Friday, May 27, 2011

Nasihat keempat...

Hikam No.2 - Berusaha Atau Bertawakal
إِرَ ادَتُكَ التَّجْرِيْدَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اِيَّاكَ فِى اْلاَسْبَابِ مِنَ الشَّهْوَةِ الْخَفِيَّةِ
وَإِرَ ادَتُكَ الاَسْبَابَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اِيَّاكَ فِى التَّجْرِيدِ اِنْحِطَاطٌ مِنَ الْهِمَّةِ الْعَلِيَّةِ

Oleh Syeikh Ali Jumaah Muhammad Abd Wahab
~Mufti Mesir~

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai anakku yang tercinta,

Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah Taala mahu menunjukkan keadaannya kepada para malaikat, maka Allah Taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa: Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.

Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal ini kepadanya lalu ia berkata:

Itu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang mesti saya lakukan.

Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya.

Lalu Allah Taala berfirman:

"Apabila hambaKu itu tidak berpaling daripada beribadat kepada~Ku, maka Aku membalasnya dengan kemurahan~Ku, Aku juga tidak akan berpaling daripadanya. Wahai para malaikatKu bersaksilah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya."

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali k.w.:

Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja, dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah Taala.

Dan berkata Hasan al-Basri r.a.:

Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.

dan beliau berkata lagi,

Tanda faham hakikat ilmu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan.

Dan bersabda Rasulullah s.a.w.:

Orang yang bijak itu orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah Taala.

NASIHAT KEEMPAT
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

Sumber : Akhi Ibnu Abas

35 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan serta dalam redha Allah SWT.

    Seseorang itu diberikan balasan sama ada bahagia atau celaka berdasarkan amalannya serta rahmatNya. Walaupun Allah SWT telahpun mengetahui dan menulisnya di Luh Mahfuz sebelum perkara itu berlaku Allah telah tahu bahawa kita akan berada di mana pada akhirnya, kita tidak boleh bertawakkal begitu sahaja. Pilihan kena dibuat sama ada nak tempah tempat bahagia atau tempat celaka. Jika baik dengan rahmatNya juga kita akan diberikan kebahagiaan. Jika tidak akan berlaku sebaliknya. Wal'iyazubillah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak. Moga saudara sentiasa dikurnia kesihatan yang berpanjangan serta rahmat dan kasih sayang dari Allah yang tak pernah putus.

    Dalam kehidupan dunia pun macam tu la kan saudara. Tanpa usaha yang berterusan dan tak putus asa, manakan kita akan berjaya. Begitu juga dengan syurga... Allah swt dah kasi jalan untuk ke syurga, maka seharusnya kita berusaha untuk ke jalan itu, dan melalui jalan itu. Bukan hanya berkata, nak masuk syurga kena lalu jalan itu tanpa kita sendiri berusaha untuk melalui jalan itu. Peringatan buat saya juga, insyaAllah...

    thanks sahabat;)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikom wtb ya Ustaz. Shobakhai,Khaifahaluka?

    Allhamdullah setiap ilmu itu dikongsi bersama. Bersama-sama kita igat mengigatkan sesama manusia. Manusia sentisa dalam kealpaan. Amalan kita mestila istiqomah dalam setiap detik kehidupan. Mengharap hanya kepada Allah, berusaha demi mencari keredoaan Allah. InsyaAllah nusrah Allah akan datang dengan tidak disangka-sangka. SubhanaAllah

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ustaz Razak,

    Pencarian ilmu dunia sering menjadi buruan tanpa sedar ramai yg meminggir agama semata-mata mengejar kebahagiaan dunia yg sementara ini.

    Keseimbangan mencari kebahagiaan dunia akhirat sering diseru tapi masih ramai yg. alpa. Takut kakak.

    p/s: Ruginya kakak tak faham bahasa arab. Anak kakak pandai. Tunggu dia balik dengar video ini:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya nantikan nasihat yang kelima dan seterusnya.

    Nasihat-nasihat yang sentiasa mendapat pahala yang mencurah-curah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wbt,

    Semoga kasih sayang ALLAH terus tercurah buat sahabat sekeluarga..ameen Ya ALLAH!

