بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji hanya milik Allah SWT, dan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW berserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai hari pembalasan.
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim]
Hadis ini mengandungi nilai penting dan utama dalam skop persaudaraan Islam. Antara ciri-ciri utama yang disampaikan dalam bentuk arahan dan larangan ialah:
JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan. Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan sedemikian adalah haram. Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api." [Riwayat Abu Daud]
JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.
Jangan saling membenci.
Jangan mengetepikan kepentingan orang lain.
Jangan membeli barang yang telah dibeli orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak menjual oleh seorang lelaki atas penjualan saudaranya dan tidak meminang atas peminangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya." [Riwayat Ibn Umar]
Menzalimi atau menganiaya orang lain kerana aniaya itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia.
Membohongi atau mendustai orang lain kerana perbuatan ini boleh menyebabkan hilang kepercayaan orang lain kepada kita. Berbohong dan berdusta boleh menjadi pengkhianatan.
Merendahkan orang lain.
Menghina sesama Muslim kerana sifat angkuh dan sombong. Sifat ini akan melenyapkan perasaan kasih sayang sesama Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukan aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu." [Riwayat Muslim No.54]
Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mua'adh) berkata: "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:
Wallahu'alam...moga kita dapat sama-sama memelihara nilai persaudaraan kita sesama Muslim.
Sumber : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim]
Hadis ini mengandungi nilai penting dan utama dalam skop persaudaraan Islam. Antara ciri-ciri utama yang disampaikan dalam bentuk arahan dan larangan ialah:
JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan. Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan sedemikian adalah haram. Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api." [Riwayat Abu Daud]
JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.
Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mua'adh) berkata: "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:
Pertama: Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: Jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia.
Ketiga: Jika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia."
Wallahu'alam...moga kita dapat sama-sama memelihara nilai persaudaraan kita sesama Muslim.
Sumber : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi
Assalamualaikum ...:)
ReplyDeleteSemoga ktk sentiasa dlm lindunganNya..dilimpahi keberkatan..dan memperoleh kesihatan yg baik..serta Di dalam lingkungan kasih sayangNya jua....Amin
Terimakasih utk ilmu yang disampaikan..
Terimakasih utk persaudaraan yg terjalin biarpun di medium maya ini...sentiasa setia mmberi nasihat,ilmu berguna buat rakan2 sekalian.......:)
Tksh ktk..
:)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteTerima mendoakan kamek, moga kitak juak sentiasa dalam perlindungan, limpahan kasih sayang Allah dan diberi~Nya kesihatan yang baik..aamiin
Ilmu kamek sik banyak, hanya sedikit yang ada dapat kamek kongsikan agar diri kamek, kitak dan teman-teman lain yang sering ke sini, dapat sama-sama menjaga persaudaraan, saling menghormati antara satu sama lain, saling mencintai dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
Terima kasih kitak..:)
P/S : Sori komen kitak tadik tersalur ke dalam peti SPAM, sik tauk kenak...biasalah benda tok selalu terjadi ^_^
InsyaAllah...bersyukur kerana ada sesetengah teman di alam maya ini banyak memberi inspirasi dan mendapat ilmu yg sangat bermanfaat dari teman2...walalupun tidak mengenali secara dekat tapi masih boleh menjadi teman baik...termasuk ustaz InsyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih, Islam menyeru tindakan yang dapat menumbuhkan rasa dan kasih sayang di kalangan individu dalam masyarakat Muslim. Termasuk dalam kesempurnaan iman ialah berpesan kepada kebaikan dan mewujudkan kesempurnaan persaudaraan. Apa yang termampu di sini ialah menyampaikan perkara yang boleh memberi manfaat kepada kita semua.
DeleteTerima kasih sekali lagi...:)
Salam... Entry yang bagus.. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat dengki dan menipu...
ReplyDeleteSalam Mir..
DeleteTerima kasih. Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya di sisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk ke neraka?"
Assalamualaikum,
ReplyDeleteandai dapat dijaga nilai persahabatan sejati itu, hidup pasti
terasa begitu indah...
Wa'alaikumusalam Cikgu..
