Friday, May 25, 2012

Madu dan arak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji hanyalah tertujunya kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta alam ini. Selawat dan salam kita ucapkan buat Rasul pilihan junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang mengikutnya sehinggalah alam ini dimusnahkan oleh Allah SWT.

Sahabat yang dihormati, pernah pada suatu hari, Saiyidina Umar Al-Khatab meronda di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa bekas air.

Pemuda itu menyembunyikan bekas itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar Al-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya,

"Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar,

"Madu, ya Amirul Mukminin."

Walhal benda itu ialah arak. Sewaktu itu jua timbul dari sanubarinya untuk bertaubat kepada Allah atas segala yang dilakukannya. Keinsafan ini lahir lalu dia berdoa kepada Allah agar Umar tidak mengesyakinya dan memeriksa bekas tadi.

Namun, Saiyidina Umar tetap curiga melihat keadaan pemuda tersebut dan ingin melihat sendiri isi bekas tersebut. Gementar si lelaki itu.

Dihulurkan perlahan-lahan kepada Umar. Hatinya pasrah.

Apabila Umar melihat isi bekas tersebut, Umar berkata,

"Ya, kau berkata benar."

Terkejut bukan kepalang pemuda itu. Rupanya Allah S.W.T. seketika itu juga telah menukarkan isi bekas itu kepada madu.

Saat itu, sang pemuda bertaubat dan tidak lagi menyentuh minuman yang diharamkan.

Begitulah sahabat, amat halusnya sifat ikhlas yang lahir dalam jiwa kita dan ia merupakan gerakan hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menyatakan tunduk patuh hanya kepada perintah~Nya. Barangsiapa yang masih memiliki niat lain dalam ibadatnya selain daripada Allah maka amalnya itu akan diganjari menurut niatnya dengan seadil-adilnya.

Sesungguhnya jiwa dan raga adalah milik~Nya. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuh seseorang sepertimana dinyatakan dalam hadis Qudsi: "Jika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada~Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan dari~Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia.” [Hadis riwayat al-Bukhari]

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dalam Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yang memakan seperempat bahagian dari kitab Al-Ihya‘Ulumuddin : "Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang istiqamah beramal. Semua orang yang istiqamah beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."

Jalan-jalan pengampunan telah dihamparkan di hadapan kita. Terpulanglah pada kita sejauhmana kita memerlukan pengampunan itu. Sebelum pertanyaan itu diajukan kepada umat Islam sebagai sebuah komu­niti justeru ia terlebih dahulu pasti diajukan kepada diri-diri insan muslim.

Firman Allah: "Dan bersegeralah kamu kepada am­punan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." [QS Ali Imran : 133-135]

Sekian moga ada manfaatnya...

22 comments:

  1. berilmu, beramal n ikhlas =mengecap kebahagiaan. ooooooo..tertarik mek ngn hujah ya. bgs kisah ya dikongsi kita bersama...menandakan mun seseorg ya ikhlas dgnNya, akan sntiasa dilindungi olehNya.
    indah kata2 sajak mahsuri s.n ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak ilmu adalah Amal.
      Amal tanpa ilmu menyesatkan, Ilmu tanpa amal merosakkan.
      Hak amal adalah IKHLAS… amalan yang tidak ikhlas hanya sia-sia.

      Delete
  2. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
    Semoga sihat yer.

    Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dihati kita. Semoga kita sentiasa ingat kepadaNYA dan memohon agar diberikan keampunan kepada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Ani..

      Alhamdulillah saya sihat, moga kakak demikian juga..

      Hati merupakan titik pusat pandangan Allah, dan perbuatan yang dilakukan oleh hatilah yang diakui dinilai oleh~Nya. Kerananya, Allah hanya melihat hati seseorang, bila bersih niatnya, maka Allah akan menerima amalnya: dan bila kotor hatinya (niatnya tidak benar), maka otomatis amalnya akan ditolak Allah, sebagaimana disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW,

      "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu." [Riwayat Muslim]

      Delete
  3. Assalamualaikum ktk:)
    Moga dirahmatiNya selalu dan dilindungiNya walau mana juak ktk berada..Amin..:)

    Indahnya satu keikhlasan..dengan hanya terdetik di hati..ganjaran dariNya melebihi segalanya...Betapa Dia Maha Penyayang pada hambaNya yang bertaqwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kitak..:)

      Terima kasih atas doanya, moga kitak juak sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya serta mendapat perlindungan~Nya...aamiin

      Amal perbuatan itu seperti jasad dan keikhlasan itu rohnya. Jika segala amal itu hanya tertuju kerana Allah maka selayaknya dia mendapat ganjaran dari~Nya.

      Tq kitak...:)

      Delete
  4. Assalamulaikum ostaz..T_T
    Jika bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar.Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.sebagaimana nabi saw berpesan (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : "Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini?" Lalu jawab lelaki itu: "Ya Wahai Tuhan.." dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : "Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya." ~Riwayat Al-Bukhari

    Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar kita tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang..segeralah bertaubat sebelum ajal menjemput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ostazah..

