Friday, July 01, 2011

Anugerah agung..


بسم الله الرحمن الرحيم

Temanku yang dikasihi sekalian..

Sungguh menerima suatu anugerah merupakan sebuah kenikmatan. Lebih mengembirakan lagi apabila yang memberikan anugerah itu adalah orang yang sangat dikasihi. Namun, ada lagi yang lebih membahagiakan dan sudah tentunya perasaan gembira dan bersyukur menerimanya menjadi semakin terasa dan sentiasa menghiasi relung hati seorang manusia, iaitu apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT ke SIDRATUL MUNTAHA untuk menerima satu anugerah dan perintah yang paling agung iaitu solat lima waktu sehari semalam.

Itulah buktinya kasih sayang Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan melaksanakan perintah itu dengan tekun dan khusyuk menjauhkan kita dari kemungkaran, meninggikan derajat kita, membezakan kita orang Islam dengan orang kuffur dan menegakkan tiang agama.

Sejarah itu tetap dalam sanubari kita dan sentiasa diperingatkan saban tahun. Biarpun puluhan tahun sudah mendengarnya. Namun, ianya tidak menjemukan. Ia tetap menjadi agenda setiap masjid di seluruh tanah air kita mengadakan majlis memperingati Isra' dan Mikraj. Apakah kita mahu menyimpankan anugerah agung ini dalam tempat yang khusus seperti mana anugerah yang kita perolehi dari manusia tanpa memberi apa-apa manfaat buat kita.

Apakah kita benar-benar berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.? Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, seks bebas dan seribu satu macam masalah sosial. Semua itu berpunca daripada tidak solat.

Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)."

Amirul Mukminin, Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu mengatakan, "Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bermakna dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bahagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan sholat."

Imam Ahmad rahimahullah juga mengatakan perkataan yang serupa, "Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu. Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu."

Riwayat dari Hasan r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Umpama solat lima waktu itu seumpama sungai yang deras pada pintu seorang kamu, lagi banyak airnya, memandi ia padanya tiap-tiap hari lima kali. Maka apa yang tinggal atasnya daripada karatnya?”

Yakni, bahawasanya lima waktu itu menyucikan daripada segala dosanya. Tiada tinggal satu dosa melainkan diampunkan akan Dia, melainkan dosa yang besar-besar. Maka berkehendak ia kepada taubat.

Dan riwayat daripada Ubbadah ibn Al-Somit r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Lima solat ini difardhu Allah akan segala hamba. Maka barang siapa mendatangkan dengan dia sempurna dan tiada dikurangkan haqnya (rukun dan syarat solat) yang mengurangkan dia, adalah baginya pada Allah janji~Nya, bahawa memasukkan dia ke dalam syurga. Dan barang sesiapa meninggalkan dia dan meringankan dia dengan haqnya, tiada baginya pada Allah SWT itu janji~Nya. Jika dikehendaki dikasihankan dia. Maka jika dikehendaki diseksanya.”

Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang ada pada dirinya sifat ini, hendaklah dia segera bermuhasabah. Ini untuk mengelakkan hayat kita diakhiri dengan su'ul khatimah.

Oleh itu, marilah kita memohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita kekuatan untuk melaksanakan perintah~Nya serta kesihatan, keselamatan dan husnul khatimah.


~Rumusan Isra' Mikraj Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi~

54 comments:

  1. Assalamualaikum..:)
    moga ktk sihat di sinun..dan dilimpahi rahmat kasih sayangNya..Amin

    Bila bersolat bermakna selalu ingat dan dekat kepada Allah & cinta semakin bertambah dan jiwanya sentiasa tenang dan lapang. Sekaligus tumbuh sifat mahmudah, berbudi pekerti mulia, sabar dll.
    Andai baik solatnya..maka baiklah juga sahsiah Muslimnya...

    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak.. Semoga saudara sentiasa dikurniakan kesihatan dan kasih sayang Allah selalu, insyaAllah...

