Saturday, February 04, 2012

Pujian kepada Nabi s.a.w


بسم الله الرحمن الرحيم

Kutinggalkan sunnah Nabi yang sepanjang malam.
Beribadah hingga kedua kakinya bengkak dan keram.

Nabi yang kerana lapar mengikat pusarnya dengan batu.
Dan dengan batu mengganjal Perutnya yang halus itu.

Kendati gunung emas menjulang menawarkan dirinya.
la tolak permintaan itu dengan perasaan bangga.

Perlu harta namun menolak, maka tambah kezuhudannya.
Kendati perlu pada harta tidaklah merosak kesuciannya.

Bagaimana mungkin Nabi perlu pada dunia.
Padahal tanpa dirinya dunia takkan pernah ada.

Muhammadlah pemimpin dunia akhirat.
Pemimpin jin dan manusia, bangsa Arab dan non Arab.

Nabilah pengatur kebaikan pencegah mungkar.
Tak satu pun setegas ia dalam berkata ya atau tidak.

Dialah kekasih Allah yang syafa’atnya diharap.
Dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyergap.

Dia mengajak kepada agama Allah yang lurus.
Mengikutinya bererti berpegang pada tali yang tak terputus.

Dia mengungguli para Nabi dalam budi dan rupa.
Tak sanggup mereka menyamai ilmu dan kemuliaannya.

Para Nabi semua meminta dari dirinya.
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.

Para Rasul sama berdiri di puncak mereka.
Mengharap setitik ilmu atau seonggok hikmahnya.

Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
Terpilih sebagai kekasih Allah pencipta manusia.

Dalam kebaikanya, tak seorang pun menyaingi.
Inti keindahannya takkan bisa terbagi-bagi.

Jauhkan baginya yang dikatakan Nasrani pada Nabinya.
Tetapkan bagi Muhammad pujian apapun kau suka.

Nisbatkan kepadanya segala kemuliaan sekehendakmu.
Dan pada martabatnya segala keagungan yang kau mahu.

Kerana keutamaannya sungguh tak terbatas.
Hingga tak satupun mampu mengungkapkan dengan kata.

Jika mukjizatnya menyamai keagungan dirinya.
Niscaya hiduplah tulang belulang dengan disebut namanya.

Tak pernah ia uji kita dengan yang tak diterima akal.
Dari sangat cintanya, hingga tiada kita ragu dan bimbang.

Seluruh mahluk sulit memahami hakikat Nabi.
Dari dekat atau jauh, tak satu pun yang mengerti.

Bagaikan matahari yang tampak kecil dari kejauhan.
Padahal mata tak mampu melihatnya bila berdekatan.

Bagaimana seseorang dapat ketahui hakikat Sang Nabi
Padahal ia sudah puas bertemu dengannya dalam mimpi

Puncak Pengetahuan tentangnya ialah bahwa ia manusia
Dan ia adalah sebaik baik seluruh ciptaan Allah

Segala mukjizat para Rasul mulia sebelumnya
Hanyalah pancaran dari cahayanya kepada mereka

Dia matahari keutamaan dan para Nabi bintangnya
Bintang hanya pantulkan sinar mentari menerangi gulita

Alangkah mulia paras Nabi yang dihiasi pekerti
Yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri

Kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama
Kedermawanannya bak lautan, kegairahannya bak sang waktu

la bagaikan dan memang tiada taranya dalam keagungan
Ketika berada di sekitar pembantunya dan di tengah pasukan

Bagai mutiara yang tersimpan dalam kerangnya
Dari kedua sumber, iaitu ucapan dan senyumannya

Tiada keharuman melebihi tanah yang mengubur jasadnya
Beruntung orang yang menghirup dan mencium tanahnya

*** Burdah Al-Bushiri ***

Salam Maulidurrasul buat semua.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


32 comments:

  1. Assalamualaikukm..

    mudah2an kita mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..

    ingin sangat menziarahi maqam Nabi SAW..insyallah mudah2an Allak makbulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Amin..amin..moga Allah perkenankan permintaanmu..

      Terima kasih..

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz..

    Rasullullha pemimpin agung..
    Pemimpin contoh yang perlu diikuti..
    Pemimpin yang sebaik-baik pemimpin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam LadyBird

      Mudah-mudahan dengan pernyataan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. ini, Rasulullah menyahut : 'Engkau beserta orang yang engkau cintai'.

