Friday, March 16, 2012

Mukjizat Rasulullah


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah layak kepada Allah SWT Tuhan yang mencipta dan memerintah alam ini. Selawat dan salam untuk Baginda Rasulullah SAW Nabi akhir zaman, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabatnya dan para mukmin yang mengikutinya sehingga hari kiamat.

Sirah dan kisah ini diceritakan oleh Guru saya Habib Syed Mustafa Syed Ali dalam Kuliah Kitab Fiqh baru-baru ini.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW bertandang ke rumah anakanda kesayangannya Saidinatul Fatimah r.anha, Fatimah mengadu kepada ayahandanya Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, saya dan suami saya Saidina Ali r.a. serta anak-anak saya Hassan dan Hussin sudah 3 hari tidak makan apa-apa."

Mendengar keluhan anakandanya, Rasulullah SAW berkata dengan nada rendah, "Jika engkau sekeluarga tidak makan 3 hari, aku pula sudah 4 hari tidak makan apa-apa." Sambil Rasulullah menunjukkan perutnya yang diikat dengan kain dan batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Terpandang pula Rasulullah SAW akan cucu-cucunya yang kelaparan. Sayu dihatinya, lalu meminta izin dari anakandanya Fatimah untuk berlalu sebentar dan akan kembali sebentar lagi.

Rasulullah SAW terus ke pasar dan bertemu dengan seorang Badwi yang kebetulan sedang mencari pekerja untuk mengambil air di periginya. Rasulullah menawarkan diri untuk bekerja dengannya. Sememangnya si Badwi itu tidak mengenal rupa wajah Rasulullah maka dia pun bersetuju untuk mengambil Rasulullah bekerja dengan syaratnya setiap timba yang diangkat dari perigi itu diupah dengan 3 biji kurma. Lalu Rasulullah pun memulakan tugasnya dan mengambil timba yang sudah tersedia diikat dengan tali di situ. Rasulullah melempar timba itu ke dalam perigi sambil sebelah tangannya lagi memegang tali dan kemudian menaikkan timba itu ke atas penuh dengan air. Setelah itu Rasulullah memohon kepada si Badwi itu agar upahnya 3 biji kurma dibayarkan dahulu sebelum Baginda meneruskan pekerjaan kerana terlalu lapar.

Setelah Rasulullah makan dan rasa bertenaga semula, maka Baginda pun meneruskan kerjanya lagi sehinggalah dapat menaikkan timba berisi air 8 kali dan bermakna upahnya sudah mencapai 24 biji kurma. Apabila masuk kali ke sembilan ketika Rasulullah cuba menaikkan timba yang penuh dengan air dari perigi itu tiba-tiba talinya putus. Mengetahui hal ini si Badwi itu datang dengan segera menghampiri Rasulullah, lalu memarahinya dan menampar pipi Rasulullah. Baginda tidak marah pun. Akibat terlalu marah si Badwi itu menyuruh Rasulullah berhenti kerja dan segera membayar upahnya. Sebelum Rasulullah beredar Baginda pun pergi ke perigi itu dan mengambil timba yang terjatuh tadi dengan tangannya saja dan memberikannya kepada si Badwi itu.

Si Badwi itu amat terkejut dengan tindakan Rasulullah itu. Mana mungkin perigi yang sedalam itu Rasulullah boleh mengambil timba itu hanya dengan tangannya sahaja. Di hatinya ini bukan sembarangan orang, pasti orang ini adalah Muhammad yang disebut-sebut orang yang membawa Agama Islam. Dia menjadi takut akibat dari tindakannya tadi menampar Rasulullah, lalu segera dia mengambil pedang dan memotong tangannya hingga putus. Akibat dari itu, si Badwi itu pengsan kerana kesakitan yang amat sangat.

Kemudian si Badwi itu tersedar setelah orang ramai yang lalu di situ menolongnya. Dia bertanya kepada orang ramai di situ di manakah rumah Muhammad. Setelah diberitahu tempat tinggal Rasulullah, dia pun bergegas pergi membawa sekali tangannya yang dia potong tadi. Setibanya di masjid Nabawi dia bertemu dengan sahabat-sahabat Nabi dan bertanya di manakah gerangan Muhammad. Alangkah terkejutnya sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ melihat keadaan si Badwi itu berlumuran dengan darah sambil memegang tangannya yang terputus. "Ada apa kamu ini mahu berjumpa Muhammad dalam keadaan kamu begini," tanya sahabat. Melihat keadaannya begitu Salman Al-Farisi terus memberi pertolongan dan menunjukkan di mana Rasulullah kini berada iaitu di rumah anakandanya, Fatimah.

