بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji hanya milik Allah SWT, dan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW berserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai hari pembalasan.
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim]
Hadis ini mengandungi nilai penting dan utama dalam skop persaudaraan Islam. Antara ciri-ciri utama yang disampaikan dalam bentuk arahan dan larangan ialah:
JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan. Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan sedemikian adalah haram. Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api." [Riwayat Abu Daud]
JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.
Jangan saling membenci.
Jangan mengetepikan kepentingan orang lain.
Jangan membeli barang yang telah dibeli orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak menjual oleh seorang lelaki atas penjualan saudaranya dan tidak meminang atas peminangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya." [Riwayat Ibn Umar]
Menzalimi atau menganiaya orang lain kerana aniaya itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia.
Membohongi atau mendustai orang lain kerana perbuatan ini boleh menyebabkan hilang kepercayaan orang lain kepada kita. Berbohong dan berdusta boleh menjadi pengkhianatan.
Merendahkan orang lain.
Menghina sesama Muslim kerana sifat angkuh dan sombong. Sifat ini akan melenyapkan perasaan kasih sayang sesama Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukan aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu." [Riwayat Muslim No.54]
Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mua'adh) berkata: "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:
Wallahu'alam...moga kita dapat sama-sama memelihara nilai persaudaraan kita sesama Muslim.
Sumber : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain." [Riwayat Ahmad dan Muslim]
Hadis ini mengandungi nilai penting dan utama dalam skop persaudaraan Islam. Antara ciri-ciri utama yang disampaikan dalam bentuk arahan dan larangan ialah:
JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan. Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan sedemikian adalah haram. Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api." [Riwayat Abu Daud]
JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.
Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mua'adh) berkata: "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:
Pertama: Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: Jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia.
Ketiga: Jika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia."