Friday, February 10, 2012

Kejernihan Hati Saidina Ali RA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Suatu hari ketika 'Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh. 'Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, dia berkata, "Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu."

"Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu," orang itu berteriak balik.

"Baiklah kalau begitu," jawab 'Ali, dan dia menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.

"Apa yang sedang kau lakukan," tanya orang itu kebingungan. "Bukankah aku ini musuhmu?"

'Ali memandang tepat di matanya dan berkata, "Kau bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kau akan membunuhku. Sekarang kau telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku." Tetapi orang itu tidak mampu.

"Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata," jelas 'Ali.

"Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kau dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijakanmu, iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus dipertanggungjawabkan pada hari kiamat. Allah akan mempertanyakan hal ini kepadaku."

"Inikah cara Islam?" Orang itu bertanya.

"Ya," jawab 'Ali, "Ini adalah firman Allah, yang Mahakuasa, dan Sang Unik."

Dengan segera, orang itu bersujud di kaki 'Ali dan memohon, "Ajarkan aku syahadah." Dan 'Ali pun mengajarkannya, "Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah."

Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya. 'Ali menjatuhkan lawannya, meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menempelkan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi sekali lagi dia tidak membunuh orang itu.

"Mengapa kau tidak membunuhku?" Orang itu berteriak dengan marah. "Aku adalah musuhmu. Mengapa kau hanya berdiri saja? Dan dia meludahi wajah 'Ali.

Mulanya 'Ali menjadi marah, tetapi kemudian dia mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya.

"Aku bukan musuhmu," 'Ali menjawab. "Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi wajahku. Ketika engkau meludahiku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang kulawan. Perbuatan buruk itu akan terakam atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu."

"Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?" orang itu bertanya.

"Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan." 'Ali menjelaskan kepadanya. "Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh."

"Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?"

"Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam." Dengan segera orang itu tersungkur di kaki 'Ali dan dia juga diajari dua kalimat syahadah.

Sumber : Islam & World Peace: Explanation of A Sufi (Edisi Inggeris)
Oleh : M.R. Bawa Muhaiyaddeen

Cintailah Rasulullah SAW dengan kita sentiasa berselawat
kepadanya dan menghidupkan sunnahnya.

اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

42 comments:

  1. Assalamualaikum...

    subhanallah...
    Islam itu mengajar kita menjadi orang yang sabar, menjaga hatikan ustaz...semoga kita juga bisa menjaga kejernihan hati InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam YA..

      Kesempurnaan iman menentukan kesabaran dan kejernihan hati kita, dan tak mungkin dapat diperdayakan nafsu atau syaitan atas pertolongan Allah jua...

      Delete
  2. Assalamualaikum

    Moga kita sentiasa bersemangat untuk melawan 'musuh sebenar' dalam diri kita itu... insya ALLAH ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Amin, moga Allah perkenankan permintaan..

      Tanpa kita sedari dalam diri kita ada musuh sebenarnya..

      Delete
  3. asssalamulaikum ustaz. :)

    lam tak bersua. Lama juga tidak nampak kelibat ustaz di dalam 'halaman rumah saya'..eheheh

    Seronok membaca cerita sahabat nabi dan para alim ulama yang hebat. Semuanya memberi ketenangan dan kekuatan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Ya memang lama saya tak ziarah blog saudara, kerana tak berkesempatan, maaf ya!

      Sifat sahabat patut kita contohi seperti juga kita contohi akhlak dan sifat Rasulullah SAW..

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM WBT..

    MasyaALLAH...Betapa murninya hati para sahabat Rasulullah SAW..Beliau benar2 mematuhi etika peperangan dalam ISLAM dan memiliki sifat pemaaf seperti baginda..

    Sejak tamat persekolahan, saya sudah terputus dengan cerita nabi2 dan sahabat2 Rasulullah SAW..Selalunya saya suka meminjam buku nabi2 daripada kawan2...Kini, saya boleh baca lagi kisah2 nabi dan para sahabat Rasulullah SAW di sini...

