بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan orang-orang yang mengikuti baginda sehingga dunia ini dimusnahkan Allah SWT.
Sesungguhnya maksud dengki itu adalah bercita-cita atau ingin nikmat itu hilang daripada orang lain, samada ianya nikmat dunia atau nikmat agama atau bercita-cita akan turun bala atasnya. Dan itu adalah haram lagi berdosa besar bahkan ia adalah satu penyakit yang besar daripada segala penyakit hati.
Ketahuilah bahawa hasad atau dengki itu adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa ia adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu [Hidayatus Salikin 206]
Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya. [Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.
Tidak hairan dunia hari ini, ramai manusia sering bermusuhan, berbalahan dan berbunuhan lantaran penyakit hati ini dan ianya akan berterusan jika tidak diusahakan dengan menghilangkannya dari bertapak di hati. Rasulullah SAW mengingatkan kita semua dalam hadisnya, "Dengki itu memakan ia akan segala kebajikan, seperti memakan oleh api akan kayu api. [Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah r.a.] Maksud dengan memakan di sini ialah membinasakan atau menghilangkan segala amalan soleh.
Wahai sahabatku, ketahuilah olehmu bahawasanya penyakit hati seperti dengki tiada ubatnya melainkan dengan dicampurkan ilmu dengan amal seperti makjun. Maka dengan adanya ilmu secara langsungnya diketahui bahawa dengki itu mendatangkan mudharat kepada si pendengki itu sendiri dan ianya tidak mendatangkan mudharat kepada mereka yang ia dengki atau iri hati. Bahkan memberi manfaat kepada mereka. Mengapakah sedemikian?
Adapun bahawasanya dengki itu memberi mudharat kepada orang yang dengki kerana ianya membatalkan atau menghilangkan pahala kebajikan mereka dan sekaligus ianya mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Murkanya Allah SWT kepada mereka disebabkan mempersoalkan qadha' Allah yang meluaskan perbendaharaan~Nya atas hamba~Nya. Perkara ini mudharat kepada agamanya.
Seperkara lagi yang perlu kita ketahui ialah adapun bahawasanya dengki itu memberi manfaat kepada orang yang didengki iaitu nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka tidak akan hilang bahkan digandakan akan kebajikannya, kerana dipindahkan pahala kebajikan si pendengki itu kepada mereka. Alangkah ruginya mereka akibat dari perbuatan dengki. Kerana itulah Islam melarang sekeras-kerasnya akan adanya sifat dengki dalam diri kita.
Ubat keduanya sebagai merawat penyakit dengki untuk menghilangkan kemudharatan yang bakal menimpa iaitu dengan menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kawan-kawan kita baik ia merupakan kenaikan pangkat, keuntungan perniagaan dan sebagainya. Pujilah mereka dan berdoalah kepada Allah agar mereka mendapat kebaikan yang banyak dari nikmat yang mereka terima. Inilah dikatakan perbuatan yang amat terpuji.
Ketiganya, ingatlah kita sentiasa diawasi oleh Allah SWT, baik atau buruk semuanya dalam perkiraan~Nya. Setiap satu kebaikan atau keburukan yang kita lakukan akan dihisab kelak. Oleh kerana itu, pastikan sentiasa berada di atas jalan kebaikan. Ini penting agar kita tidak meniti di jalan yang salah sehingga terperosok jauh ke jurang kesalahan. Jangan ikuti hawa nafsu yang menggelincirkan kita dari semua jalan kebenaran. Jangan mengambil mudah perintah Allah dan jangan pula menentang~Nya dengan perlakuan yang menyimpang.
Seterusnya keempat, gunakanlah nikmat akal yang Allah kurniakan agar dapat memetik pelajaran dan berhati-hati dalam bertindak. Binakan dalam hati rasa takut kepada Allah. Berhati-hatilah terhadap tipu daya kesenangan dan keburukan yang samar. Jangan pula membiarkan dirimu diselimuti dengan perasaan iri hati, dengki, permusuhan dan sikap-sikap buruk yang lain.
Sahabatku yang dikasihi, setelah kalian mengetahui dan memahami hal yang benar, takutlah kepada Allah SWT untuk mengulangi kesalahan untuk kali yang keduanya. Jangan sampai akal dan ilmu yang kalian miliki kembali menjadi bencana bagimu. Kalian dapat mengatasi semua hal ini dengan keutamaan ilmu dan akal yang kalian miliki, dengan iringan kehendak dan niat yang tulus.
