Friday, February 17, 2012

Taubat...


بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Taubat seperti dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya ulumuddin" adalah sebuah makna yang terdiri dari tiga unsur: ilmu, hal dan amal. Ilmu adalah unsur yang pertama, kemudian yang kedua hal, dan ketiga amal.

Ia berkata: yang pertama mewajibkan yang kedua, dan yang kedua mewajibkan yang ketiga. Berlangsung sesuai dengan hukum (ketentuan) Allah SWT yang berlangsung dalam kerajaan dan malakut-Nya.

Ia berkata: "Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan kerana kehilangan yang dia cintai. Kerana hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, nescaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, iaitu tekad dan kemahuan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, dan akan datang.

Hal atau tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.

Yang pertama adalah ilmu. Dialah pangkal pertama seluruh kebaikan ini. Yang dimaksudkan dengan ilmu ini adalah keimanan dan keyakinan. Kerana iman bermakna pembenaran bahawa dosa adalah racun yang menghancurkan. Sedangkan yakin adalah penegasan pembenaran ini, tidak meragukannya serta memenuhi hatinya. Maka cahaya iman dalam hati ini ketika bersinar akan membuahkan api penyesalan, sehingga hati merasakan kepedihan. Kerana dengan cahaya iman itu ia dapat melihat bahawa saat ini, kerana dosanya itu, ia terhalang dari yang dia cintai. Seperti orang yang diterangi cahaya matahari, ketika ia berada dalam kegelapan, maka cahaya itu menghilangkan penghalang penglihatannya sehingga ia dapat melihat yang dia cintai. Dan ketika ia menyedari ia hampir binasa, maka cahaya cinta dalam hatinya bergejolak, dan api ini membangkitkan kekuatannya untuk menyelamatkan dirinya serta mengejar yang dia cintai itu.

Ilmu dan penyesalan, serta tekad untuk meninggalkan perbuatan dosa saat ini dan masa akan datang, serta berusaha menutupi perbuatan masa lalu mempunyai tiga makna yang berkaitan dengan pencapaiannya itu. Secara keseluruhan dinamakan taubat. Banyak pula taubat itu disebut dengan makna penyesalan saja. Ilmu akan dosa itu dijadikan sebagai permulaan, sedangkan meninggalkan perbuatan dosa itu sebagai buah dan konsekwensi dari ilmu itu.

Dari itu dapat difahami sabda Rasulullah s.a.w. : "Penyesalan adalah taubat" (Hafizh al 'Iraqi dalam takhrij hadith-hadith Ihya Ulumuddin berkata: hadith ini ditakhrijkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al Hakim. Serta ia mensahihkan sanadnya dari hadith Ibnu Mas'ud. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Hibban dan Al Hakim dari hadith Anas r.a. dan ia berkata: hadith ini sahih atas syarat Bukhari dan Muslim), kerana penyesalan itu dapat terjadi dari ilmu yang mewajibkan serta membuahkan penyesalan itu, dan tekad untuk meninggalkan dosa sebagai konsekuensinya. Maka penyesalan itu dipelihara dengan dua cabangnya, iaitu buahnya dan apa yang membuahkannya."

[Ihya Ulumuddin (4: 3,4), cetakan: Darul Ma'rifah, Beirut]

Sekian, Wassalam...moga ada manfaatnya

37 comments:

  1. Salam sahabat...

    Semoga sahabat sihat dan bahagia selalu dan sentiasa dalam rahmatnya.... terima ksih atas n3 yg memberi manafaat di pagi hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sahabat...

      Semoga sahabat juga sihat dan bahagia selalu serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.

      Terima kasih kembali..

      Delete
  2. assalamualaikum ustaz.

    semoga ust sentiasa berada dalam sihat2 sahaja hendaknya.

    entah apa yang menggerakkan saya untuk membuat entri atas tajuk yang sama dengan ust pada hari ini.

    kalau ust memetik kata-kata al-ghazali, saya pula memetik kata-kata hamka dalam tafsirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam abang haji hamzah..

      Terima kasih mendoakan saya, moga abang haji juga dianugerahkan Allah kesihatan yang baik...amin

      Ya, saya pun tak terfikir nak publish N3 ni, pada awalnya dah sedia tazkirah yang lain. Mudah-mudahan ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Razak...


