بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai anakku yang tercinta,
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulang kaji dan mentelaah kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.
Tetapi jika niatmu di dalam usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w. dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung. Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata:
Berjaga malam kalau bukan kerana zat~Mu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilangan~Mu adalah tidak berguna.
Wahai anak! "Dan sebahagian dari malam hendaklah engkau bangun mengerjakan solat." Itu bererti perintah dan menjelang subuh mereka memohon ampun, itu mengandung makna syukur, dan orang-orang yang memohonkan ampun di waktu akan subuh, itu bererti zikir.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga suara yang disukai Allah, suara ayam jantan berkokok di waktu hampir subuh, suara orang membaca al-Quran dan suara orang memohon ampun di waktu akan subuh." Berkata Sufyan Tsauri: "Bahawasanya Allah Tabarakawa Ta'ala menjadikan angin berhembus di waktu akan subuh membawa zikir dan istighfar kepada Allah Al-Malikil Jabbar."
Katanya lagi: "Apabila telah tiba permulaan malam, maka berserulah penyeru dari bawah 'Arasy: "Bangun, bangunlah hai ahli ibadat!" Maka mereka pun bangunlah dan solat sekadar yang dikehendaki Allah. Kemudian berseru pula penyeru dipertengahan malam: "Bangun, bangunlah hai kaum yang taat!" Mereka pun bangunlah dan solat sampai saat hampir subuh. Di waktu perhujung malam, berserulah pula penyeru: "Bangun, bangunlah, hai orang-orang yang mengharapkan keampunan!" Maka bangunlah mereka dan memohon ampun kepada Allah. Dan ketika fajar terbit, berseru pulalah penyeru: "Bangun, bangunlah, hai golongan yang hidup lalai!" Maka mereka pun bangunlah dari ketiduran mereka bagaikan mayat dibangkit dari kubur."
Allah Taala berfirman, "Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". [QS. Al-Isra': 79]
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mahu berdoa kepada~Ku lalu Aku kabulkan. Siapakah yang mahu meminta kepada~Ku lalu Aku kabulkan. Siapa yang mau meminta ampun kepada~Ku lalu Aku ampuni." [HR Bukhari]
Allah SWT berfirman, "...Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu') dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)." [Al-Muzzammil: 1-7]
Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu.
Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi KERINGANAN kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran.
Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik.
Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS 73: 20]
NASIHAT KELIMA
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

Assalamualaikum saudara abdul razak. Semoga saudara sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan rahmat kasih sayang dari Allah...
ReplyDeleteRamai orang susah nak bangun waktu pagi...Moga Allah bagi kita kekuatan untuk istiqamah bangun pada awal pagi/dinihari memohon keampunan dari Allah..
Thanks saudara... atas perkongsian ni..
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. DENGAN GANJARAN DAN JANJI ALLAH YANG BERBAGAI, APAKAH KITA TIDAK MAHU BERSUNGGUH2 MELAKUKANNYA?
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteTerima kasih Ustaz.
assalammualaikum razak..
ReplyDeletesesungguhnya saya adalah antara manusia yg lalai
Assalammualikom wtb ya Ustaz. Khaifahaluka? Syukran atas perkongsian ilmu, semoga tazkiran ini menjadi pemangkin jasbah utk setiap pembaca menjadikan solat,zikir,Quran dan solat malam itu sebagai kesukaan. Nabi Muhammad saw sebagai idola. InsyaAllah.
ReplyDelete~JazakaAllah~
Saya telah bermalam di sebuah kampung yang dulunya mmg sunyi di wkt malam.Apabila terjaga malam (jam 3 pagi) jelas kedengaran suara nyanyian dari sebuah rumah yang mengadakan perniagaan karaoke di kediamannya.
ReplyDeleteAlangkah kasihannya penduduk kampung itu, terutamanya golongan yang mahu mencari kekhusyukan berkiamullail...
Dan alangkah kasihannya pengunjung rumah itu, yang menghabiskan malam dengan aktiviti yang....mungkin bukan sekadar menyanyi. Wallahu'alam.
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteTerima Kasih , selalu2 mendengar tazkirah sebegini boleh membawa ketenangan jiwa...
Alhamdulillah, dgn kesihatan yg dikurniakan skrg ini akan menambahkan usaha ke arah kebaikan..jangan tunggu sakit baru nak sedar tentang apa yg telah diperintahkan oleh Yang Maha Esa.
Besama-samalah kita memanfaatkannya.
Salam.
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah swt. N3 menarik. Thanks atas perkongsian ilmu ini.
Assalamualaikum saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan saudara kesihatan yang baik.
