بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah Yang Maha Esa kerana atas limpah kurnia dan kasih sayang~Nya serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya hingga ke hari kiamat.
Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban, maka eloklah kita peringatkan kembali ilmu yang pernah kita pelajari iaitu Takbir Hari Raya. Takbir Hari raya terbahagi kepada dua jenis iaitu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad. Takbir adalah sunat pada kedua-dua hari raya dan jika tidak dilakukan amatlah rugi kerana ianya merupakan syiar Islam dan melahirkan rasa syukur kita Allah SWT. Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk~Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [QS Al-Baqarah : 185]
Rasulullah s.a.w. menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” [Hadis riwayat al-Thabrani]
Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam. Kita disunatkan bertakbir bermula dari terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga Imam memberi salam pada solat sunat Hari Raya Fitri. Begitulah juga halnya pada hari raya korban, bertakbir disunatkan selepas selesai melaksanakan solat maghrib sehingga khatib selesai membaca khutbah pada pagi hari raya korban.
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. [Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.]
Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat-solat fardu atau sunnah, baik adaan mahupun qadhaan, solat jenazah dan solat yang dinazarkan. Bagi kita yang tidak mengerjakan haji takbir boleh dilaungkan bermula selepas azan subuh Hari Arafah 9 Zulhijjah dan berakhir pada 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) selepas solat asar, sementara orang sedang mengerjakan haji bertakbir sejak Zohor Hari Raya Haji hingga Subuh akhir hari-hari Tasyrik. Imam Ramli dan Imam Hajar berselisih pendapat tentang permulaan takbir bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Imam Ramli mengatakan takbir boleh dimulakan selesai kita solat sunat subuh, sementara Imam Hajar mengatakan takbir dimulakan selepas daripada kita menunaikan fardhu solat subuh. Apapun kedua-dua pendapat mereka boleh digunakan.
Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)
Kepentingan Takbir
1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah.
2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan.
3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia.
4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan.
5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.
Disunnahkan juga bertakbir ketika melihat haiwan ternak seperti unta, lembu dan biri-biri dalam hari-hari tertentu, iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah berdasarkan firman Allah SWT : "Serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan~Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban)...[QS al-Hajj 22:28]
Sekian, moga Allah anugerahkan kita semua kesempatan, dapat menyambut Hari Raya Korban nanti dengan penuh rasa syukur dan tawaduk, serta memperbanyakkan amalan soleh dalam bulan Zulhijjah nanti. Moga Allah tambahkan iman dan taqwa kita dan matikan kita dalam beriman kepada~Nya.

Assalamualaikum saudara abdul razak, semoga saudara sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat pada pagi hari jumaat yang mulia ni.
assalamualaikum,
ReplyDeleteberkorban apa saja,
harta atau pun nyawa...
...lillahitaala.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMoga kita dapat menyambut Hari Raya Korban ini dengan penuh kesyukuran dan keberkatan... AMIN
terima kasih utk pengkongsian ini ~
assalamualaikum ustaz...kaifa hal? =)
ReplyDeleteAllahuakbar!!!
***kmek mungkin beraya sitok jak...sedey...
Assalamu'alaikum ustaz... Takbir raya puasa sehari saja tapi takbir raya haji tiga hari - terasa syahdu bila mengalunkan/mendengarnya...
ReplyDeletesalam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga anda selalu sihat..
bab malam raya tu lah
yang sibuk nak buat
lemang ke apa..sampai
terlupa nak berzikir
dan amalan yang lain
assalamaulaikum
ReplyDeleteraya ni lebih besar dari aidil fitri tapi tak begitu di negara kita
Takbir itu membesarkan Allah.. Memang selayaknya Allah itu dibesarkan.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteustaz, lady nak tanya..
kalau kite tetap bertadbir selepas solat aidilfitri berdosa tak(bg ry aidilfitri)
satu lagi soklan.. ade org ckp kalau kite tadbir hr raya selain drp hr raya.. x baik sebab org2 yang telah meninggal akan tertunggu2 mereka akan dibebaskan kerana hari raya mereka akan dibebaskan drp azab kubur. betul ke kenyataan tu ustaz?
terima kasih.
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan..
Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sungguh pengorbanan itu memerlukan ketabahan dan kesabaran
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali..moga kita dapat menghayati erti kesyukuran dan pengorbanan sempena datangnya hari raya korban yang mulia nanti bagi merintis ke arah suasana dan keadaan yang lebih bermakna dalam kehidupan kita...
--> CikGu Ma
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah baru rasa sihat aritok, pening palak jak 2-3 hari lepas..
***Mun sik mok rasa sede balit jak sempat gik yaa...
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya kak, moga kesempatan dalam 5 hari tu nanti kita penuhi dengan bertakbir membesarkan Allah setiap kali selepas kita solat fardhu dan solat sunat..
Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga sihat.
Kami di Pantai Timor menyambut raya Aidil Adha ni dengan ziarah menziarah saudara masa juga macam Raya Aidilfitri.
