Friday, June 03, 2011

Jangan mensyirikkan Allah

Hikam No.3 - Imam Ibnu Athaillah Asakandary
سَوَا بِقُ الْهِمَمِ لَا تَخْرِقُ أَسْوَا رَ اْلاَ قْدَارِ


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai anakku yang tercinta..

Hendaklah kalian jangan sekali-kali mensyirikkan Allah Taala. Syirik merupakan kezaliman kerana manusia menghumbankan dirinya yang telah dimuliakan oleh Allah Taala, ke kancah penyembahan terhadap suatu yang langsung tiada harga dan nilai, ataupun kerana meletakkan penyembahan bukan pada tempatnya iaitu bukan pada Allah Taala. Allah SWT menjelaskan tentang kemuliaan insan ini dalam firman~Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam." [ QS al-Isra' 17:70 ]

Alqamah meriwayatkan daripada Abdullah bahawa tatkala diturunkan firman Allah SWT:

"Orang yang beriman dan tidak bercampur keimanannya dengan penganiayaan..." Para sahabat tidak berpuas hati lalu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Siapakah di kalangan kami yang tidak menzalimi imannya?" Lalu Baginda menjawab: "Bukanlah dimaksudkan sedemikian, tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman: "Janganlah kamu mensyirikkan Allah Azzawajalla. Sesungguhnya mensyirikkan Allah Taala merupakan kezaliman yang amat besar." [ Riwayat Muslim ]

Menurut Hasan al-Basri, "Allah SWT berfirman dalam surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: "Wahai anak Adam, Aku telah menjadikan kamu dan kamu menyembah selain~Ku, kamu memohon kepada~Ku dan engkau lari daripada~Ku, engkau mengingat~Ku dan engkau melupakan Aku. Ini adalah suatu perkara yang paling zalim di muka bumi."

Allah Taala berfirman : "Sesungguhnya mensyirikkan Allah merupakan perbuatan zalim yang amat besar." [ QS Luqman 31:13 ]

Hanya ke hadrat Ilahi, dipasrahkan segala pengabdian, bukan kepada makhluk. Tidak menundukkan diri kepada manusia sebaliknya hanya tunduk kepada Allah Taala yang Maha Esa. Jika semua ini dapat dilaksanakan maka lahirlah kehidupan yang aman dan sejahtera.

Seseorang Muslim sepatutnya memastikan kemurnian akidahnya secara menyeluruh tanpa tampalan yang mencatatkan pandangan. Ia hendaklah mempersembahkan suatu yang terbaik dan yang terindah dengan menyucikan akidah daripada sebarang tampalan syirik.

Tiada Tuhan bermaksud tiada penggerak, tiada pergerakan, tiada pendiam, tiada pemberian, tiada penegahan, tiada yang mengangkat, tiada yang menurunkan, tiada kemuliaan dan kehinaan, tiada genggaman dan tiada pembukaan, tiada taufik dan tiada sekatan melainkan dengan Allah. Oleh yang demikian, seseorang menjadi tidak ikhlas melainkan apabila jika ia telah mengesakan Allah.

Hakikatnya, kelazatan mendekatkan diri kepada Allah adalah lebih besar dan hebat berbanding mendapat keseronokan maksiat yang bersifat sementara. Apabila manusia ingin melakukan perkara yang bertentangan (dengan kehendak agama), timbul persoalan, kenapakah ia ingin melakukan perkara tersebut? Jika dia inginkan manfaat kebendaan dan syahwat, wajarlah dimaklumi bahawa hanya Allah yang mengurniakan kegembiraan. Tiada kegembiraan melainkan dengan ketaatan kepada~Nya. Saat itu pasti dia tidak akan menderhakai~Nya.

Hasad dengki, ketakutan dan kemaksiatan berpunca daripada syirik. Bahkan seluruh penyakit dalaman diri sebenarnya bukanlah penyakit, tetapi ia merupakan kesakitan yang berpunca daripada syirik. Kelazatan dan keseronokan yang diinginkan daripada maksiat sebenarnya menjurus ke arah membuka keaiban. Keaiban yang terdedah akan menjurus ke arah kehancuran.

Agama merupakan akidah (pegangan) dan amal (perbuatan). Akidah merupakan pengesaan (tauhid). Amal pula merupakan ketaatan dan ketaqwaan. Oleh itu, para ulama telah merumuskan bahawa kemuncak ilmu ialah pengesaan (tauhid), dan kemuncak amal ialah taqwa. Dari sudut akhlak pula, kemuncak amal itu ialah ketaatan pada seluruh perintah Allah SWT.