      Delete
  3. Assalamualaikum. Salam Maulidurrasul. Moga umat Islam sentiasa memuji dan mengingati belaiu dalam apa jua keadaan melalui pengamalan segala ajaran agama yang dibawa. Sesungguhnya segala ajaran yang dibawa itu adalah perintah Allah swt jua.


    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Cinta yang jujur akan menggerakkan seluruh dimensi kemanusiaan untuk berbuat sesuatu sebagai cerminannya. Cinta Rasulullah, adalah banyak menyebutnya, mengikuti sunnahnya, menegakkan risalahnya di dalam dirinya dan di atas bumi yang Allah ciptakan ini.

      Syukran Cikgu..

      Delete
  4. salam sahabat...

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    syukran ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat..:)

      Moga terus berselawat kepadanya sehinggalah kita bertemu dengannya nanti di sana

      Afwan ^_^

      Delete
  5. Assalamualaikum:)

    Moga ktk sentiasa dilindungNya selalu..dan sihat2 di sinun

    Syahdu setiap kali mengenangkan betapa kuat rasa cinta dan sayang Baginda pada umatnya....Bagindalah sebenar2 idola buat kita semua...

    Salam maulidurrasul
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak sihat juak di sinun dan sentiasa diberkati~Nya...amin :)

      Aok nang syahdu, cinta Rasulullah kepada kita amat mendalam, segala usaha yang diperjuangkannya semata-mata untuk menerangi kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Rasulullah SAW bersabda : "Demi yang jiwa saya dalam genggaman~Nya, tidak beriman seseorang di antara kalian sampai ia mencintai saya lebih dari cintanya terhadap orang tuanya dan anaknya." (HR. Bukhari)

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  6. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasalah berselawat kepada Baginda..

      اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

      Delete
  7. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckLah @xiiinam

      Terima kasih cikgu


      اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

      Delete
  8. Selawat keatas nabi Muhammad SAW..

    Sungguh syahdu !!!

    Salam MAULIDUR RASUL ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran, Salam MAULIDUR RASUL...

      اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

      Delete
  9. ASSALAMUALAIKUM WBT...

    Subhanallah...betapa kentalnya diri baginda menghadapi setiap dugaannya...(-_-)

    Salam maulidurrasul ya ustaz....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wrbt..

      Sungguh pada diri Rasulullah s.a.w. itu ikutan dan contoh yang paling baik buat kita semua..


      اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

      Delete
  10. Assalamualaikum ustaz

    subhanallah...tiada yang lain selain Muhammad saw...pemimpin kita

    Selamat Menyambut Maulidur Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam YA..

      Nabi Muhammad SAW berhasil memimpin dan memberikan perubahan dengan melalui titik awal dan titik berat ajaran yang dikembangkan oleh beliau ialah menanamkan Tauhid... Subhanallah

      Delete
  11. Replies
    1. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semua..

      Delete
  12. Assalamualaikum ustaz,
    Salam Maulidur Rasul...sampai bila2 pun kisah ketabahan Baginda dlm menegakkan syiar Islam tidak akan luput dari ingatan kita semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu..

      Nabi Muhammad SAW suri tauladan bagi kita semua

      Delete
  13. Rasulullah SAW terlalu hebat utk aku katakan

    Mudah2an aku sentiasa dapat kekalkan sunnah
    Rasulullah SAW.. thanks for sharing here brother...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran sis..

      Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


      مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

      “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.“ [HR Ibnu Majah]

      Delete
  14. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa sihat dan sentiasa dalam redha Ilahi.. amiin

    Ya Rasulullah! tiada siapa yang dapat menandingimu dalam apa jua keadaan.. semoga terlimpah kesejahteraan seperti yang dijanjikan dan kami mendapat syafaatmu pada hari kemudian..

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa sihat dan dalam redha Ilahi..

      Rasulullah penyelamat ummah, penyuluh jalan kebenaran

      Delete
  15. Lau kana bainana ya Rasulullaj,

    Allahu yubariku fik..


    :)

    ReplyDelete
  16. salam
    semoga kita termasuk dlm golongan yg mendapat syafaat baginda kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Moga Allah perkenankan doa kak kamsiah..amin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.