Sayang orang sekarang lebih meriahkan hari raya aidilfitri daripada hari raya aidiladha.
--> zulkbo
ReplyDeleteSalam Saudara Zul..
Moga saudara sihat hendaknya..
Ya, tak mengapa kalau sibuk memasak, sambil tangan buat kerja kita berzikir dan bertakbir membesarkan dan memuji Allah SWT...
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kalau orang lain tak besarkan, maka kita ambil kesempatan dengan kita membesarkan dan mengagungkan Allah SWT dengan melakukan korban dan ibadah sunat yang lain...
السلم عليكم
ReplyDeletesemoga amalan bertakbir terus subur di jiwa individu islam...menyemarakkan lagi keagungan islam
--> Tirana
ReplyDeleteTakbir yang membesarkan Allah adalah; merasa tidak ada yang paling besar dalam hidup ini kecuali Allah dan tak ada yang mengawasi diri kita kecuali Allah
--> LadyBird
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Menurut guru saya, kalau nak bertakbir luar daripada waktu yang telah ditentukan, dibolehkan sendirian dalam bilik kerana ucapan takbir itu antara zikir yang membesarkan Allah. Tapi katanya, jangan dibuat dalam kumpulan bimbang mendatangkan fitnah dan Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya.
Tentang soalan kedua tu, tak berani saya nak membenarkannya dan apa yang perlu kita buat berpegang teguhlah dengan firman Allah dalam al-Quran,
ALLAH s.w.t. berfirman di dalam al-Quran : Maksudnya : “Katakanlah tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samada di langit dan di bumi melainkan ALLAH, dan mereka juga tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. " (Surah an-Naml : 65)
Wallahu''alam
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat kak! Moga kakak pun demikian juga.
Ya kak! Sebaiknya bila tiba hari raya aidil adha dan aidil fitri, kita dituntut menyambutnya dengan penuh rasa syukur, membesarkan Allah SWT dengan melakukan segala ibadah sunat pada hari itu...
--> Nahmy
ReplyDeleteYa saudara, menurut Guru saya, kelebihan malam kedua hari raya itu sangat besar kaifiatnya dan hendaknya dipenuhi dengan bertakbir dan memuji Allah SWT..
Selalunya lepas dengar ceramah oleh ***, IM akan ikut depa bertakbir.
ReplyDeleteDengar khabar sultan Kelantan pun nak tukar laungan Daulat Tuanku kepada Takbir!
Sik sabar ehh nak nangga sidak nyembelih lembu ngn kambin...
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteAwak sihat ?
Saya baca dan faham ..
tkasih yaaa perkongsian ilmu ini.
--> insan_marhaen
ReplyDeleteMurninya cita-cita Sultan Kelantan, hendak mengutamakan Tuhan Pencipta alam ini
--> AmirFX
ReplyDeleteKamek pun excited juak tok, sik sabar nak nyambut hari raya korban
--> LiNda
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya, moga awak sihat juga di sana..
Terima kasih kembali awak..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT
Lama tak turunkan komen walaupun sering juga datang baca pengisian yang sentiasa mengingatkan diri kak betapa kerdil disiNya, tak berdaya tanpa pertolonganNya.
Ya Allah Maha Besar dan Maha Segala Kemuliaan..
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat kak! Moga kakak sihat juga di sana.
Saya pun tertanya-tanya lamanya kak menyepi dan blog pun tak di'update'kan, agaknya sibuk dengan cucu erk!
terima kasih ustaz atas jawapan itu..
ReplyDelete--> LadyBird
ReplyDeleteTerima kasih kembali..
salam sahabat...
ReplyDeletelama tak bukak kotak komen niii :)
saya ada baca...kalu kita nk korban, bila masuk bln zulhijah kita x leh potong kuku n potong rambut hingga sampai hari kita nk korban...yee kee?
arinii keje...sambil dengaq 'ubat doktor ^__^...syukran
**moge sahabat sihat**
--> cun09
ReplyDeleteSalam sahabat...
Alhamdulillah saya sihat, moga sahabat pun begitu juga.
Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah s.a.w. bersabda:
اِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِيْ الْحِجَّةِ ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ اَنْ يُضَحَّى ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)
Waalaikumsalam brother...
ReplyDeletesob sob... raya haji semakin hampir tapi hati pula sayu dan hiba mengenangkan nasib umat Islam yg menjadi mangsa keganasan kaum kafir dan juga mangsa2 banjir...
Dugaan Allah itu sgt hebat pd hamba2-Nya..
Suka dgr kaum keluarga takbir raya di rmah..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteYa biasanya begitulah kita sering merasa sayu dan sedih tapi jarang kita mahu melihat ke dalam diri kita, adakah kita semakin hampir dengan Allah atau semakin jauh sehingga bila kita menjadi mangsa keganasan kaum kafir dan juga malapetaka kerana hubungan kita dengan Allah sangat jauh. Bagaimana mungkin kita mendapat pertolongan~Nya jika hubungan kita dengan~Nya terlalu jauh.