PESANAN PERTAMA
Wasiat kepada anaknya
Luqman Al-Hakim

Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat~Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran~Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan~Mu yang penuh dengan kecintaan~Mu, wahai harapan orang yang merindu...Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

42 comments:

  1. Assalamualaikum saudara abdul razak. Didoakan semoga saudara sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di hari Jumaat yang mulia ni..

    Allahuakbar, thanks saudara atas entry yang sangat terkesan ni, Kebetulan pula sambil dengar ceramah Ust. Shamsuri Ahmad ni yang juga ada kaitan dengan akidah, syirik....Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita itu sendiri yang boleh menyebabkan kita syirik kepada Allah... astarfirullahalazimm..

    ReplyDelete
  2. selalu mengharapkan agar mendapat kelazatan semasa beribadah namun kesan 'nikmat' dunia selalunya memintas penghayatan itu.

    ReplyDelete
  3. لا إله إلا الله محمد رسول الل

    ReplyDelete
  4. Ass-salam dik Abd razak.
    Semuga sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah.

    Doakan agar kita sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran ini...
    Sebagai manusia ternyata kita amat lemah lagi jahil ...sentiasa terdedah kepada perkara perkara syirik tersembunyi...
    Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum,

    Pernah 'di tiup' rasa bangga bila berjaya dan terlupa mensyukuri nikmat yang dipinjamkan Allah. Bila tersedar....kalimat Alhamdulillah akhirnya dipanjatkan.

    Syaitan sentiasa membisikkan usur syirik di telinga kita.

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum Ustaz,

    tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

    moga hati ini sentiasa dilindungi dan dijauhi dari syaitan yg tidak pernah jemu menghasut dan memujuk

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentisa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

    Untuk tidak syirik kita harus meyakini dan mengamalkan bahawa:

    Tidak ada sesiapapun yang Berkuasa mendatangkan rezeki, menyempitkan rezeki, mendatangkan penyakit, menyembuhkan, memberi keuntungan, menyebabkan kerugian melainkan Allah. Allah Maha Berkuasa mentadbirkan alam bersendirian.


    Kita disuruh menyembah Allah dengan ikhlas.. kalau menyembah Allah bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk2 kepada manusia.. ini dah jatuh riya'.. sedangkan kita tahu riya' adalah syirik kecil (ayat 5 surah al-Bayyinat)

    Kita disuruh menjalankan perintah Allah yakni menjalankan ibadah seperti solat, zakat, berpuasa dan lain-lain, dan apabila mengerjakan suruhan mestilah mengikut peraturan2 yang telah disyari'atkan olehNya (surah Ash-Shura ayat 21).

    Semoga kita sentiasa dapat mengingati wasiat Luqman al-Hakim ini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustaz,

    Apabila ada pula nak gubal akta sihir kakak tertanya juga bagaimana ini? Banyak syirik yg jelas tapi tiada kekangan hingga seolah-olah menjadi perkara biasa. Akidah dan taqwa yg sering digembar-gemburkan diselit pula perkara sebegini.

    Moga kakak dikuatkan akidah dan takwa sebelum ajal menjemput.

    ReplyDelete
  9. Kdg2 benda yg kita sangka remeh dan tak apa' pun boleh mendatangkan syirik..byk adat2 lama yg seakan menjadi budaya juga boleh mendatangkan syirik..semoga dijauhkan dari perbuatan ini...apatah lagi bagi hamba ALLAH yg jahil mcm saya ni...

    ReplyDelete
  10. Salam sahabat Razak...

    Lama tak ke blog sahabat membaca tulisan sahabat..... blog saya pun tak berup-date... entah kenapa... rasa macam tak de masa nak duduk lama depan komputer nie.... semoga sahabat sihat dan bahagia selalu...

    ReplyDelete
  11. as salam kitak..

    apa khabar kitak..
    kamek bait jak..
    lamak sik singgah sitok..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum:)

    Moga kitak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu..Amin...

    Kesyirikan yang membawa kepada kerugian yang pastinya membawa kesengsaraan di sana..

    Mudah- mudahan Allah melindungi kita semua agar dijauhkan dari perbuatan syirik yang dapat menyesatkan kita & memohon petunjuk dan hidayah-NYA jua ..

    Tq yaa kitak:)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tuan. benar kita kena sentiasa mengawasi diri agar tidak mensyirikkan-Nya hatta syirik kecil sekalipun. kerana itula kita kena sentiasa memperbaharui aqidah dgn 2 kalimah syahadah itu. syukran atas artikel tuan.