    Terima kasih ustaz..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbrt..:)

      Begitulah tarbiah dan didikan Rasulullah kepada sahabatnya, mereka benar-benar ikhlas dan sabar dalam perjuangan..

      Sama-sama.. :)

      Delete
  5. Salam.. Terima kasih atas perkongsian... Semoga semua mendapat manfaat dari apa yang disampaikan... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir..

      Terima kasih kitak juak kerana sudi ke sitok..

      Delete
  6. bukti Islam bukan disebar melalui peperangan.. hanya yang buta dan musuh Islam shj yang memputar belitkan fakta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, jihad dengan mengangkat senjata dalam sejarah Islam hanya berlaku bagi memenuhi dua situasi berikut iaitu mempertahankan diri daripada serangan musuh yang menyerang dan yang dijangka membuat serangan.

      Keduanya, menjamin kelancaran perjalanan dakwah.

      Delete
  7. Assalamualaikum.:)
    Moga ktk diberikanNya kesihatan Yg baik..dan dilindungi selalu..
    Subhanallah...betapA kuat keimanan..kesabaran..dan kejernihan hati saidina Ali...andailah sebegitu sifat ada dalam jiwa sesama kita...pasti tiada permusuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Alhamdulillah atas izin~Nya kamek sihat sitok, moga kitak juak diberikan~Nya kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan~Nya..

      Ya, memang kita sanjung sifat sahabat-sahabat di zaman Rasulullah. Mereka benar-benar menuruti sunnah Rasulullah dan andainya kita pada zaman ini dapat menyamai mereka, SubhanAllah, pasti musuh-musuh Islam amat gentar..

      Thanks kitak.. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Ustadz..

    Taktik menakluki musuh dengan menggunakan reverse phychology ini telah pun di praktikan di zaman RASULULLAH lagi, hamya kita yang tidak peka.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam DO..

      Dan...pastilah pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang berjuang mempertahankan Agama Islam...

      Terima kasih kembali..

      Delete
  9. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT

    Sahabat-sahabat nabi semuanya telah menyerap peribadi amat mulia, termasuklah Saidina 'Ali. Mereka semuanya berbuat sesuatu lillahi ta'aala. Semoga kita dapat ambil pengajaran daripada kisah-kisah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah yang dikasihi Allah SWT..:)

      Semoga kakak sentiasa diberkati Allah SWT...amin

      Sesungguhnya Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah, merekalah sebaik-baik kurun serta pembawa sunah Rasulullah SAW serta penyampai risalah yang dibawa Rasulullah SAW.

      Delete
  10. Waalaikumsalam brother..
    Terlalu indah perbadi Saidina Ali r.a..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis..:)

      Alangkah indahnya ada di kalangan kita di zaman ini, berperibadi seperti Saidina Ali r.a...

      Delete
  11. Assalamualaikum.
    Tazkirah yang begitu berharga. Berapa ramai dalam kalangan kita sekarang yang sanggup dan boleh berakhlak sehebat saidina Ali...
    Subhanallah.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu..

      Ya Allah! Pilihlah kami untuk menjadi sehebat Saidina Ali r.a. yang mana syaitan berputus asa menghadapinya. Amin..

      Welcome!

      Delete
  12. Salam'alaik...

    Kisah yang cukup hebat utk dihayati oleh umat islam kini, betapa kejernihan hati yang tulus demi redha ILAHI....Allahu Rabbi! Yang namanya kemenangan bukannya menebas leher musuh dengan hujung pedang, tetapi yang namanya kemenangan dalam Islam iaitu ketika melihat manusia masuk Islam berbondong-bondong...Allahu Akbar! manisnya iman yg dimilikinya..

    Jazakallah ya sahabat, kongsikan satu kisah yg cukup hebat ..alhamdulillah
    Barakallahu fik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabatku..

      Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Inilah yang Islam kehendaki pada setiap umat Islam, memperlihatkan Islam itu indah.