Setibanya di rumah Saidinatul Fatimah, si Badwi mengetuk pintu. Ketika itu Rasulullah SAW sedang memangku cucu-cucunya sambil menyuap buah kurma kepada mereka hasil dari upah pekerjaannya tadi. Apabila mendengar ketukan di pintu, Rasulullah menyuruh Fatimah membuka pintu. Alangkah terkejutnya Fatimah melihat si Badwi itu berada di hadapan pintu memegang tangannya yang terputus berlumuran dengan darah, lalu segera memanggil ayahandanya.

Apabila Rasulullah muncul di muka pintu, si Badwi itu terus meminta maaf kepada Rasulullah atas kebiadapannya tadi menempar pipi Rasulullah. Baginda tidak marah dan memaafkannya lalu berkata, "Kenapa kamu jadi begini sehingga tangan kamu terputus sebegitu rupa." Si Badwi itu menjawab, "Saya amat khuatir atas kesalahan saya tadi menampar kamu, bimbang akan turun bala ke atasku. Lalu aku potongkan tangan ini agar ia sahaja yang kena bala."

Maka Baginda Rasulullah SAW berkata, "Jika kamu mahu selamat dunia dan akhirat, ikutilah aku." Lalu si Badwi itu berkata, "Jika engkau benar-benar seorang Rasul tunjukkan kepadaku kerasulanmu." Lalu Baginda mengambil tangan si Badwi yang putus tadi menyambung dan membetulkan semula kedudukannya yang sebenar, dengan izin Allah tangan tadi bersambung semula dan elok sempurna seperti mana sebelum dipotong oleh si Badwi itu. Lantas itulah si Badwi itu mengucap syahadah di hadapan Rasulullah SAW.

Kesimpulannya, ada dua perkara yang sangat tinggi nilainya yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu mengawal perasaan marah dan mudah memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja. Peliharalah 2 perkara ini dalam diri kita, insya Allah hidup kita akan sentiasa diberkati Allah SWT.

والله أعلم

30 comments:

  1. Assalamu'alaikum Ustaz.

    Terima kasih atas perkongsian kisah ini.

    Mulianya sifat Rasullah SAW. Malangnya, kita yang mengaku amat cintakan Baginda tidak dapat menghayati dan mengikuti apa yang telah baginda contohkan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali kakcik..:)

      Ya kak! Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, dan kita sebagai umatnya sedaya yang mampu mengikuti apa yang telah Baginda ajarkan dan tinggalkan. Insya Allah jika kita berusaha ke arah itu Allah akan beri pertolongan.

      Delete
  2. Terima Kasih atas kisah yang sungguh terkesan ini.... marah hanya membawa bencana kepada kehidupan.... semoga Allah SWT melindungi kita dari sifat amarah......semoga sahabat sihat dan sentiasa berbahagia dan dirahmati selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana mendoakan saya, moga sahabat juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta dirahmati~Nya...aamiin

      Sabar itu pada mulanya pahit rasanya tetapi akibatnya lebih manis dari madu.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha Allah

    Subhanallah..Dengan rahmatNya mengutuskan Rasulullah rahmatan lil'aalamiin..

    Dikurniakan mukjizat buat peneguhan iman di kalangan umatnya.. hinggakan kita tak mampu menafikan keberadaan Allah Yang Maha Segala Kemuliaan.

    Terima kasih ya atas perkongsiaan ini, pertama kali kak menemui kisah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Werdah وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha Allah..aamiin

      Secara tidak langsung apa yang berlaku adalah untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.

      Terima kasih kembali kak, saya pun kali pertama mendengar kisah ini..

      Delete
  4. Salam... Mun orang lain kenak tampar mudah nak datang moha... Tok lah beza antara manusia biasa dengan Rasul Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir..

      Yalah koh..pelantey jak dah boleh berkelahi lom gik kenak tampar. Sikit jak kali antara kita tok boleh sabar dan ekot kedak Nabi..

      Delete
  5. Assaaalamualaikum kitak..:)

    Terimak asih ktk utk perkongsian kisah yg menarik tukk...betapa tinggi kesabaran Baginda..dan betapa mulia hati Baginda ...andailah sikap sebegini ada pada setiap antara kita..pasti hubungan sesama manusia tiada persengketaan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga kitak sihat hendaknya dengan izin~Nya..:)

      Terima kasih juak ngan kitak kerana tetap setia ke blog kamek tok..:)

      Begitulah mulianya hati dan jiwa insan yang Allah anugerahkan sebagai pemimpin umat. Kesabaran Rasulullah tidak ada had dan segala sifat yang ditunjukkan kepada kita harus dibangunkan dalam hati semua insan yang bergelar muslim agar Islam nampak indah dan hubungan sesama kita tetap terjaga dari persengketaan..