      Ya benar, namun kadangkali ada di kalangan kita tanpa ketahuan telah membuka aibnya sendiri, dipertontonkan aurat kepada bukan mahram baik ia seorang lelaki atau perempuan. Jelas perbuatan itu berbangga dengan dosanya, mempromosi dan mengiklankan kejahatan kepada orang...Allahu Rabbi.

      Moga Allah beri pertolongan kepada mereka sebegini, sedar akan kesalahan selama ini..

      Delete
  5. Salam'alaik..

    Subhanallah..hebatnya sifat ikhlas kan sahabat? Allahu Rabbi..
    Moga ALLAH SWT memasukkan hakikat keikhlasan niat dlm hati kita semua..Aamiin Ya Rabb.

    " Ikhlas itu mendamaikan hati dan jiwa "

    syukran ya syabab fillah, Allah Yubarik fik..aamiin^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...:)

      Ya sahabat, memang hebat kerana pandangan hati mereka hanya tertuju kepada Yang Maha Pencipta sahaja dan ikhlas kerana Allah ini adalah antara kunci utama jalan menuju Allah, kunci penting di dalam turunnya hidayah Allah.

      Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasan~Nya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). [QS At-Taghaabun ayat 17]

      Afwan ya sahabat..:)

      Delete
  6. SUBHANALLAH... teringat suatu citer tu.. lebh kurg sama.. tp kisah tentera yg x islam memperlekehkan satu2nye tentera Islam time tu.. mereka meminta tentera islam tu membawa jentera tiada enjin tanpa pengetahuan tentera tersebut.. tentera tersebut membaca bismilah dan membawa jentera tersebut tanpa sbrg mslh.. kesan drp peristiwa itu, ramai tentera nonmuslim yg masuk Islam.. tp lady x tahu kisah ni betul ke tidak.. xdpt dkesan kesahihanyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun ada terbaca kisahnya dan di mana ianya berlaku tidak sebutkan. Andaikata ianya betul-betul berlaku tidak mustahil bagi Allah SWT untuk menurunkan pertolongan kepada hamba~Nya yang ikhlas kepada~Nya...Allahu Rabbi

      Delete
  7. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

    Lambat sikit datang.. membaca kisah ini.. benarlah bahawa kuasa taubat itu amat besar di sisi Allah SWT. Semoga kita sentiasa berolaeh kekuatan untuk segera bertaubat. Teringat juga kisah pendosa dalam zaman Nabi Musa as yang dengan sebab dosanya ke,marau berpanjangan dan dengan sebab taubatnya Allah turunkan hujan.. Maha Suci Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..:)

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

      Ya kak! Semua kita ada hasratnya untuk berubah dan bertaubat kerana itu adalah langkah kesempurnaan dan ia merupakan tanggungjawab kepada kehidupan duniawi. Terpisahnya kita dengan Allah SWT kerana dosa maka jalan kembalinya untuk kita dekat kepada~Nya ialah taubat seorang hamba kepada Penciptanya.

      Terima kasih kak!

      Delete
  8. bila sudah haram maka haramlah ia..
    nice sharing here brother,, i loike..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara haram wajiblah kita menjauhinya..

      Thanks sis..:)

      Delete
  9. Assalamualaikum :)

    Segalanya letak di hati.Ikhlas itu menjadi penghubung kepada Allah sama ada diterima atau sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Benar apa kitak madah, ikhlas penghidup cahaya kebersamaan Allah SWT..

      Delete
  10. Alhamdulillah...itulahkan yg dikatakan niat dari hati, taubat yg ikhlas..akan diterima Allah..mekasih ustaz

    maaf dah lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, niat begitu sangat suci. Ikhlasnya menjangkau pertolongan Allah SWT. Jangan hendaknya kita sekali-kali berniat untuk bertaubat kemudian diulang semula maksiatnya..

      Terima kasih..

      Delete
  11. Salam Saudara Abdul Razak..
    semoga anda selalu sihat dan di rahmati Allah jua hendaknya..

    Dalam kita menjalani kehidupan seharian..pelbagai dugaan melanda, dari mula perjalanan ke tempat kerja sehingga pulang petang nanti..dalam mencari nafkah buat mengisi perut anak isteri, penuh dugaan..masihkan kita terfikir untuk lari dari niat sebenar kita itu? Melencong ke lain,dugaan nafsu kebendaan menjadikan kita selalu lalai pada Nya..wallahualam.

    Terima kasih perkongsian ilmu anda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudaraku Zul..:)
      Semoga dirimu jua sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT...aamiin

      Ya saudara, kehidupan kita di akhir zaman ni banyak dugaan dan cubaannya. Semuanya mengusik perasaan dan jiwa kita. Kadangkali kita rebah, namun saya pasti niat kita tidak lari dari asalnya. Cuma terpalit dosa dek kerana kebendaan yang datang dari nafsu membuat kita lalai, lalu kita terjaga dan bangkit memohon kemaafan kepada Yang Maha Pencipta. Itulah sebaiknya, kita kembali kepada~Nya.

      Terima kasih..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.