Friday, March 09, 2012

Dailog tentang dunia yang baik dan buruk


بسم الله الرحمن الرحيم

SAYA bertanya kepada Abu Ja'far, "Semoga Allah merahmati anda. Apa sesungguhnya dunia itu?"

Dia menjawab, "Dunia itu ada yang lahir dan yang batin, berupa sifat dan zat, ada awal dan akhir, ada juga yang kelihatan dan ada yang tidak."

"Apa itu dunia yang batin? tanyaku kemudian.

"Mengikuti hawa nafsu yang tidak kelihatan di dalam jiwa, yang kemudian mengotori hati seperti sombong, iri, dengki, riya, buruk sangka, jahat hatinya, bohong, suka dipuji, suka menumpuk harta, bersaing dalam urusan harta, saling membanggakan diri dan cinta kekuasaan." jawabnya.

Kemudian dia menambah, "Adapun dunia yang nampak adalah dinar, dirham, pakaian, rumah, pelayan, kenderaan, perabut dan lainnya, yang sering membuat pemiliknya ternoda dan terputus dari urusan akhirat. Mengenai dunia ini, ada sekelompok orang yang beranggapan bahawa dunia adalah kehidupan. Kelompok yang lain beranggapan bahawa dunia adalah dinar dan dirham. Golongan lain berpendapat bahawa dunia adalah berlumba dalam menumpuk harta dan saling membanggakan diri."

Saya bertanya lagi, "Lalu menurut anda, apakah dunia itu?"

Dunia, sebagaimana yang telah saya jelaskan kepada anda bahkan ada zahir dan batinnya," jawabnya.

"Seperti apa dunia yang baik dan yang buruk itu?" tanyaku kembali dengan sedikit mendesak.

"Semua urusan dunia yang diambil dari dunia dan digunakan untuk kepentingan dunia adalah buruk. Sementara dunia yang diambil hanya untuk kepentingan akhirat adalah baik. Sabda Rasulullah SAW, "Siapa saja yang mencari harta halal dengan cara bersaing dan menyombongkan dirinya, dia akan mendapatkan murka Allah SWT." [Riwayat al-Thabrani dari Jabir dan Ibnu Umar]

Apabila dia mencarinya agar terjaga dari meminta-minta dari pada orang lain dan menjaga harga dirinya, maka dia akan muncul pada Hari Kiamat nanti laksana bulan purnama.

Sebaliknya, apabila dia mencari dunia hanya untuk menumpuk harta, menyombongkan diri, mencari jawatan dan kekuasaan, mendukung keangkuhannya dan mengumpulkannya kerana takut miskin, maka dunia itu adalah dunia yang buruk."

Dia menambah: "Apabila dia mendapatkannya dengan jalan yang mubah (harus), kemudian kelebihan harta tersebut digunakan untuk kepentingan agama, maka dunia itu bukanlah dunia yang buruk. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Dunia yang paling aku sukai adalah wanita, wangi-wangian dan ketenangan dalam solatku. [Riwayat al-Thabrani, al-Nasai, al-Hakim dan Muslim]

Hal tersebut sama sekali tidak membahayakan dan mengurangi nilai zuhud seseorang dan tidak pula dinamai dunia yang buruk. Allah SWT mencela dunia yang berlebihan. 'Umar r.a. mengangkat Abu al-Darda' sebagai gabenor di wilayah Himsha. 'Umar lalu mengambil perisai dan memberi kepada Abu al-Darda' dua dirham. Kemudian 'Umar menulis surat kepadanya sebagai berikut:

"Dari Umar Pemimpin Orang Mukmin untuk gabenornya.
Kamu mempunyai kewajiban untuk membangunkan Persia dan Rum selama dunia ini masih makmur. Kewajipanmu itu berlaku sampai Allah SWT berkehendak menghancurkannya. Jika telah kamu terima suratku ini, maka pergilah kamu bersama penduduk yang lain ke Damaskus."

Abu al-Darda' tinggal di Damaskus sehingga akhir hayatnya." [Lihat al-Zuhd karya Imam Ahmad hlmm 119]

Sumber: Kitab Hidup Sederhana Penuh Berkah karangan al-Imam Al-Harits Al-Muhasibi

Landasan ibadah itu kerendahan hati, sementara kerendahan hati itu taqwa.
Landasan takwa itu muhasabah diri, sedangkan landasan muhasabah diri itu rasa takut
dan berharap. Rasa takut dan berharap muncul dari pemahaman terhadap janji dan ancaman
Allah. Pemahaman terhadap janji dan ancaman Allah muncul kerana ingat balasan Allah.
Dan, ingat balasan Allah itu muncul dari fikiran dan perenungan.
~Al-Muhasibi~

27 comments:

  1. InsyaAllah...mahu mengejar ke dua2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA

      Moga Allah permudahkan perjalanan kita di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak...aamiin

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh rahmat dan dalam redha Allah SWT.

    Dunia keseluruhannya bolehlah kita ibaratkan sebagai sebuah ilusi (permainan, melekakan - la'ibun walahwun), kelak yang kekal akhirat.. semoga dunia menjadikan kita berusaha untuk mencari, memiliki dan memberi sebagai jambatan menuju ke tempat abadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Terima kasih atas doanya, semoga kakak juga sentiasa beroleh rahmat dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Seharusnya kita menyedari bahawa kita akan dipertanggungjawabkan terhadap nikmat yang diterima seperti yang dirakamkan Allah SWT dalam ayat terakhir surah al-Takatsur,

      "Kemudian sungguh, pada hari itu kamu akan ditanya tentang nikmat yang kamu peroleh hari ini."