    Saya yakin, keruntuhan akhlak, jenayah, semua perkara buruk yang umat islam buat pada masa sekarang adalah kerana mereka meninggalkan solat!
    Nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Terima kasih mendoakan kamek, moga kitak juak sihat di sinun serta sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang Allah Taala..amin

    Benar kata kitak, orang yang bertakwa pada Allah adalah orang yang selalu berusaha menjaga batas –batas perintah dan larangan yang telah ditetapkan Allah terutamanya menjaga solat kerana itulah jalan untuk mendekatkan diri kepada~Nya dan di samping itu dengan ibadah lain seperti membaca al-quran, bersedekah, berpuasa dan lain sebagainya.

    Thanks kitak..:)

    ReplyDelete
  4. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga saudari juga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kasih sayang Allah sentiasa, insyaAllah...

    Memang benar, pembentukan akhlak seseorang Muslim itu agar tidak terpengaruh dengan perkara yang mungkar ialah dengan memelihara ibadah solat, kerana Allah SWT telah menjelaskan betapa ibadah tersebut boleh mencegah dari perbuatan mungkar sebagaimana firman~Nya yang bermaksud,

    "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (QS Al-Ankabuut : 45)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum brother...
    Alhamdulillah.. setiap pagi bila bangun
    sentiasa bersyukur kepada-Nya
    kita masih lg bernyawa...

    peringatan ini sentiasa kita ingat
    bukan untuk esok atau lusa
    tapi utk selamanya.... thanks
    brother...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.

    terima kasih atas rencana ini yang memberi peringatan dan menimbulkan keinsafan akan peri pentingnya kita menjaga kesempurnaan solat.

    terima kasih juga kerana menyertakan video yang punya sarikata.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,
    t kasih & jzzkhier...
    kebetulan n3 yg sy rancangkan hari ini juga berkaitan solat w/pun tidak sehebat n3 sahabat.

    boleh kiranya saya mengambil2 bahan2 tazkirah utk rakan2 di sana melalui blog sahabat.

    mmg sy sgt setuju bhw akibat mengabaikan solatlah umat hilang kekuatan diri dan merana.

    tolong doa2kan

    ReplyDelete
  8. salam
    saudara Abdul Razak
    moga saudara sihat hendaknya..
    solat tiang agama, maka berusahalah menjaganya kerana tanpa tiang,goyahlah agama itu..
    wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Salam Israk Mikraj untuk ktk..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ustaz...

    Terima kasih atas pesanan ini...

    Video tu xleh nk tgk..line problem..
    nt saya download dr youtube..

    ReplyDelete
  11. assalam..

    sy klau gi spital pasti dah msuk zuhur, sy bleh buat jamak tp rsa nk jg buat.. klinik ttup, buka kul 2 jd sy bik wuduk dan solat kat tepi je.. klau ada org lalu terkejut tgk ada kelibat org

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    benar ya ustad, di zaman sekarang, solat tidak lagi diambil berat....

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.

    Ada banyak perkara yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra' mikraj ini dan yang paling utama ialah di “Fardhukan Solat Lima Waktu” kepada kita kaum muslimin.. kemudian digandakan 1 rakaat kepada 10.. betapa beruntung jika mengingatiNya dan disiksa jika meninggalkan solat.

    Allah berfirman maksudnya :

    "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.(Surah Taha [10] : 14)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum. jum-le kita solat ramai-ramai..(berjemaah lg dituntut). tidakkah solat amalan yg pertama dihisab diakhirat kelak? ana pun tgh merancakkan usaha solat (terutama di awal waktu)...

    ReplyDelete
  15. Memang solat ini berat. ianya hanya untuk mereka yang sabar..

    ReplyDelete
  16. salam akhi, peringatan yang sangat berguna kepada umat sekarang yang semakin jauh dengan menunaikan tuntutan solat....moga Allah meringankan badan ke arah ibadah dan dijauhkan kita semua daripada seksaan api neraka

    ReplyDelete
  17. Semakin lama kita semakin jauh dari Islam. Bukan salah sesiapa tapi salah kita sendiri kerana terlampau menurut nafsu.

    ReplyDelete
  18. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Subhanallah..' Anugerah Agung '
    Mudah-mudahan solat yang kita dirikan ada nilainya disisi ALLAH..Insya-ALLAH

    Jazakallahukhair ya syabab, Moga ALLAH redha dan kasih selalu :-)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Saudara Abd Razak

    Semoga Allah mengurniakan Abd Razak kesihatan yang baik.