DeleteYa sangat indah, kehidupan dalam keluarga dan masyarakat akan jadi sempurna bila hidup bersepadu dan sokong-menyokong: yang kaya bantu yang miskin, yang kuat bantu yang lemah, yang pandai bantu yang kurang pandai, yang tahu bantu yang tak tahu, yang berkemahiran bantu yang kurang kemahiran, yang di atas bantu yang di bawah, yang sihat bantu yang sakit.
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa dalam rahmat serta redha Allah SWT.
Kasih sayang merupakan syarat mutlak untuk memperoleh iman yang sempurna kerana Islam itu agama yang intinya kebersihan hati, cinta kepeda Allah, RasulNya, sesama suami isteri, saudara sesama saudara, sahabat dengan sahabat. Tidak dengki mendengki dan menyusahkan.
Semoga kita sentiasa dapat menggilap hati.
Wa'alaikumsalam Kak werdah..:)
DeleteSemoga kakak juga sentiasa dalam rahmat serta redha Allah SWT...aamiin
Benar apa yang kak katakan tu dan Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Terima kasih kak! :)
Assalamualaikum...
ReplyDeletePada masa kini ramai yg sudah tidak memelihara nilai persaudaraan...masing2 dengan cara hidup sendiri.
Wa'alaikumusalam cikgu..
DeleteKita hendaklah kembali gemilang seperti di zaman Rasulullah bersatu hati sesama umat Islam kerana hubungan seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti jasad yang memiliki satu nyawa.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKalau tak salah saya, ini tajuk Perpaduan teras Kemajuan agama Islam bahagian hadis tingkatan 5..huu..(sempat saya cek balik)
Benar2..kita harus menghargai nilai persaudaraan..terima kasih ustaz... :)
Wa'alaikumusalam..
DeleteAlhamdulillah perkara ini sudah diterapkan kepada umat Islam di awal usia, di bangku sekolah sudah diajarkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam.
Terima kasih kembali..:)
Assalamu'alaikum Razak..
ReplyDeleteHubungan persaudaraan sesama Islam tidak dapat dijalin dengan baik selagi sifat dengki tidak dapat dikikis dan dibuang. Mungkin nanti Razak boleh bagi tips atau cara nak buang sifat dengki itu. Terimakasih
Wa'alaikumusalam...
DeleteBenar kak...hendaknya kita semua berusaha bersungguh-sungguh menghias diri dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW barulah hubungan persaudaraan sesama Islam terjalin.
Insya Allah akan saya cuba usahakan cadangan kakak..
Salam'alaik...
ReplyDeleteMoga sahabat sihat hendaknya, aamiin
Bulan tak pernah melanggar hukum.
Malam tak pernah cemburukan siang.
Bumi tidak merungut tentang kedudukannya rendah dari langit.
Namun manusia sering melanggar batasan,
cemburu pada kelebihan insan,
mengeluh tentang kekurangan.
Wujudkan sifat-sifat makhluk ALLAH ini,
biarpun tanpa akal mereka lebih 'berakal' dari kita dalam mentaati Pencipta.
Indahnya hidup ini jika ALLAH sentiasa menjadi tujuan, berteman kerana ALLAH semata, sentiasa bersangka baik antara satu sama lain, mempamerkan akhlak indah menawan, Allahu Allah! mudah-mudahan hidup kita saling menjaga, apapun diletakkan fokuslah pada TUJUAN!
InsyaALLAH..Moga kita bertemu hakikat nilai persaudaraan itu.aamiin
syukran ya sahabat, Moga ALLAH kasih dan redha ^^
Wa'alaikumusalam...:)
DeleteAlhamdulillah ana sihat, moga sahabat pun demikian juga, aamiin
Ketahuilah bahawa yang paling berat timbangannya di akhirat kelak adalah akhlak yang baik.
Tertarik ana dengan komen sahabat...syukran barakallahu fik
Moga Allah kasih kita atas ukhwah yang terbina..aamiin ^_^
salam..
ReplyDeletesemoga sihat hendaknya saudara
di sana..di berkati Allah selalu..
sifat dengki sesama bangsa kita
dah jadi macam darah daging pula..
kesal saya bila budaya tidak baik
ini di jadikan cara hidup..
Salam Saudara Zul..:)
DeleteSemoga saudara sihat juga hendaknya..
Akhlak yang baik adalah sifat para Rasul,
para nabi dan orang-orang mukmin.
