Friday, October 19, 2012

Seruan Haji


بسم الله الرحمن الرحيم

Kini, seluruh Umat Islam yang dijemput Allah SWT sudah mula berkumpul di Tanah Suci menunggu saat untuk mengerjakan ibadah Haji rukun Islam yang kelima.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT. Yang belum dijemput hati mereka sering berdoa agar diberi peluang dan yang sudah mengerjakan ibadah haji, mereka ingin kembali untuk turut sama. Begitulah kesan seruan yang telah Nabi Ibrahim a.s. lakukan beribu-ribu tahun yang lalu, namun setiap kali datangnya musim haji manusia tetap berpusu-pusu mendatangi kaabah dengan satu niat. Redha Allah S.W.T. yang diharapkan.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Seruan untuk mengerjakan haji sudah lama tersiar kepada seluruh umat manusia. Namun, ada di kalangan manusia berdalih untuk mengerjakannya dengan alasan belum sampai seruan. Kenapa bisa berkata begitu. Ketahuilah, bahawa seruan itu sudah lama sampai ke pengetahuan semua umat manusia.

Ketika Nabi Ibrahim AS membina Kaabah atas arahan Allah S.W.T. dan bertawaf sebanyak tujuh kali setelah selesai melengkapkan tugasannya, Allah S.W.T. mewahyukan kepadanya supaya menyeru manusia untuk datang ke Baitullah al-Haram bagi mengerjakan ibadah haji. Telah terakam kisah ini sebagaimana firman Allah SWT:

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِي

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan~Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28)(Surah al-Hajj : 27-28)

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah S.W.T.: “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suaraku? FirmanNya: "Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan Aku akan menyampaikannya. Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais [1] dan menyeru “Ya ibadallah (Wahai hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah (Baitullah) dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Firman Allah SWT: “Apa yang ada di langit dan bumi mendengarnya, tidakkah engkau melihat manusia datang dari kawasan yang sehabis-habis jauh di bumi sambil mengucap talbiah mereka?”[2]

Maka Allah S.W.T. memperdengarkan seruan tersebut kepada semua makluk yang berada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit-bukau, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq (timur) dan Maghrib (barat), dan yang ada di dalam perut ibunya dan pada sulbi bapanya.

Maka tidaklah wajar istilah ‘belum sampai seruan itu’ dijadikan alasan untuk melambat-lambat atau menangguhkan ibadat haji itu padahal kemampuan untuk menunaikan haji sudah cukup syaratnya.

Wallahu A'lam moga ada manfaatnya..

Nota:
[1] Menurut sesetengah pendapat mengatakan di Bukit Safa, ada pula yang mengatakan di atas batu maqam Nabi Ibrahim AS.
[2] Tafsir al-Tabari, Surah al-Hajj Juz. 18 hlm.605, Cet. Darul Ma’arif.

33 comments:

  1. salam
    mak mertua dan adik ipar akak sedang berada disana sekarang....adik ipar yg tak merancang utk kesana...ditakdirkan ALLAH sbg peneman mak yg telah uzur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah, moga mereka mendapat haji yang mabrur..

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    itulah yg selalu org kata, belum sampai seru, tapikan ustaz, kalau kita benar2 belum bersedia mcm mana? maksudnya, kita takut sbb kita rasa mcm belum cukup ilmu untuk ke sana, keinginan itu ada..memang teringin nak ke sana,

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Dalam bab bertaubat kita diwajibkan bersegera menujunya, dan dalam mengerjakan kebaikan pun, apatah lagi ianya ibadah yang difardhu, maka ia juga diwajibkan bersegera melaksanakannya terutamanya dalam mengerjakan ibadah seperti solat, zakat, haji (jika cukup syaratnya), menuntut ilmu agama dan lain-lainya.

      Kita bimbang dalam keadaan beralasan yang tidak sepatutnya, ajal datang menjemput, maka ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.

    Begitulah yang selalu kita dengar "belum sampai seru"

    Mudah-mudahan mereka yang berkemampuan segera diberikan petunjuk supaya tidak mendapat kerugian di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kakak, moga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan keberkatan dari Allah SWT...aamiin

      Seringnya orang yang mengeluarkan kata-kata begitu, mereka kurang akan ilmu agama dan masih terpikat dengan dunia. Hanya doa mengiringi agar mereka diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT, agar bersegera melaksanakan segala ibadah.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Semoga saudara di dalam keafiatan dan sentiasa mendapat keredhaan dariNya. Bersama kita memohon kepadaNya semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan dan menjadi tetamuNya bagi yang belum berkesempatan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah saya sihat, moga sahabat pun begitu juga di sana.