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Sekali lagi datang dengar Hikam no 3 ni. Hari tu ter'skip'

    Alhamdulillah kita beriktiqad dengan ahli sunnah wal jamaah bukan qadariyah atau jabariyah.

    Benar sunnatullah tu tak berubah namun kita tak boleh menyakini bahawa Allah tidak boleh mengubahnya. Allah Maha Berkuasa sebagaimana Dia menjadikan Isa as tanpa bapa, menyejukkan api kepada Nabi Ibrahim as, menumpulkan pisau pada leher Ismail as. Jangan pula bila yakin begitu kita nak tunggu dalam kebakaran.

    Bila kita percaya begini kita menzalimi Allah SWT (Syirik).

    Pada PBAKL baru-baru ni kak ada membeli buku wasiat Luqman al-Hakim terbitan Telaga Biru. Sedang ulangi membacanya.

    ReplyDelete
  15. Assalamialikum..
    mudah2an kita dijauhkan dari perbuatan yg menjurus kepada syrik..nauzubillah..dosa yg tidak terampunkan oleh ALLAH SWT..

    ReplyDelete
  16. salam.. singgah sini dari blog kak fida..(^^~
    maceh for the entry..
    bahana syirik..mintak diri dan keluarga dilindungi dan sentiasa dalam redha dan lindungannya~insyaALLAH...

    ReplyDelete
  17. --> Afida Anuar

    Wa'alaikumusalam saudari Afida

    Saya doakan juga semoga saudarai sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping tugas seharian..amin

    You're most welcome saudari.

    Perbuatan syirik dilarang tegas oleh Islam kerana ia nyata perkara yang menyekutukan Allah. Kita sebenarnya tiada tempat lain untuk meminta pertolongan dan perlindungan kecuali daripada Allah.

    Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
    “Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan.” Sahabat bertanya: “Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “(Salah satu yang terbesar antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete
  18. --> Insan Marhaen

    Ya IM, nikmat dunia sangat terkesan di hati kita, namun tidak mustahil untuk kita berusaha untuk mengatasinya kerana dunia itu hanyalah sementara sahaja. Pujuklah hati bahawa esok di sana ada lagi nikmat yang lebih baik dari dunia.

    ReplyDelete
  19. ckLah

    Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kepada~Nyalah tempat kita memohon pertolongan...

    ReplyDelete
  20. --> hazeleyed lady

    Wa'alaikumusalan Kak Hazel

    Semoga kakak juga sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah.

    Moga Allah jauhkan kita daripada syirik pada~Nya sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan dan matikan kita semua dalam keadaan beriman kepada~Nya..amin

    ReplyDelete
  21. Asslamualaikum, singgah baca n3...Terima kasih mengigatkan kami.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum brother..
    sekarang ramai sgt manusia2
    yang menysirikkan agama dan Allah
    yang berani membuat sumpah laknat
    dan mcm2 perangai buruk manusia
    yang terlalu menonjol

    thanks for sharing here brother
    sangat2 bagus utk peringatan diri

    ReplyDelete
  23. assalam..

    subhanallah, betapa besarnya kasih Allah apalagi bila kita ttp dlm keimanan..

    ReplyDelete
  24. assalammualaikum razak...

    semoga Razak sihat hendaknya

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum sdra...

    trime kasih atas santapan rohani yg sgt bermanfaat ini...sdra telah menitipkan ilmu yg sgt berguna..trime kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  26. --> ahmad humairi

    Wa'alaikumusalam cikgu..

    Syaitan takkan pernah lupa dengan misinya untuk menyesatkan manusia dan jika kita biarkan ruang yang kosong untuknya mudah bagi untuk mencelah masuk, membisik dan menghasut kita, terutama waktu kita solat.

    ReplyDelete
  27. --> ibuintan

    Wa'alaikumusalam ibuintan...

    Moga Allah pelihara kita semua dari syirik kepada~Nya sehingga ke akhir hayat kita semua..

    ReplyDelete
  28. --> werdah

    Wa'alaikumusalam Kak Werdah

    Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang~Nya.

    Benar apa yang kakak ulaskan. Hendaknya kita berpegang dengan tali Allah serta sentiasa dekat dengan~Nya dengan melaksanakan segala perintah~Nya dan menjauhi segala larangan~Nya. Dan dengan itu akan tumbuh dalam diri kita keimanan yang jitu dan jiwa kita akan bersih tanpa dapat dapat diganggu gugat oleh bisikan syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.