    Membaca dan mendengar kisah Israk Mikraj ini memang selalu menyedarkan kita. Semoga kita tidak termasuk orang yang menganggap remeh tentang solat.

    ReplyDelete
  20. Allah,,

    bergetar hati saya membaca entri Saudara ini,, terima kasih ya,,

    benar, solat itu berat untuk di laksanakan bagi orang2 yang jauh drNYA

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Saudara Abd Razak!
    Entry ini sangat berguna untuk kita saling memperingati.Sesungguhnya manusia mudah lupa dan lalai.Semoga Entry ini dapat memberi kesedaran kepada mereka yang suka meninggalkan solat.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.
    Anugerah teragung, solat 5 waktu, walau hanya 5 tetapi ganjaran menyamai 50 yang fardhukan asalnya.

    Pun demikian masih ada yang lalai dalam mengerjakannya, dek kesibukan yang seperti tiada akhirnya, sehingga lupa asal usul dan sejarah penciptaan manusia yang diciptakan untuk b eribadah kepadaNya...

    TQ

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum

    Maaf, lama sudah tidak menitip bicara di sini. Menziarah, tapi sekadar sempat melihat sekilas pandang. Masa seringkali mengekang diri ini.

    Benar, solat merupakan ibadah istimewa kerana kita berhubung terus dengan Allah tanpa hijab.

    Seharusnya kita merebut peluang ini agar segala karat yang melekat terkikis, terkikis dan terus terkikis.

    Erm, peringatan lebih kepada diri sendiri yang sering alpa...

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  24. --> Nur Misnan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah...sungguh tandanya orang-orang bersyukur itu dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya.

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  25. --> al-lavendari

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama Tuan Haji, peringatan dan nasihat untuk saya juga ni.

    "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (QS Toha: 132)

    ReplyDelete
  26. --> aku HIV positif

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali, ambillah apa yang ada di sini untuk peringatan kepada semua..

    Sesungguhnya meninggalkan solat itu terlalu banyak akibatnya. Allah kurangkan keberkatan umurnya serta rezekinya dipersempitkan. Doanya tertolak dan tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  27. --> zulkbo

    Salam saudara Zul

    Moga saudara sihat juga hendaknya..

    Sabda Rasulullah SAW: "Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan". [Al- Bukhari]

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,

    Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya. Peringatan yang selalu didengar dan di baca ini moga memantapkan lagi kefahaman saya mengenai solat, terima kasih.

    ReplyDelete
  29. --> AmirFX

    Terima kasih ngan kitak Mir..

    ReplyDelete
  30. --> Cik SHiNJU

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali...eloklah download kerana ada pesan yang sangat baik di dalamnya..

    ReplyDelete
  31. --> maiyah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Menjaga solat itu sangat dituntut dalam Islam, solatlah di mana-mana asalkan tempatnya bersih...

    ReplyDelete
  32. --> Norsha

    وعليكم السلام ورحة الله

    Bimbang jika tidak menjaga solat akan dicampakkan sifat munafik di dalam hati. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "..yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir adalah solat."

    ReplyDelete
  33. Salam saudara Razak..

    Terima kasih atas perkongsian yang sanggat baik untuk kami semua.... solat adalah tiang agama ..... kalau condong tiangya maka segetlah rumahnya.....

    ReplyDelete
  34. --> werdah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga kakak beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.

    Pengajaran isra' dan mikraj bukan sekadar peristiwa-peristiwa di dalamnya sahaja tetapi berlakunya peristiwa itu sendiri juga menguji tahap keyakinan jiwa umat Islam terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu. Ia adalah hal jiwa dan hati.

    Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu meyakini TIADA Tuhan melainkan Allah SWT dan Muhammad s.aw. adalah Rasulullah Nabi terakhir..

    ReplyDelete
  35. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Jika semua bersemangat seperti saudara, saya rasa masjid pasti penuh setiap waktu solat seperti solat jumaat.

    ReplyDelete
  36. --> insan marhaen

    Solat melatih insan menjadi sabar..