    ALLAH SWT wujudkan dua kehidupan iaitu kehidupan dunia dan akhirat.
    Siapa yang taat didunia akan ke syurga dan yang engkar akan ke neraka.
    Jalan yang diredhai ALLAH adalah jalan IMAN dan AMAL. Jalan yang dimurkai-Nya adalah jalan yang sesat.
    Kehidupan didunia, yang menjalani jalan taat, amat susah diikuti, itulah jalan para Nabi yg membawa ke syurga. Ia bertentangan dengan kehendak hati. Jalan yang lurus ini mengikut kehendak ALLAH, tidak bebas, segala anggota mesti taat ALLAH. Ia seperti seorang pesakit yg taat doktor, segala arahan diikuti. Awalnya, memang sukar utk mkn ubat dan berbagai pantang yg diarahkan tetapi akhirnya akan menyihatkan.

    Wallahua'lam

    Jazakallah ya syabab,
    Alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    ya Allah, 70 tahun menghabiskan waktunya dengan beribadah pon masih belum selayaknya, camna la pulak kita umat akhir zaman ni, kluo aje rumah dah tertadah maksiat depan mata

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    Mudah-mudahan keinsafan akan mendekatkan diri kita kepadaNya. Beramal kerana Allah bukan kerana pahala amalan. Kerana pahala akan mengiringi amalan yang diredhai Allah.

    Berapa ramai dalam kalangan kita yang 'menghitung diri'?

    Hitung-hitungkanlah diri agar lebih keinsafan dalam diri dan memudahkan beribadah kepadaNya.

    TQ

    ReplyDelete
  9. Salam.. Maksudnya d sitok is kita kenak usaha untuk mendapatkan pahala bukan dengan berangan2 jak lah..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...jauhkanlah kami dari angan-angan yang melalaikan...

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan,
    Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaaat. Bersama mencari barokah Illahi. Amin.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,

    Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA keatas saudara dan semoga saudara berada dalam keadaan sihat.

    Melakukan sesuatu sama ada dalam pekerjaan atau dalam beribadah hendaklah berasaskan keikhlasan kerana menjalankan tanggungjawab yang telah dipertanggjawabkan kepada kita.

    Dengan faham begitu, seseorang tidak akan rasa sedih dan berputus asa seandainya dia tidak diberi ganjaran setimpal dengan apa yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum :)

    Semoga kitak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu:)

    Dalam mencari ilmu/pahala...mahupun dalam apa jua ...biarlah seimbang dunia dan akhirat..dan yang utama..tiada riak dihati..dan pastinya segala amalan diberkatiNya..:)

    p/s: maaf yaa ..rasa lama kamek sik singgah situk!

    ReplyDelete
  14. dengar suaranya sahaja walaupun tak faham maknanya, boleh menyejukkan hati yang mendengar..

    ReplyDelete
  15. --> Werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga kakak juga sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah Taala.

    Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka.

    Berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t, itu sahaja yang kita mampu lakukan untuk mendapat keredhaan~Nya di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  16. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga saudari juga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala

    Semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah tuhan rabbul jalil. Selain daripada itu semangat berlumba-lumba juga merupakan suatu tujuan yang paling mulia dan paling utama. Di samping itu juga kita bertanggungjawab pula agar berusaha untuk menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa kepada dosa dan murka Allah SWT.

    Afwan, sahabat..:)

    ReplyDelete
  17. --> مسافر_اسلام

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat, moga sdra pun sihat juga.

    Menjadi tanggungjawab kita untuk ingat mengingati sahabat-sahabat kita melakukan perkara-perkara kebaikan, berbuat amal dan menjauhi kemungkaran.

    “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”(QS51:55)

    ReplyDelete
  18. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu."

    p/s: Segala apa yang diucapkan Mufti Mesir dalam video tu dah semuanya diterjemahkan dalam bahasa melayu. Takder masalah rasanya untuk memahaminya.