    Terima kasih kakak! :)

    ReplyDelete
  29. --> Kakzakie

    Wa'alaikumusalam kak..

    Perkaranya mudah sahaja iaitu kita sentiasa ingat akan pesan Rasulullah s.a.w. iaitu kembali kepada al-Quran dan As-sunnah maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

    Yang terlibat dengan sihir itu mereka lupa tujuan mereka dicipta di dunia ini.

    ReplyDelete
  30. --> Cik SHiNJU

    Benar apa yang dibicarakan saudari, kadangkali perkara yang mendatangkan syirik, banyak tidak diketahui oleh umat Islam sehingga menjadi amalan dalam kehidupan mereka...

    ReplyDelete
  31. --> atie

    Salam sahabatku...

    Terima kasih kerana sudi singgah. Ya memang lama dah tengok blog sahabat tidak di'update'kan. Moga sahabat terus sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  32. --> Adinda Amy Sensei

    Wa'alaikumusalam kitak..:)

    Kamek sihat jak alhamdulillah..
    Moga kitak sihat juak di sinun..
    Cuti sekolah masa tok owhhh..
    Mesti kitak balit kampong masa tok..

    ReplyDelete
  33. --> Pn Kartini

    Wa'alaikumusalam..:)

    Moga kitak juak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya selalu..Amin...:)

    Perbuatan syirik akan meruntuhkan dan menyapu bersih seluruh amal kebajikan. Dalam ungkapan al-Quran, segenap perbuatan baik manusia akan menjadi sia-sia belaka.

    Kesyirikan akan membuahkan dosa yang tidak terampun. Dalam al-Quran, kita dapat menjumpai ayat yang berkenaan dengan itu, “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Ia mengampuni segala dosa selain itu, bagi siapa yang dikehendakinya”.

    Tq buat kitak juak :)

    ReplyDelete
  34. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam..

    Syirik kecil itu sangat bahaya kerana jika tidak dirawat seawalnya harus kita terjatuh dalam kancah syirik yang lebih besar...nauzubillah.

    Ubatnya tiada lain melainkan kembali kepada kitabullah kerana di dalamnya telah Allah adakan jalan-jalan khusus untuk mengubati dan membasminya. Allah berfirman yang bermaksud, ‘ingatlah! hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang [ar-Rad:28]’. Ini janji Allah dan Allah sekali-kali tidak akan mengkhianati janjiNya, ‘sesungguhnya janji Allah itu pasti tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya [Yunus:55].’ Untuk itu perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah pada setiap masa dan ketika, guna untuk mendinding hati dan menyembuhi hati dari serangan virus Mazmumah.

    ReplyDelete
  35. --> werdah

    Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

    Saya tengah tunggu Hikam No.4 dan nak upload kat N3 baru..

    Benar apa yang kakak bicarakan. Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit (tetap) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.

    Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan, hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu.

    ReplyDelete
  36. --> nyanyisunyi

    Wa'alaikumusalam...

    Moga doamu sentiasa bersama kita semua, tetap dalam ketaatan dan dijauhkan dari perkara yang menjurus kepada kesyirikan...Amin

    ReplyDelete
  37. --> senyumSOYA

    Salam..

    Terima kasih kerana sudi singgah..

    Doa dan tawakal itu adalah perbuatan yang sangat baik serta sentiasa berlaku taat kepada Allah Taala dan menegah diri dari larangan~Nya, insya Allah hati kita akan tetap bersama~Nya..

    ReplyDelete
  38. --> p@kcikLie

    Wa'alaikumusalam

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  39. --> Nur Misnan

    Wa'alaikumusalam sister..

    Peluang masih terbuka selagi roh masih berada di jasad, dan semoga dengan itu mereka kembali bertaubat kepada Allah Taala dan terampun segala dosa-dosa mereka..

    Terima kasih kembali sis..

    ReplyDelete
  40. --> maiyah

    Wa'alaikumusalam..

    Rahmat kasih sayang Allah itu Maha Luas, mohonlah keampunan, insya Allah Dia~Lah Maha Pengampun

    ReplyDelete
  41. --> a kl citizen

    Wa'alaikumusalam..

    Alhamdulillah saya sihat, semoga cikgu sihat juga hendaknya...

    ReplyDelete
  42. --> sahromnasrudin

    Wa'alaikumusalam..

    Terima kasih kembali saudara, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat saudara serta pembaca semua..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.