      Delete
  6. Assalamualaikum Saudara Abd Razak

    Semoga diberikan Allah kesihatan dan keberkatan.

    Terima kasih berkongsi cerita yang menarik dan penuh pengajaran. Selain dari sifat mulia dan sabar Rasulullah, satu pengajaran juga pada majikan2, sifat sabar pada pekerja sangat perlu. Kita tak tau kelebihan seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah saya sihat kak! Moga kakak pun sedemikian rupa dan juga sentiasa diberkati Allah..aamiin

      Benar kak! Apa yang Rasulullah SAW tunjukkan dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya agar kita semua dapat mencontohinya..

      Delete
  7. subhanallah...begitu tinggi kesabaran Rasulullah saw.
    bagaimana pula dengan kita, kerana hal kecil pun kita cepat marah dan tak mampu mengawal emosi....semoga Allah sentiasa memberikan kita kesabaran yang tinggi juga InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesabaran Rasulullah banyak diceritakan Ulama sebagai ikutan dalam kehidupan kita seharian

      Sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi. Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan.

      Delete
  8. Subhanallah....banyak sekali kisah2 ttg Rasulullah s.a.w yg masih belum diketahui...tingginya tahap kesabaran nabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Kitab Seerah Nabawiyyah Al-Raheeq al-Makhtum banyak dimuatkan kisah-kisah Rasulullah. Kalau ada rezeki yang lebih bolehlah dapatkan senaskah Kitab ini.

      Delete
  9. Assalamulaikum.

    Masih aktif menulis blog kitak padu! Alhamdulillah. Lamak dah kamek sik abas blog kitak tok, nak o.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Zatil...

      Auk masih aktif, sekali sekala ada juak rasa sik terkabir maklumlah kita manusia tok serba serbi lemah. Alhamdulillah Allah berik kekuatan dapat gik masih bertahan. Usaha nok nyampey kebaikan tok kenak teruskan...

      Makaseh kitak mok datang sitok ngabas kamek..:)

      Delete
  10. Wasalam..
    Masih kah ada sisa ingatan. Terasa nak keluar air mata membaca hal kisah Nabi akhir zaman. Dia kekasihNya..moga kita mendapat syafaat nabi. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Nabi dah beri banyak inspirasi kepada kita untuk menjalani kehidupan ini dengan baik menghidupkan segala sunnahnya dan terpulang kepada kita untuk menilai yang baik atau buruk..

      Delete
  11. Alhamdulillah.
    Moga-moga kita termasuk dalam golongan yang mudah memberi maaf selain dapat mengawal perasaan marah yang didorong oleh syaitan.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah memuji orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain.

      Diriwayatkan dari Nabi صلی الله عليه وسلم bahwa beliau bersabda : "Barang siapa menahan marahnya padahal ia sanggup untuk menampakkannya, maka kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga ia diberi hak memilih bidadari yang disukainya" (HR Termizi dan Abu Daud)

      Delete
  12. Terimak kaseh ngan kitak juak. Sedikit sebanyak, ada juak ilmu ditimba bila singgah sitok. Jazakallah khair. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kitak...mana ada yang kamek belajar dan sempat engkah sitok, alhamdulillah dapat share ngan kitak semua..

      Delete
  13. Salam... Alhamdulillah.. Ilmu yang ktk berik tok boleh menambahkan lagi ilmu yang sedia ada.. Sangat2 bersyukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir..

      Alhamdulillah, moga Allah berik kekuatan ngan kita semua dapat terus encarik ilmu pakey kita beramal...aamiin

      Delete
  14. Rasulullah SAW diberi hati yang terang dan keimanan yang utuh..
    setiap apa yg berlaku baginda sangat sabar dan memaafkan..

    Kita sebagai manusia biasa memang susah untuk melakukan itu
    walaupun ada perasaan marah pd seseorang yg telah membuat
    kejahatan kpd kita... Masih bermuhasabah diri utk cuba mengawal
    perasaan marah pd seseorang..

    ReplyDelete
  15. salam..
    saudara Abdul Razak..moga anda selalu
    sihat sejahtera..betapa mulianya Junjungan Besar Nabi
    Muhammad SAW..mulianya hati Baginda tidak dapat kita
    menandinginya..BANYAK-BANYAK sifat yang kita ada..
    sifat amarah paling sukar di buang :(

    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  16. اللّهم صلى وسلم وعلى سيدنامحمّدالنّبيّ الأُميّ وعلى آله وأصحبه أجمعين

    ReplyDelete
  17. اللّهم صلى وسلم على سيدنامحمّدالنّبيّ الأُميّ وعلى آله وأصحبه أجمعين

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.