    Kita manusia biasa ni memang tidak lepas dari melakukan kesilapan.. maka taubat sangat-sangat dituntut untuk menyucikan diri dari dosa kepada Allah.


    Terimakasih atas perkongsian ilmu tentang taubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Tirana..

      Ya Kak! Setiap masa dan ketika kita tidak terlepas dari melakukan dosa baik ianya dalam keadaan kita sedar atau di sebaliknya. Taubat adalah tuntutan agama dan ulama mengatakan, bertaubat wajib bagi setiap orang Islam.

      Allah berfirman, "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari pada Allah? - Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" [QS. Ali Imran: 135]

      Delete
  4. salam ustaz..

    ilmu saya faham.. amal sy faham.. tp hak ustaz x trgkn dlm entry ni..

    atau sy x jumper..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lady Bird..

      Maaf saya tersilap tertinggal satu perkataan, terima kasih mengingatkan saya..

      Alhamdulillah sudah saya perbetulkan..

      Delete
  5. Waalaikumsalam brother Razak
    Semoga kita semua dibukakan pintu taubat untuk menebus
    segala dosa2 yang lalu dan baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Nur..

      Mufasirin menyebutkan Allah berjanji akan mengampunkan orang yang bertaubat dengan syarat ia mencukupi empat perkara, iaitu insaf dengan hati, meninggalkan perbuatan maksiat, berazam tidak mengulang perbuatan itu dan dilakukan dengan penuh keredhaan kepada Allah. Dan jika berbuat dosa itu dengan manusia, haruslah dia meminta maaf dan memulangkan segala haknya.

      Delete
  6. Salam Bro.. Terima kasih atas perkongsian ktk kali tok... InsyaAllah akan dikongsi bersama dengan rakan2 yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mir..

      Terima kasih kitak juak...bagus tok untuk dikongsi

      Delete
  7. assalamualaikum

    taubat yang berkekalan menjadi suatu cabaran untuk kita laksanakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya saudara..

      Wajib kepada orang Islam memohon ampun kepada Allah setiap hari dan bersegera bertaubat kepada Allah.

      Pintu taubat sentiasa terbuka luas dan hendaklah dilakukan dengan penuh beradab.

      Delete
  8. Assalamualaikum ustaz..

    perkongsian ilmu yang bermakna... terima kasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Ibuintan..

      Terima kasih kembali...

      Delete
  9. Assalamualaikum

    ustaz kalau difikir dosa, sangat menakutkan, terkadang tak sengaja atau tanpa disedari, perbuatan kita mendatangkan dosa..Ya Allah, bukakanlah pintu taubatMU, buat kami..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam YA..

      Allah mengurniakan kepada hamba~Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba~Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi~Nya.

      Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Nisa’ : 17]

      Delete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Moga sahabat sekeluarga berada dalam limpahan belas kasihNya Rabbul'Izzati, aamiin.

    Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

    "Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)

    ALLAH...diri ini mungkin saja kuat dihadapan seluruh manusia,
    tetapi sangat lemah dihadapan ALLAH :'(

    Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...Ampunkanlah segala kekhilafan kami,
    pimpinlah kami dan luaskan pandangan kami, terhadap jalan yang lurus..aamiin Ya Rabbal'alamin

    Jazaakumullahu khairan katsir ya sahabat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat..:)

      وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih mendoakan saya, moga sahabat juga sentiasa dalam rahmat kasihan belas Allah SWT...aamiin..

      Ya Allah, kami sangat bersyukur kerana diberi peringatan oleh Mu untuk kami segera bertaubat, kami merasa sangat menyesal dan berjanji tidak akan melakukan dosa-dosa lagi.

      Allah berfirman, "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" [AL MAA-IDAH : 31]

      Syukran ya sahabab..

      Delete
  11. Semoga ALlah sentiasa menerima taubatku...Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu..

      Moga Allah perkenankan permintaanmu...aamiin

      Delete
  12. Assalamualaikum ustaz..