Sekian untuk kali ini, mohon maaf atas kekurangan. Berusahalah dan mohonlah kepada Allah SWT pertolongan~Nya untuk menghindari segala sifat yang tercela kerana tanpa pertolongan~Nya kita tidak akan mampu menjauhi segala maksiat yang dicipta~Nya untuk menguji keimanan kita. Semoga Allah memberi anugerah pada kita berupa kemampuan untuk melaksanakan dan mensyukuri batas-batas nikmat yang diberikan~Nya...aamiin.
Wallahu'alam...

Assalamualaikum...
ReplyDeleteRasulullah ada bersabda, "perumpamaan orang2 beriman itu d dalam berkasih sayang dan berbelas kasihan serta berlemah lembut antra 1 dgn yg lain adalah seumpama 1 jasad. Jika 1 anggota merasa sakit maka angota2 yg lain akan merasai kesakitannya dan terpaksa berjaga malam kerananya... "
Insyaallah, didik hati.
Moga Allah kasih.
Wa'alaikumusalam...
DeleteYa, kita seharusnya bersikap lembut kepada sesama Muslim, mengucapkan salam dan menunaikan hak-hak yang berhubungan dengan pergaulan antara sesama Muslim.
Didiklah hati dengan sentiasa mengingati~NYa..
Salam Sahabat ...
ReplyDeleteSemoga sahabat sentiasa dalam Rahmat Dan Redha Ilahi..... Seoga Allah SWT memelihara kita dari sifat dengki sesama kita.....
Salam Sahabat...
DeleteTerima kasih mendoakan saya..moga sahabat pun demikian juga.
Assalamualaikum ustaz...
ReplyDeletekadang2 kalau difikirkan takut , takut sesuatu perasaan yg buruk menguasai diri...Allah hu akbar, InsyaAllah akan selalu mengingat pada diri semoga tak termasuk di dalam sifat2 buruk itu..
Wa'alaikumusalam..
DeleteIngatlah, munculnya iri, dengki, dendam, perilaku jahat dan tipu daya kerana keinginan untuk mencapai sesuatu. Meskipun dia mendapatkannya, dia tetap akan mendapat dosa. Jika dia tidak mendapatkannya, dia akan mendapat kesia-siaan belaka.
dengki khianat ni sukar dikikis walau dengan berus keluli kerana ia berpunca dari hati yang ada hasad dan dendam...mohon pertolongan dijauhkan dari hati yang kelam,,..
ReplyDeleteHati yang kelam mana mungkin dimasuki ilham-ilham yang baik selagi ia tidak dibersihkan. Ia perlu dirawat dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT sehinggalah mencapai kenikmatan jiwa insani..
DeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeleteUstaz, perasaan dengki ini memang memudaratkan manusia..Terdapat segelintir manusia yang terlalu irihati terhadap kesenangan orang lain sehingga menggunakan bantuan jin untuk memudaratkan manusia.. Orang yang didengki itu terseksa dan merana dengan perbuatan orang yang mendengkinya...Mangsa itu berbulan-bulan menanggung derita akibat perbuatan sihir, puncanya kerana tidak boleh melihat mangsa hidup senang.... ALLAH...
Wa'alaikumusalam wbrt..
DeleteBegitu besar mudharat yang dihasilkan dari perasaan dengki. Bila hati sudah dikuasai hawa nafsu dan syaitan, maka dirinya akan menurut saja apa niat buruk yang diilhamkan sehingga tanpa disedari dirinya sudah cuba memasuki urusan Allah...Subhanallah! Sebab itulah Islam menyarankan supaya kita menjauhi sifat keji ini.
assalamualaikum.
ReplyDeletemudah2an Allah pelihara kita drpd sifat2 mazmumah~~
Ameenn..InsyaAllah.
bersyukur dgn nikmat yang Allah kurniakan:)
Wa'alaikumusalam..
DeleteMoga Allah perkenankan permintaan saudari..aamiin
Hidup sederhana merupakan salah satu ajaran Islam..
Salam'alaik...
ReplyDelete"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
بسم الله الرحمن الرحيم
" Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman, wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu." (Surah Al-Hasyr:10)
Aamiin.
syukran ya sahabat, barakallahu fiik^^
Wa'alaikumusalam...
DeleteKetika empat macam yang berharga itu sudah mula hilang dalam diri manusia, darjatnya di sisi Allah sudah menurun sama seperti haiwan malah lebih rendah daripada itu. Tiada pilihan lain selain dari kembali ke jalan yang benar dengan menghindari perbuatan buruk dan kendalikan hawa nafsu dengan bijak. Jika niat itu baik untuk kembali Allah akan memberi pertolongan.
Aamiin amin moga Allah perkenankan doamu..
Syukran ya sahabat..:)
Assalamualaaikum ..:)
ReplyDeleteMoga kitak dianugerahkan kesihatan yg baik berpanjangan & sentiasa dilindungiNya selalu..