Terima kasih atas ingatan ini. InsyaAllah mudah2an Allah berikan kesedaran ke atas diri ini.
Assalamualaikum Ustaz...
ReplyDeleteSemoga Ustaz dirahmati ALLAH selalu..
Terima kasih kerana selalu mengingatkan...
Assalamulaikum,
ReplyDeletehmmm.. bila saya terbaca peringatan tentang solat malam ,pasti rasa sedih kerana kurang kuat melawan kelemahan diri.
Seolah, ia peringatan berkali-kali kepada saya untuk kuat menunaikannya. Kerana ia sumber kekuatan.
Terima kasih atas perkongsian. :)
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMOga kitak diberikan kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu..:)
Masih dalam proses...mengatasi kelemahan diri sendiri!..
p/s:masih lam perjalanan tuk!:)
Salam.. Pa kabar ktk tek? Semoga nasihat ya menjadikan kita semua insan yang berguna..
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteaduyai, bagaimanakah kita nak peroleh kemanisan solat malam sampai kita begitu mendambakannya...
tima kasih saling mengingatkan...
sa|am,,
ReplyDeleteya, usaha untuk terus kuat untuk bangun ma|am,,insyaA||Ah,,
Salam Saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga sihat hendaknya..terima kasih mengingati nasihat yang di berikan Imam A-Ghazali itu..mengingati perkara yang kita mudah lupa..moga kita semua di berkati Allah hendaknya
Insaf...
ReplyDeleteKesan Malaria melalui hand phone
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan...
Bangladesh VS Vietnam
salam sahabat razak...
ReplyDeleteterima kasih.Sahabat.. ya Allah semoga kau buka dan kuatkan hati ku untuk beribadah kepada mu pada malam hari ...... berkatkan la hidupku dan kaum kelurga ku juga sahabat2 ku....peliharalah iman kami Ya Allah,,,,
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan yang sangat bermanfaat.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.
Sungguh banyak peringatan yang diberikan kepada kita buat mempersiapkan diri menghadap Allah 'Azzawajalla, tinggal lgi kita kena berusaha denga bersungguh-sungguh mengamalkannya.
Terima kasih atas peringatan ini ya.
Salam, kalau lah saya katakan saya selalu berjaga untuk mencari bahan untuk p&P pada keesokan hari serta membuat sedikit home work dan menanda buku, apa pandangan ustaz??
ReplyDeleteassalamualaikum. betapa artikel ini mengetuk kepala ku yg suka sgt diletak ke bantal dr sujud pd-Nya di malam hari. syukran jazakallah...atas peringatan syeikh.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebila n3 bagu macam ni gua tak tau nak komen apa...teruskan lagi..
assalamualaikum sdra...
ReplyDeletetrime kasih atas peringatan ini...sesungguhnya bukan mudah untuk kita bangun malam, hanya orang yang tahu akan kelebihannya sahaja mampu bangun pada malam itu
assalam..
ReplyDeleteklau kita niat dgn ikhlas pasti dgn sndri akan terbangun dr tidur, bila brsolat dgn keadaan sunyi kita psti dpt merasa kelainannya
trm ksh..
Assalamualaikum.
ReplyDeleteCerita tentang berjaga malam atau bangun malam untuk tahajjud atau qiamullail, berapa ramai yang mengamalkannya. Kalau tiada kesempatan atau keletihan, dirasakan itu alasan yang 'munasabah', tetapi kalau ada aktiviti hiburan di tv atau siaran bola, berapa ramai pula mereka yang 'keletihan' pada siangnya sanggup dan dapat bangun malam... sekadar muhasabah diri untuk renungan bersama.
TQ
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan rahmat kasih sayang dari Allah...
Hendaknya memerlukan sedikit latihan dan tanamkan azam di dalam diri untuk bangun awal agar dapat melaksana ibadah di awal pagi. InsyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.
Welcome saudari..:)
--> luahfikiran
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang, segala apa yang kita lakukan semata-mata kerana~Nya, maka Dia sediakan balasan yang besar baginya. Cuma manusia tidak nampak perkara ini.
--> kakcik
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali kakcik..
--> a kl citizen
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kesedaran atas kelemahan kita mendorong kita untuk memperbaiki keadaan. Moga dicampakkan terus kesedaran...
--> مسافر_اسلام
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah, saya sihat. Moga saudara pun sihat di sana.
Afwan ya saudara...ubat kepada hati itu lima perkara: Membaca al-Quran dengan menghayatinya, mengosongkan perut, bangun mendirikan solat malam, tadharru' ketika waktu sahur dan mendampingi orang-orang soleh.