    Benar..penyesalan itu adalah taubat..tetapi, kadang2 menyesal hanya seketika.lepas tu, ulang balik tabiat yang lama..kemudian, menyesal kembali...

    Mengapa hati manusia ni mudah berubah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Noorieda..

      Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan dan dibersihkan dari akhlak yang buruk. Dari hati sebegini, lahir cetusan-cetusan kebaikan. Dan hati yang terabai dan terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan keburukan dan akhlak yang keji. Hati sebegini seumpama mata yang dimasuki asap tebal, lalu dia tidak dapat melihat apa-apa.

      Oleh itu, kita harus sentiasa mendidik hati dengan perkara kebaikan, melatihnya untuk membuang segala nilai-nilai buruk dan sentiasa berdoa agar Allah SWT mencenderungkannya ke arah kebaikan kerana Dialah yang memegang hati kita semua.

      Delete
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    tapi kebelakangan ni ramai yg taubat je...pi buat umrah! setahun sampai 13-14 kali buat umrah. bila balik m'sia ...dah ulang 'dosa-dosa' tu balik. mereka bertaubat tp mereka tak memahami 'taubat' itu sendiri....wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Mudah-mudahan dengan kebaikan yang mereka sering diulang-ulangkan setiap tahun, Allah terangkan hati mereka dengan NUR dan terus bertaubat nasuha serta tercabut dari mereka perkara mungkar yang sering dilakukan...amin

      Delete
  14. Jgn kita pernah jemu untuk bertaubat, kerana penerimaan itu milik Dia.
    Andai putus asa terhadapNya samalah erti kita bersangka buruk kepada Dia.
    Baca dan sama2 fahami hakikat makna basmallah yang letakkan pada semua permulaan surah dalam al_quran kecuali surah attaubah.

    Aku mengharap rahmatMu ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran ya ukhti..

      Teruskan usaha jangan pernah merasa jemu, kerana gerbang taubat itu sentiasa Allah buka untuk sesiapa saja yang mahu kembali kepada~Nya dengan hati yang bersih.

      Moga Allah kasih..

      Delete
  15. Ass-Salam
    ...kembali memanafaatkan segala perkongsian ilmu di sini.
    Hanya Allah jua yang membalas nya...Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kanda..:)

      Terima kasih kerana sudi singgah meskipun dalam keadaan sibuk dengan urusan di rumah dan kerja-kerja di sekolah.

      Delete
  16. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT

    Betapa pentingnya ilmu, kerana dengan berilmu tahulah kita apa yang salah dan betul, dan dengannya dapatlah kita mohon ampun dan bertaubat bila sedar kesalahan..semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak werdah..:)

      Terima kasih atas doanya, moga kakak pun sentiasa rahmat dan redha Allah SWT...aamiin

      Memang benar kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu gunakanlah akal dan ilmu yang merupakan kurniaan yang amat besar dari Allah sebagai wasilah untuk kita berfikir yang mana baik dan buruk. Gunakan iman untuk membezakan ianya halal ataupun haram, pahala ataupun dosa.

      Terima kasih kak!

      Delete
  17. Assalamualaikum :)
    Semoga ktk dalam limpahan kasihsayangNya dan dilindungiNya selalu..Amin..

    Sesungguhnya..pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya..
    Betapa Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak pun sama, sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamin

      Sungguh, betapa luasnya keampunan ALLAH SWT, sekalipun kita datang kepada~Nya dengan dosa sampai setinggi langit lalu kita mohon ampun kepada~Nya nescaya akan Dia ampunkan.

      Rasulullah SAW bersabda, "Allah lebih bergembira atas taubat seorang hamba~Nya daripada (kegembiraan) seseorang antara kamu yang menemui haiwannya yang hilang."

      Terima kasih kitak..:)

      Delete
  18. Sesungguhnya..pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya..
    Betapa Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mir..

      Haruslah kita ingat biarpun pintu taubat sentiasa terbuka, namun sebagai hamba, kita sik boleh menangguh untuk bertaubat kerana kita sik tauk bila ajal akan menjemput kita kembali kepada Allah. Takut sik sempat bertaubat, ajal dolok menjelma.

      Delete
  19. tak pernah terlambat untuk bertaubat :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.