      Afwan ya sahabat..
      Allah yubariku fik..:)

      Delete
  13. ** Kepada teman-teman yang hendak menyalin article di sini, silakan berbuat demikian dan sebarkanlah untuk umat Islam. Mudah-mudahan mereka beroleh manfaat yang banyak dari usaha teman semua...insya Allah

    Ya ALLAH.. terima kasih tuan.
    Alhamdulillah... Subhanallah...
    Semoga murah rezeki tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali saudara..

      Sayangnya saya tak boleh nak sertai dan ziarah blog saudara, kerana tiada LINK yang boleh saya access melalui profile saudara.

      Delete
  14. assalamualaikum ya akhi

    lama tak jenguk sini

    satu ketika teringat kat 4 khalifah. kecuali saidina abu bakr, yang lainnya semuanya syahid pada mata pedang dan terasa kerdil bila teringat kat saidina umar yang menguntum senyum dalam kalimah 'alhamdulillah' bila diketahui yang menikamnya seorang musyrik dari parsi... subhanallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya saudara cemomoi..

      Saya pun lama juga tak jenguk blog saudara. Terima kasih kerana sudi datang.

      Ya saudara, hati mereka sangat dekat dengan Allah SWT, apa yang berlaku mereka redha dan Allah redha kepada mereka di dunia lagi..Allahu Akbar!

      Delete
  15. Assalamualaikum Saudara Abd Razakm

    Semoga rahmat Allah sentiasa bersama Abd Razak.

    Mulianya sifat Saidina Ali R.A. Adakah lagi manusia berhati seperti beliau ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Ani..:)

      Terima kasih mendoakan saya, moga rahmat Allah sentiasa bersama kakak juga...amin

      Sukar untuk kita mencari manusia seperti Saidina Ali ketika ini, jika ada pun sangat sedikit

      Delete
  16. Salam Sahabat...

    Semoga sahabat sentiasa dalam rahmatNya.... dan sihat selalu... sungguh mulia dan terpuji sifat itu... ada kita juga mempunyai sifat2 seperti sahabat2 Rassululah yang sentiasa memaafkan diantara kita???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sahabat..

      Terima kasih mendoakan saya...alhamdulillah saya sihat. Kita bisa jadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah jika kita bersungguh-sungguh mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

      Delete
  17. Waalaikumsalam brother... Bila mengenangkan sejarah Islam dan pahlawan2
    bersama Rasulullah SAW terutama Saidina Ali, terharu dan bangga dengan
    keberanian dan kebijaksanaan beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Nur..

      Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
      “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

      [Riwayat at-Tarmizi]

      Delete
  18. assalammualaaikum ustaz,

    baru ada kelapangan menjenguk disini..alhamdulillah byk ilmu dan manfaat disini..kisah-kisah para sahabat membuatkan kita hampir pada kehidupan Rasulullah SAW..Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam anitaare..

      Syukran kerana sudi singgah ke sini. Ya, kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya perlu kita contohi dan ikuti sebilangan masa..

      Delete
  19. assalamualaikum..moga ustaz sihat dengan izinNya..sudah berubah blog ustaz..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ustazah..

      Alhamdulillah sihat kamek tok...ubah sikit-sikit jak since blogger dah introduce a new template dengan ruang komennya boleh REPLY komen kawan-kawan...best tok..:)

      Delete
  20. Salam,
    Ada pengajaran penting daripada kisah Saidina Ali ini .. Mari kita semua ambil pengajaran dan jadikan amalan dalam hidup kita. Tkasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dato'

      Ya Dato' pengajarannya ialah bersabar itu akhlak yang perlu kita terapkan dalam diri kita agar kita terselamat dari bencana yang dibisikkan oleh hawa nafsu kita sendiri.

      Terima kasih kembali..

      Delete
  21. salam sahabat
    bahginda gerbang ilmu untuk islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brother Brutal Solo..

      Mengikut pembacaan saya hadith tu kebanyakkan dari Ulama' mengatakan MAUDHU’

      Wallahu'alam

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.