Friday, April 20, 2012

Taat dan patuh


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan Rasul yang mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul dan orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Dan bila kamu berselisih tentang sesuatu di kalangan mu sendiri, hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, itu lebih baik dan penyelesaian yang paling indah. [QS An Nisaa’ : 59]

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik. Dan bantahlah mereka dengan (bantahan) yang lebih baik. Sungguh, Tuhanmu lah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalannya, Dan ialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat bimbingan. [QS An Nahl : 125]

Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah pada waktu mereka menutupi dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan, dan apa yang mereka nyatakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala isi hati. [QS Huud : 5]

Tidakkah mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyi hati yang dengan itu mereka dapat memahami, dan mempunyi telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Sesungguh, bukanlah matanya yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada di dalam (rongga) dada. [QS Al Hajj : 46]

Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habis-habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia hingga terlupa Wawasan Akhirat. Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama kita berdoa semoga kita terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Aamiin...

Sekian...mohon maaf jika terkasar bahasa. Moga ada manfaatnya.

30 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz.

    5 perkara yang perlu diingat sentiasa ..

    "Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia hingga terlupa Wawasan Akhirat"

    jujurnya Ustaz, kadang2 saya juga menjadi orang yang senteng fikiran ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Kita ni manusia biasa bang haji, lemah dalam semua hal, ada masanya kita lupa dan ada masanya ingat. Mohon pertolongan Allah SWT untuk kita sentiasa ingat dan muhasabah diri.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Ustaz...

    terima kasih untuk tazkirah yang bermanfaat di pagi Jumaat yang mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kakcik...

      Terima kasih kembali, moga ianya mendatangkan kebaikan yang banyak buat kita semua..

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan, terima kasih byk2 atas info ini. Kita saling ingat-mengingati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Sis Intan...

      Sama-sama, moga dengan ingatan ini menjadikan kita semua, orang yang sentiasa patuh dan taat dengan perintah Allah SWT...aamiin

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

    Bagi melastarikan kelima-lima perkara ini kita sewajarnya mengingatkan diri kita tentang Inna lilllahi wainna ilaihi raaji'uun.. kita milikNya dan akan kembali kepadaNya untuk dihisab semua perkara.

    Semoga dapatlah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menyerapkannya ke dalam setiap langkah kita sambil memohon pertolongan daripada Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doanya, didoakan moga kakak pun demikian juga.

      Moga kita dapat menjalani kehidupan ini dengan sebenar-benar makna kehidupan iaitu memahami bahawasanya hidup ini suatu anugerah dan tempat ujian, yang mana ujian itu juga merupakan anugerah pada pandangan kaca mata hakikat.

      Terima kasih kak..:)

      Delete
  5. Assalamu'alaikum wbt..

    Bukan mata yang buta, tapi hati di dalam dada itu yang buta,
    begitu firman ALLAh Ta’ala,
    tiada keraguan pada kalam-Nya,
    memang, manusia itu bukan buta pada mata,
    tapi buta pada hati yang ada di dalam dada!

    “Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” - al Hajj : 46

    Kunci hati setiap manusia itu ada pada ALLAh Ta’ala. Hanya Dia yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang ditentukan mendapat petunjuk dan membiarkan orang yang ditentukan binasa kerana kebutaan dan kesesatan akibat tangan manusia itu sendiri.

    Namun ana percaya, manusia masih ada peluang untuk berubah, InsyaALLAh.
    Bersih-bersihkan hati :)

    ~>salam sayyidul ayyam, syukran sahabat, Allah Yubarik fik, aamiin^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..:)

      Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah dalam kitabnya Ma'arij al-Quddus Fi Madarij Ma'rifatin Nafs, "Hati seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi kebenaran sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya."

      Jika pintu itu ingin kamu buka,
      Pasti ada kunci baginya..
      Jika hati itu ingin kamu teroka,
      Pasti jua ada kunci yang akan membukanya..
      Dengarkan suara hati dan bersihkannya.

      Insya Allah sahabat, selagi ada nyawa di badan Allah sentiasa menunggu hambanya untuk bertaubat dan kembali kepada~Nya dengan hati yang bersih.

      Afwan ya sahabat, moga Allah memberkatimu..aamiin

      Delete
  6. Assalamualaikum,,,

    "robbuma fataha laka baabat to'ah, wama fataha laka baabal qobul. Warobbuma qodho 'alaika bilzanbi, fakaana sababan fil wusul"

    ~Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan, tetapi tidak membuka untukmu pintu penerimaan. Boleh jadi pula, Dia mentaqdirkan engkau berbuat dosa, lalu dosa itu menjadi sebab kamu sampai kepadaNya (melalui taubat)."


    "Diri ini selalu alpa dengan dunia" T_T


    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Terima kasih, suka saya akan komen yang diberi.