    ReplyDelete
  37. salam alaik akh, ape khbr?

    syukran utk artikel yg sarat dgn peringatan, moga menjadi muhasabah buat smua yg mmbacanya :)

    assolatu 'imaduddin..org yg menjaga solat inshaAllah tratur kehidupan hariannya dan kejayaan hamba yg sebenar adalah adalah berjaya utk khusyu' di dlm solatnya.

    ReplyDelete
  38. --> Mohamadazhan.com

    Salam alaik..

    Solat adalah suruhan yang tidak dapat tidak mesti disempurnakan setiap umat Islam. Mereka yang menunaikan solat akan diberi ganjaran pahala dan hidupnya sentiasa mendapat nikmat serta rahmat daripada Allah.

    Oleh itu, adalah menjadi kewajipan untuk kita semua menjaga solat kita.

    ReplyDelete
  39. --> Tirana

    Benar apa yang dikata, semestinya kita perlu muhasabah diri, sentiasa beringat bahawa setiap apa yang kita lakukan baik atau buruknya, semuanya akan mendapat balasan setimpal yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  40. --> IMANSHAH

    Memelihara solat mempunyai pengertian luas. Antaranya, memperbetulkan bacaan, tertib melakukan solat dan menunaikan solat tepat pada waktunya. Insya Allah jika semuanya terpelihara, solat pasti diterima..

    ReplyDelete
  41. --> (◕‿◕)✿ Ahlia Iman

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sungguh solat itu anugerah agung kerana solat merupakan makanan rohani yang berterusan kepada iman seseorang dan sebarang kelalaian tidak mampu melemahkan atau mematikan iman di dalam hati insan.

    Afwan ya syabab, moga ALLAH kurniakan redha~Nya dan kasih~NYa selalu :-)

    ReplyDelete
  42. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga Allah mengurniakan juga buat kakak kesihatan yang baik.

    Solat mengingatkan manusia akan identiti kita yang sebenar iaitu sebagai hamba. Kekadang dalam kesibukan mengurus hidup , kita lupa akan hakikat diri kita sehingga lahir sifat sombong , takbur dan bangga dengan pangkat , kedudukan dan kekayaan yang kita miliki. Dengan datangnya waktu solat kita dapat memperbaharui ingatan kita bahawa kita hanyalah hamba.

    ReplyDelete
  43. --> Mutiara Bernilai

    Bila hati itu penuh dengan sifat-sifat mazmumah, maka beratlah tubuh itu untuk melakukan solat..

    ReplyDelete
  44. --> Cikgu Tie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Masalah utama adalah berpunca dari kelemahan iman. Solat itu ringan dan menyeronokkan bagi orang yang sihat imannya. Solat itu berat dan membosan bagi orang yang sakit imannya.

    ReplyDelete
  45. --> Miecyber

    Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan buat saudara..

    ReplyDelete
  46. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.

    Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.

    ReplyDelete
  47. --> Ros Illiyyuun

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya, tak mengapa. Tugas guru memang cukup mencabar sehingga terpaksa berkejar dengan masa.

    Solat adalah tanda kepatuhan dan ketaatan hamba kepada ALLAH `Azza wa Jalla. Setiap pergerakan dan susun atur cara melakukannya telah ditetapkan oleh ALLAH melalui tunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w.

    Nilai ini adalah satu nilai istimewa yang tidak ada pada manusia yang tidak Islam.

    ReplyDelete
  48. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Saya men'amin'kan doa cikgu. Ya, kita sentiasa diingatkan agar menjaga solat kita setiap hari dan ketika agar kita tidak mudah lupa dan lalai..

    ReplyDelete
  49. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Tinggalkan solat bermakna kita tinggalkan Allah..

    ReplyDelete
  50. --> atie

    Salam ya sahabat

    Terima kasih juga buat sahabat kerana sudi ke sini. Solat itu membezakan antara orang Islam dan orang kafir.

    ReplyDelete
  51. --> Melatidaisy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat, dan berharap ukhti pun demikian juga..:)

    Berjayalah kepada orang yang menjaga solatnya. Bukan sahaja menjaga solat dari segi waktu yang diafdalkan, malah jua kerana khusyuk dan khudu’ (rendah diri) ketika melaksanakan.

    “Sungguh beruntung orang-orang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.” (QS al-Mukminun:1-2)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.