.com

    وعليكم السلام ورحة الله

    Kita manusia memang lemah mudah lupa dan lalai dan atas pesan-pesan ulama terdahulu membuat kita terjaga..alhamdulillah

    Sila linkkan ya! TQ

    ReplyDelete
  48. Salam

    Minggu lepas anak murid saya telah kembali kepada Allah.. baru berusia 22 tahun, cepatnya dia pergi...terasa sedih dan takut sebab memikirkan amalan kita yang belum cukup

    ReplyDelete
  49. --> IMANSHAH

    Salam...

    Kematian itu rahsia Allah SWT supaya kita manusia sentiasa beringat dan bersedia untuk kembali kepada~Nya dengan berbekal...

    ReplyDelete
  50. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insha Allah Brother...moga Allah beri kekuatan

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.