Hendaknya kita mencontohi mereka agar
bangsa kita kembali cemerlang.
salam ustaz.. smg ustaz berkeadaan sihat sejahtera sokmo.. ameeeennn..
ReplyDeletesemoga kita berusaha untuk mengelak daripada sifat sebegitu terhadap sesama insan..
jika kita menjadi sahabat yang baik kepada mrk, pasti Alalh kurniakan kita sahabat yg baik juga.. Insya-Allah..
~>Lady bird
DeleteSalam...moga LB juga berkeadaan sihat sejahtera...aamiin :)
Di antara jalan keselamatan dalam agama adalah meninggalkan sifat-sifat yang buruk dalam diri kita, pasti kita lebih disukai dan disayangi semua orang..
assalamualaikum ustaz..moga sihat dengan izinNya...
ReplyDeletemoga persahabatan kerana Allah..
~>Cikgu Ma
DeleteWa'alaikumusalam ustazah..
Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak sama juak di sinun..
Begitulah harapan kita semua..
Assalamualaikum,,,
ReplyDeleteNsyaallah,,,
"Di mana ada akhlak mulia, di situ ada agama"
Moga Allah kasih.
Wa'alaikumusalam tuan rumah tua..:)
DeleteRasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat al-Baihaqi)
Berusahalah memiliki akhlak yang terpuji.
Syukran...^_^
...dan kita bersaudara di alam maya, ya ustaz!
ReplyDeleteAssalamualaikum...
...dan bersaudara seakidah cikgu!
DeleteWa'alaikumusalam...
Salam Sahabat..
ReplyDeleteSahabat yang baik adalah sahabat yang selalu menegur akan kesalahan kita bukanya yang selalu memuji kita.... betul tak ustaz....
Manusia yang baik adalah manusia yang bermasyarakat. bukan manusia yang suka hidup bersendirian... ataupun mementingkan hal sendiri.... kerana bermasyarakat ini dapat memperlihatkan kelemahan dan kekurangan dalam diri kita sedangkan kalau kita hanya mementingkan kehidupan kita sendiri sahaja... kita hanya nampak kelebihan dan kemegahan dalam diri kita.... petikan2 dari kata2 ustaz saya semasa kuliah....
Salam sahabat..
DeleteBetul tu, sahabat yang baik takkan mahu sahabatnya terlibat dalam kancah maksiat..
Hubungan kita dengan orang ramai hendaklah baik, murah hati dan tulus. Sebaik-baiknya kita tidak perlu meminta apa pun daripada mereka, dengan kesedaran bahawa kita tidak memiliki sebarang hak ke atas mereka dan bahawa setiap orang adalah baik daripada diri kita.
Assalamualaikum Saudara Abdul Razak,
ReplyDeletePesanan Rasulullah sangat cantik. Alangkah barang yang dah dibeli orang pun dilarang kita membelinya. Zaman sekarang ni usahkan tunangan orang, isteri orang pun jadi rebutan.
Ini menunjukkan betapa rakusnya sesetengah manusia bila ingin memiliki sesuatu sanggup melanggar apa yang dilarang dalam agama.
Wa'alaikumusalam Kak Ani..
DeleteYa Kak! Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, maka seharusnya kita umatnya mengikuti dan mencontohi apa yang telah Baginda tinggalkan.
Moga dengan sentiasa menghidupkan sunnahnya kita semua diberkati Allah dan hidup dalam masyarakat yang penyayang dan berakhlak mulia.
Waalaikumsalam brother..
ReplyDeletemudah2an kita dijauhkan dari sifat2 buruk tersebut
agar kehidupan lebih harmoni dan bahagia dunia akhirat
Sister..
DeleteSemoga Allah perkenankan permintaan sister dan moga Allah meredhai kita dan menjadikan kita termasuk orang-orang yang berbahagia..aamiin
salam sahabat...
ReplyDeleteindahnya nilai persaudaraan...jazakallah
*moge sihat*
Salam sahabat..:)
DeleteTentulah kehidupan ini rasa bahagia jika nilai persaudaraan itu dijaga dengan rapi..
*Alhamdulillah ana sihat, moga sahabat pun demikian*
tak suka takapa,,
ReplyDeletetapi jangan bergaduh,,
boleh ke ? smile
Iyer benar, jangan disebabkan tak suka jadi musuh pula..
DeleteInshaAllah boleh ... :-)