      Delete
  3. Salam... Bersamalah menuju kejayaan di dunia dan di akhirat kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir,

      Insya Allah, moga Allah berikan kekuatan untuk kita semua berada atas jalan kejayaan menuju~Nya...aamiin

      Delete
  4. Waalaikumsalam brother..
    Dunia dikejar dgn tujuan yg lebih bermakna utk bekalan diakhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis..

      Meneliti agar yang dikejar itu mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat..

      Delete
  5. Assalamualaikum ustaz..

    Semoga sihat hendaknya..

    ALLAH..Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi....

    Ustaz, mohon share ye..terima kasih..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Noorieda..

      Alhamdulillah sihat, moga awak sihat juga hendaknya..

      Ya, sila copy dan share dengan kawan-kawan..:)

      Delete
  6. tazkirah yang baik di pagi jumaat, ustaz..

    hakikatnya, dunia sudah semakin tua.. tetapi telah memakai pakaian yang cantik bak pengantin yang mana dunia menanti untuk menipu pencinta dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dunia semakin menuju kehancuran. Fitnah dunia semakin berleluasa sehingga yang baik dianggap buruk dan yang buruk dianggap baik membuat manusia keliru

      Delete
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    menariknya entry ni tuan, segar dan menyedarkan terutama hadith Rasulullah & kata-kata Al-Muhasibi

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Hanya sekadar mengingatkan diri yang lemah dan serba kekurangan ini, jangan mudah terpaut dengan dunia yang sementara dan melalaikan ini.

      Delete
  8. Assalamualaikum Abdul...
    Semoga selamat kita, di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu..

      Mudah-mudahan, dengan rahmat Allah, Dia selamatkan kita dari fitnah dunia, fitnah kubur dan berbahagia di akhirat...aamin

      Delete
  9. jom kite kejar akhirat melalui dunia.. :D..
    kejar akhirat, pasti dunia mengejar kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Lady, dunia untuk menyediakan bekalan ke akhirat..
      Pasti kebaikan yang kita kerjakan akan mendapat ganjarannya..

      Delete
  10. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga saudara sihat.

    Indahnya dunia ini seandainya kita pandai memanfaatkannya untuk kegunaan kita di akhirat kelak. Semoga segala keindahan, kecantikan dan kesenangan dunia ini tidak melalaikan kita dalam mengejar keindahan dan kecantikan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Ani..:)

      Alhamdulillah saya sihat, moga kakak pun sama..

      Sebenarnya dunia ini tidak buruk kak! Ia merupakan ladang akhirat. Insya Allah apa yang kita tanam di sini akan kita tuai di sana kelak. Yang buruknya adalah dengan kita memperlakukan dunia sehingga kita menjadi buta kepada kebenaran dan dikuasai sepenuhnya oleh hasrat, keinginan dan cita-cita kita kepadanya.

      Delete
  11. Dunia, bagi manusia yang lalai....banyak sungguh kesenangan yang boleh bawa kemusnahan di akhirat.

    Tapi bagi yang sedar...setiap kesenangan dunia ditukar menjadi saham di akhirat, insyaAllah.. moga2 kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudari, kelalaian bisa menghalang memperoleh kenikmatan akhirat lantaran memburu kenikmatan dunia.

      Sabda Rasulullah SAW, "Umatku yang paling buruk adalah mereka yang bergelumang harta dan tubuhnya justeru mendapat ujian dengan harta itu. (HR Al-Bazzar, Ibnu Abi al-Dunya, Al-Baihaqi dan Al-Suyuthi)

      Delete
  12. kalo di kejar dunia untuk dunia, azab di akhirat nanti...kecuali kejar dunia untuk akhirat dan akhirat untuk akhirat...moga kita terkejar-kejar di dunia untuk kebaikan di akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang ulama pernah berkata, "Kamu akan dihisab dengan bahagian dunia yang tidak kamu dapatkan. Kamu juga akan hisab dengan sikap senangmu ketika mendapatkan dunia. Orang yang menyukai dunia dan dunia itu juga membuatnya senang, maka rasa takut akan kegentingan akhirat akan dicabut dari hatinya."

      Delete
  13. assalamualaikum:)

    "....di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."..."

    MOga kita Selamat dunia & akhirat...Amin..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Sebenarnya segala yang Allah ciptakan di dunia ini tidaklah buruk dan berbahaya. Ia akan mendatangkan bahaya ketika manusia membiarkannya membuat mereka lupa dan tidak taat kepada~Nya. Jadi, meninggalkan keduniaan dan dunia bukan ertinya tidak melakukan kewajipan-kewajipan kita di dalamnya.

      Moga Allah beri pertolongan buat kita...aamiin

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  14. Assalamualiakum
    Ya Allah akak sentiasa berdoa mudah2an dijauhi sifat dengki iri hati dan segala penyakit hati di dunia ini..supaya di Sana kelak tidak akan menerima azab yg maha pedih.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.