Hasad dengki semmgnya penyakit dalaman yg akn sentiasa menular & membuak2 di dlm diri hinggakn hilang kewarasan berfikir secara waras....yg bisa melangkau batasnya tanpa memikir dosa Dan hukum Allah.....:(
Moga kita ssentiasa terrpelihara olehNya..dari hasad dengki....
:)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteAlhamdulillah kamek sihat, terima kasih atas doa kitak, moga kitak pun demikian juga, dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan diberkati~Nya..aamin
Ketika cinta dunia memenuhi seluruh rongga hati manusia, maka ruang untuk mengingati Allah sudah tertutup. Apabila hati sudah tertutup maka hasrat dan keinginan terhadap dunia bagaikan air laut. Semakin banyak diminum akan terasa semakin haus. Hasad, dengki, iri hati, dan semua penyakit hati lain berhimpun di setiap ruang hati. Hanya bisa dilakukan untuk membersihkannya hanya dengan taubat.
Allah berfirman, "Siapa yang inginkan bahagian di akhirat, Kami tambahkan bahagiannya; dan siapa pun yang inginkan bahagian di dunia ini, Kami berikan kepadanya, tapi dia tidak memiliki bahagian di akhirat." [Surah Syura 42:20]
Terima kasih kitak..:)
kaya mana pun kita, tinggi mana pun jawatan kita, ke lubang kubur juga akhirnya.. setiap apa yg Allah swt beri itu, sebenarnya juga adalah ujian kehidupan..
ReplyDeletemaka, tidak ada sebab utk kita berasa dengki dengan nikmat sementara yg hakikatnya adalah ujian dari Allah swt..
Benar apa yang dikatakan. Namun iman seseorang itu tidak sama, ada yang tebal dan ada yang nipis laksana kulit bawang. Bila ia mencintai dunia, harta dan dan kekuasaan melebihi dari akhirat, maka perkara itu akan menjerumuskan mereka ke dalam perbuatan haram dan dosa.
DeleteTanpa disedari, mereka telah menghancurkan diri mereka sendiri
tapi selalunya, tidak mudah untuk tidak mengulangi kesalahan buat kali kedua.
ReplyDeletelemahnya manusia ini, ya!
Ya, tidak semua manusia mampu berbuat tapi percayalah jika niatnya untuk kembali kepada jalan yang diredhai semata-mata kerana Allah, nescaya Allah akan berikan pertolongan..
DeleteDengki jika di layan layan boleh mendatangkan banyak penyakit....
ReplyDeleteBenar cikgu, hendaknya kita selalu mengingati diri kita bahawa segala yang Allah anugerahkan seperti harta, pangkat, anak dan sebagainya merupakan ujian dari~Nya dan inilah kadangkalinya punca manusia menjadi dengki lantaran tidak dikurniakan pada dirinya nikmat itu..
DeleteMoga senantiasa berada dalam keadaan yang bersih dari penyakit hati, barakallahufik.
ReplyDeleteMoga Allah perkenankan doa saudara
DeleteAllahu Yubarik fiik ...:)
salam ustaz..
ReplyDeletedengki bukan untuk menjatuhkan xpe kan ustaz?
contohnye dengki tgk dieberjaya dlm keje.. dan kite berusaha menjadi lbh baik dr die.. dgn ush kite sdri.. dengki tuk memotivasi diri melangkah lebih jauh ke hadapan..
Salam LB..
DeleteTakpe sebab perbuatan itu tidak mendatangkan mudarat kepada kita dan tiada niat di dalamnya untuk menghilangkan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang itu..
Allahu'alam
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang serta redha Allah SWT
Asalnya orang yang ada sifat hasad dengki ini inginkan orang lain hilang nikmat namun akhirnya diri sendiri pula yang kecewa/derita lebih-lebih lagi sifat ini menjadi penghapus pahala.. mudah-mudahan kita dapat hapuskan penyakit ini jika ada dalam diri kecuali iri hati kerana kita tak dapat melakukan amalan soleh seperti yang dilakukan oleh orang yang kita irikan itu.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)
DeleteSemoga juga Allah limpahkan rahmat kasih sayang dan redha~Nya kepada kakak di sana...aamiin
Ya kak! Hendaknya digantikan perasaan hasad itu dengan perasaan zuhud, faham tentang Allah dan menerima apa jua keputusan~Nya dengan redha. Dengan demikian pudarlah kemewahan dunia di hati.
Terima kasih kak! :)
hi sahabat..
ReplyDeletesalam sejahtera..
semoga sihat hendaknya..
lama tidak berkunjungan di sini..
Hi sahabat..
DeleteSalam sejahtera buatmu..
Ya saya sihat, moga awak juga sihat di sana..
Thanks for coming..:)