      Ya sahabat, mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya...aamiin

      Delete
  5. salam ust, Allahuakbar! rindunya pada tanah suci...moga tetamu Allah dipermudahkan segala urusan haji dan ibadah di sana =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semua orang punya perasaan begitu melainkan orang-orang yang sudah tertutup hatinya...

      Delete
  6. Assalamualaikum akhi...

    semoga Allah membuka peluang untuk kita ke baitullah dalam keadaan kita sihat dan mampu melaksanakan semua ibadah dengan sempurna..

    sangat2 teringin untuk sampai ke sana... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Insya Allah, moga Allah perkenankan permintaanmu....aamiin

      Delete
  7. mungkin akan sedikit... gmn gtu :( hanya sekedar mengingatkan kepada seluruh jamaah haji Indonesia agar tak kehilangan subtansi dan makna haji

    Belajar Photoshop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Substansi ibadah yang diharapkan akan berdampak positif bagi perilaku para jemaah haji setelah kembali ke kampung halamannya.

      Delete
  8. Musim Haji dah nektok ooo.. Sik lamak gik Raya Korban... Lagu pergi Haji nektok ari2 kuar lam tibi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seminggu gik Raya Korban, peluang untuk kita melakukan ibadah korban gik masih ada...

      Delete
  9. Assalamualaikum:)
    Moga kitak sihat di sinun..dan diberkatiNya selalu..Amin..:)

    InsyaAllah...
    Teringin benar kmk menjadi tetamuNyadi sana..biarpun masih sedikit ilmu persiapan utk ke sana...
    Moga diizinkanNya utk jejak ke Tanah Suci satu hari nanti...
    :):):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa kitak, moga kitak sihat juak di sinun, dan sentiasa diberkati Allah SWT...aamiin :)

      Insya Allah, moga dengan sebab niat kitak yang baik dan usaha mendalami ilmu persiapan untuk ke sana, Allah jemput kitak dalam masa yang terdekat kerana setiap niat kebaikan itu Allah akan berserta bersamanya.

      :):):)

      Delete
  10. السلم عليكم ورحمة الله
    semoga saudara sihat hendaknya
    pada yang berkenaan..
    semoga mendapat haji yang
    mabrur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah baik..
      Moga saudara pun sedemikian juga..
      dan moga Allah berserta dengan doamu...aamiin

      Delete
  11. السلم عليكم ورحمة الله
    saya berharap ingin menjadi tamu Allah mohon doa restu dari ustadz

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Moga Allah permudahkan dan perkenankan doamu...aamiin

      Delete
  12. Assalamu'alaikum wbt..

    Subhanallah,,terima kasih sahabat, perkongsiaan ilmunya..

    Alhamdulillah, pada mereka yang dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya..moga mereka beroleh kesihatan yang baik sepanjang berada disana, dipermudahkan segala amal ibadah, serta beroleh haji yang mabrur disisiNya, aamiin

    Jazakallahu khaira, Allah Yaftah Aleik, aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya sahabatku, moga sahabat dikurniakan Allah kesihatan yang baik di sana dan sentiasa dalam perlindungan~Nya...aamiin

      Ya, ana meng'aamiin'kan doa sahabat, moga Allah perkenankan.

      Afwan ya sahabat...:)

      Delete
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    semoga mereka yg pergi menunaikan haji dipermudah Allah akan segala urusan & semoga memperolehi haji mabrur. ana...203+...insyaAllah diberikan-Nya kesempatan...walau jauh lagi tapi sgt-sgt le menginginkannya...terutama semasa berkederat ni. tahun 203+ tu tak taulah camna kederat ana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Subhanallah, jika diamati masa tu usia saudara dah dalam lingkungan tua juga. Tapi tak mengapa itu hanya urusan dan rancangan manusia. Jika Allah berkehendak ia bisa berubah dengan sebab niat dan doa kita yang baik, serta diiringi usaha ke arahnya dengan tekun.

      Delete
  14. Terima kasih datang, insya Allah ada masa saya ziarah blog awak...:)

    ReplyDelete
  15. Salam saudara Abd Razak,

    Maaf lama akak tak singgah sini. Semoga Abd Razak sihat.

    Didoakan juga mudah2an semua jumaah haji kita mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kakak singgah...

      dan juga mudah-mudahan mereka mendapat mendapat keampunan dan keredhaan dari~Nya...aamiin

      Delete
  16. doakan sy ustaz
    mnjd tetamuNya
    moga segala dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah kurniakan Maiyah rezeki dan kekuatan untuk menunaikan ibadah haji pada suatu hari kelak...aamiin

      Delete
  17. Assalamualaikum..
    doakan saya juga dapat menyambut lambaian baitullah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya Allah! Kami mohon supaya didekatkan dan dimudahkan untuk menyempurnakan panggilan haji buat sahabatku ini dan teman-teman yang lain dan sampaikanlah maksud mereka untuk mengerjakan haji...aamiin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.