      Seorang arif berkata, "Orang yang melakukan ketaatan tidak menjadi dekat kepada Allah Ta'ala, tetapi orang yang menjauhi larangan~Nya bisa menjadi dekat kepada~Nya.” Sebab, kebajikan dapat dikerjakan setiap orang: baik maupun jahat. Namun, yang mampu menjauhi dosa hanyalah orang yang shidiq dan muqarrab (dekat dengan Allah).

      Delete
  7. akhir zaman ini ramai org suka bercerita perihal dunia berbanding akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, hati itu pengetuknya adalah peringatan. Berfikirlah kembali untuk melayani dunia. Seseorang hendaklah berasa malu kepada Allah SWT kalau dirinya terlihat sebagai orang yang melayani dunia. Semestinya dia mengalihkan perhatiannya untuk beribadah kepada Tuhan semata-mata dan tunduk di dalam kekuasaan~Nya..

      Delete
  8. Assalamu'alaikum,

    Termalu sendiri bila baca tazkirah ini, muhasabah diri sendiri..dunia ini memang menyeronokkan, kena mujahadah tahap maksima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Sebaiknya kita ambil semua urusan dunia dan digunakan untuk kepentingan akhirat..

      Delete
  9. Salam... :)

    Selalu ingatkan diri dengan kebaikan orang lain, lupakan kebaikan sendiri dengan melupakan kekurangan orang lain sebaliknya ingatkan diri selalu tentang kekurangan diri dengan memuhasabah diri dan memperbaikinya dengan sifat yang lebih baik.

    Banyakkan memberi,jangan difikir siapa yang memberi tapi fikirlah apa yang diberi. Tangan di atas lebih baik dari yang bawah.

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. :)

      Benar kata kitak, sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci.

      Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya.”

      Delete
  10. Assalamualaikum wbt..

    Benar...terkadang manusia terlalu alpa dengan keasyikan dunia...Termasuklah diri sendiri..

    ALLAHUAKHBAR..Perlu sentiasa muhasabah diri ni...terima kasih ustaz tazkirahnya..Bermakna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Kesibukan mencari keseronokan dunia adalah penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.

      Nikmat dunia hanya mampu dihirup kelazatannya hanya sementara sedangkan nikmat syurga yakni akhirat itu kekal abadi.

      Delete
  11. mekasih ustaz...selalu musahabah diri, semoga menjadi umatNYA yang soleh Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali...setiap dari kita akan diperhitungkan. Akan dinilai. Sebelum kita dinilai, perbanyakkanlah amal soleh

      Delete
  12. السلم عليكم ورحمة الله

    syukran atas peringatan. 5 perkara yg menyebutnya mudah...tapi mempraktikkannya belum tentu. semoga Allah memberikan kekuatan kpd ana dlm menjadikannya sbg amalan kehidupan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Afwan, kadangkali kita ni sering juga tersasar lantaran dorongan nafsu yang banyak terarah ke dunia sehingga melupakan akhirat. Namun, jika kita sentiasa beringat bahawa kita sentiasa diperhatikan Allah, kita mudah terarah kepada kebaikan.

      Moga Allah beri bantuan..

      Delete
  13. Assalamualaikum kitak:)

    Terimakasih kerana tidak jemu2 beri peringatan dalam membentuk keperibadian yang diredhaiNya....
    Semoga ktk sentiasa dirahmati dan diberkatiNya selalu...Amin...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kitak..:)

      Terima kasih juak ngan kitak. Semuanya tok untuk peringatan dirik kamek juak. Kita tok diibaratkan berjalan atas jalan yang penuh dengan duri, kena berhati-hati dan kadangkali ada juak tersangkut. Namun selama mana ada iman dan taqwa dalam hati kita, ianya boleh membantu kita di atas jalan yang benar.

      Semoga kitak juak sentiasa dirahmati dan diberkati~Nya...aamiin

      Delete
  14. Alhamdulilah pagi nie didik hati dengan n3 yang sahabat tulis sungguh menyusub di hati... terma kasih semoga sahabat sentiasa diberkati dan dirahmmati selalu... boleh kiranya nak kongsi beberapa keratan ayat sahabat di atas... untuk tatapan teman2 saya,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga buat sahabat, moga tazkirah ini mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua. Ya sahabat teruskan perkongsian buat teman-teman sahabat...

      Delete
  15. suka mek singgah sitok...umpama melihat diri kmk di dpn cermin...thanks atas perkongsian ya..

    kmk da engkah nama ktk lam entry kmk...hope ktk x kisah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah jak tempat tok sentiasa terbuka untuk sapa-sapa jak termasuklah kitak. Ambik nok bagus jak nok jaik iboh..

      Terima kasih juak ngan kitak..engkah jak no problem

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.