    ReplyDelete
  19. --> Miecyber

    Mudah-mudahan keinsafan itu memperbanyakkan amal...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum

    datang menziarah blog ustaz..susah ustaz nak jadi ikhlas kan

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbt
    Nampaknya ini berkait-rapat bagaimanakah berlakunya sesuatu takdir itu ?
    Byk ayat2 AlQuran yang mentakhsiskan bahawa sesuatu takdir dan musibah menimpa ke atas makhluk telah ditentukan sebelum mereka diciptakan (Surah AlHadid:22). Oleh kerana takdir adalah ketentuan Allah SWT, maka ketentuan bagi manusia bergantung kepada amalannya kerana takdir dan amalan saling berkait-rapat! Kalau manusia tidak beramal dan tidak mahu mengubah nasibnya, itulah takdir pilihannya.
    Adapun begitu amal dan perbuatan tetap menjadi kiraan kerana sesuatu takdir itu menimpa di atas amal yang dilakukan dan amal itu berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.
    Hadith Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : " Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1).

    Demikianlah juga kisah yang berlaku dalam Bukhari dan Muslim mengenai perdebatan takdir diantara Musa as kepada Adam as dan lain-lain riwayat yang menunjukkan kita bahawa amal dan takdir itu saling berkaitan.

    Seseorang itu mendapat takdir yang menimpanya ialah berdasarkan perbuatannya dan perbuatannya itu sudah pun ditakdirkan oleh Allah swt akan apa yang akan dilakukan dan dia sendiri tidak menyedarinya. Wallahualam

    ReplyDelete
  22. assalam..

    ya Allah, aku tak upaya hadapi api nerakamu.. takut.. tp ibadah ttp berterusan.. smoga ibadah kita akan diterima.. insyaAllah

    ReplyDelete
  23. assalam..

    Nasihat ini akan saya jadikan panduan ...terima kasih.....

    ReplyDelete
  24. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah, saya akan cuba teruskan dengan nasihat seterusnya dari Imam Ghazali...

    Syukran ya mualim..

    ReplyDelete
  25. --> halawah al-iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kasih sayang ALLAH terus tercurah juga buat sahabat sekeluarga..ameen Ya ALLAH!

    Akal sehat tentu memilih jalan yang baik dan lurus. Maka demikian pulalah seharusnya kita bersikap dalam memilih jalan yang menuju kehidupan akhirat kita, hendaknya jalan ke surga itulah yang kita pilih bukan sebaliknya. Alangkah tidak adilnya manusia yang memilih kesenangan duniawi dengan akalnya namun justeru memilih kesengsaraan akhirat dengan dalih takdir dan membuang akal sehatnya.

    Terima kasih ya sahabat..:)

    ReplyDelete
  26. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    1000 tahun beribadah pun belum tentu dapat menandingi nikmat penglihatan yang Allah kurniakan kepada kita...Subhanallah

    ReplyDelete
  27. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Apa yang penting ialah dengan mendahulukan niat kerana Allah dan mengharapkan keredaan-Nya. Dan cubalah membuang perasaan riak agar tidak bercampur aduk antara keredaan Allah dan manusia.

    Jadikanlah hadis nabi ini sebagai pedoman dan neraca dalam beramal. Baginda bersabda maksudnya: “Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”

    ReplyDelete
  28. --> AmirFX

    Salam...

    Auk Mir...kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih redha Allah

    ReplyDelete
  29. --> Norsha

    Ya Allah...perkenankanlah permintaan hambamu...amin

    ReplyDelete
  30. --> Cikguzam

    Salam cikgu..

    Terima kasih kembali cikgu

    ReplyDelete
  31. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA ke atas kakak dan semoga kakak berada dalam keadaan sihat.

    Siapa yang mengharapkan tanpa amal seperti mengharapkan pahala dari Allah SWT tetapi tidak beramal, maka tidak berguna harapannya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang berbuat kebaikan tetapi tidak melaksanakan akan tidak berguna niatnya itu. Siapa berdoa tanpa usaha, seperti berdoa semoga mendapat taufiq untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk kebaikan. Siapa yang beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna istigfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti lahirnya untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya.

    ReplyDelete
  32. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Semoga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatiNya..:)

    Amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah SWT dilipatgandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya di dalam neraka jahannam.

    p/s: Kemaafanmu diterima, kamek faham kitak gik gago ngan kerja kitak..:)

    ReplyDelete
  33. --> Insan Marhaen

    Seorang Mufti dan Ulama yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan apa yang disuarakan semua berdasar kepada syariat..

    ReplyDelete
  34. --> IMANSHAH

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih ziarah ke sini. Ikhlas itu adalah roh kepada ibadat.

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.