--> ckLah
ReplyDeleteAllahu Akhbar, di tempat saya pun kerap berlakunya perkara yang cikgu ceritakan ni.
Seharuslah rumah itu dijadikan tempat untuk mengingat Allah dengan segala bentuknya baik itu dengan berzikir dalam hati atau dengan lisan, mendirikan solat, membaca al-Quran, atau dengan mengkaji ilmu agarma dan membaca beraneka ragam ilmunya.
Assalamu'alaikum wbt,
ReplyDeleteSemoga kita semua diberi kekuatan oleh ALLAH SWT utk dirikan solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang-orang yang soleh. Insya'ALLAH bersama terus mendoakan.
Syukran ya syabab yg dikasihi ALLAH SWT.. :-)
--> p@kcikLie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima Kasih kembali...
Barangsiapa mengerjakan sesuatu secara baik dan bertanggungjawab, Allah akan memberikan pertolongan dan kemudahan baginya..
--> roha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga Allah melimpahkan kurniaNya kekuatan kepada kita untuk taat kepada~Nya sehinggalah kita kembali kepada~Nya..
Welcome..
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga Allah kurniakan juga buat kakak kesihatan yang baik.
Terima kasih kembali kak!
--> Admin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah merahmati kamu juga..
Afwan ya sahabat...
--> Mohd fadzli Tuah 313
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya sudah tentu memang payah bagi setiap manusia untuk bangun solat malam pada permulaannya. Namun, jika sudah tertanam rasa lazat beribadah pada malamnya, ianya menjadi mudah.
Pepatah melayu pernah menyebut alah bisa tegal biasa
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
MOga kitak juak diberikan Allah kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati~Nya..:)
Insya Allah, berkat usaha gigih kitak bisa berjaya mengatasi kelemahan diri sendiri! Yang pentingnya istiqamah dan sentiasa mengharap kekuatan dari~Nya..
:):)
--> AmirFX
ReplyDeleteSalam...alhamdulillah mir, sihat jak tok. Insya Allah mir moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Banyak atau sedikit kita dapat rasakan lazatnya atau manisnya solat bergantung pada banyak atau sedikit kita menurut hawa nafsu. Kalau kita banyak menurut hawa nafsu, maka kemanisan solat akan berkurangan.
--> Mutiara Bernilai
ReplyDeleteSalam..
Berbahagialah mereka yang mampu menunduk hawa nafsunya dan sentiasa mampu meninggalkan tidur yang lena dan panjang..
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam saudara..
Semoga saudara terus dikurniakan kesihatan yang baik..
Terima kasih kembali, moga Allah sentiasa membantu kita dalam melakukan ibadah kepada~Nya..
--> Miecyber
ReplyDeleteSemoga Allah perteguhkan Iman kita hingga ke hari kita dipanggil pulang kepada~Nya.
--> atie
ReplyDeleteWa'alaikumusalam sahabat..
Sama-sama ya sahabat...semoga Allah perkenankan permintaan sahabat..amin
--> ashrafi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, moga segalanya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
--> werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang~Nya.
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
--> IMANSHAH
ReplyDeleteSalam..
Jika segala kerjabuat kita itu semata-mata untuk beribadah kepada Allah, maka ia mendatangkan pahala dan berkat dari Allah. Ditambahkan pula dengan solat tahajjud pada ketika itu, ia lagi menampakkan kehambaan dan pengharapan dari~Nya sentiasa...
--> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteSalam..
Thanks brother..insya Allah!
--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Afwan ya syeikh..
Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan, “Banyak dari makanan yang menghalangi bangun malam dan banyak dari pandangan yang menghalangi untuk membaca al-quran.”
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.
--> maiyah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya benar apa yang dikatakan, sesungguhnya sholat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain.
--> Admin P@P
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Saya setuju dengan pandangan cikgu, kadangkali kita lebih suka membangunkan nafsu daripada memantapkan iman, suka pada hiburan daripada mengingati Yang Maha Pencipta kita. Pernahkah kita bertanya adakah apa yang kita suka itu boleh menyelamatkan kita dari azab Allah nanti...
Wallahu'alam..
--> Ahlia Iman
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Afwan ya syabab yang dikasihi ALLAH SWT.. :-)
Ya Allah, kepadaMu kami menyerah diri, denganMu kami beriman, kepadaMu kami bertawakkal, kepadaMu kami kembali, dengan pertolonganMu kami menegakkan hujah dan kepadaMu kami berhukum. Maka ampunkanlah dosa kami yang kami lakukan dahulu, atau terkemudian, atau kami rahsiakan, atau kami nyatakan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganmu ya Allah!