Thursday, November 15, 2012

Munajat awal tahun


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
yang semulia-mulia pesuruh~Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Keluarkanlah kami dari kehinaan. Bersihkan kami dari keraguan.

Sucikan kami dari kesyirikan. Bebaskan kami dari belenggu dosa yang lepas.

Tolong dan bantulah kami. Pada~Mu jua kami berserah diri.

Jangan jadikan untuk beratnya beban. Hanya pada~Mu kami bermohon.

Jangan tinggalkan kami dalam kekecewaan.

Kerana pada kurnia~Mu kami berharapkan.

Janganlah Engkau tolak kami bermohon.

Dan mendatangi-Mu dengan penuh harapan.

Jangan jauhi kami dalam ketertinggalan.

Kami berada di pintu~Mu.

Janganlah usir kami dari sisi~Mu.

Kabulkanlah semua hajat kami

Jadikan tahun ini penuh kebahagiaan

Sehingga kami memasukinya dalam keadaan sihat afiat

Kian bertambah banyak amal kebajikan

Berilah petunjuk kepada kami berjalan atas jalan terang terpuji

Ringankan bagi kami segala perkara yang memberatkan kami

Tambahkan bagi kami ilmu dan kebaikan

Begitu juga dengan pemberian-pemberian~Mu,

Tambahkanlah untuk kami...Ya Rabb

Aamiin Ya Rabbial 'alamin

37 comments:

  1. Assalamualaikum. Selamat menyambut Maal Hijrah ustaz. Doakan semoga iman dan taqwa saya menjadi lebih kuat untuk hari- hari yang mendatang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih cikgu, salam maal hijrah.

      Moga Allah kurniakan buat cikgu keimanan dan ketakwaan yang mantap dan berkekalan dalam meniti kehidupan ini...aamiin

      Delete
  2. Amin Ya Rabbial 'Alamin....

    Selamat tahun baru hijrah, Razak. Semoga kita diberkati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Tirana...

      Selamat Tahun Baru Hijrah..:)

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah

    Mudah-mudahan kita semua sentiasa muhasabah diri dalam meneruskan usia /nikmat kehidupan agar sentiasa diredhai Allah SWT. Allahumma Aamiin

    Salam Ma'al Hijrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah...aamiin

      Imam Al-Hasan berkenaan dengan ayat ini: "Sesungguhnya, seseorang hamba itu, sentiasa dalam kebaikan, jika dalam dirinya ada seruan yang mencela dirinya, dan muhasabah diri merupakan sifat keutamaannya".

      Salam Maal Hijrah..:)

      Delete
  4. Salam Maal Hijrah saudara...Moga bertambah iman kita dan bertambah amalan kita pada Allah...Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Salam Maal Hijrah juga buat kakak..

      Semoga Allah s.w.t. berikan kepada kita kekuatan untuk merealisasikan misi hijrah dalam diri kita agar kita dapat mencontohi Saidina Rasulullah s.a.w. dalam perkataan, perbuatan dan hal hubungan hati Baginda s.a.w. dengan Allah SWT...

      Delete
  5. Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga buat saudara..

      Delete
    2. salam tuan
      Pg sabtu mencari sesuatu di blog tuan.

      Delete
    3. Salam..carilah yang boleh melembutkan jiwa..

      Delete
  6. Assalamualaikumu ustaz,

    semoa hari2 yg kita lalui ini mendapat keredhaan Ilahi...aamiin

    salam maal hijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin aamiin ya Rabbial alamin..

      Salam Maal Hijrah..:)

      Delete
  7. Assalamualaikum

    Salam Maal Hijrah ustaz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukran ya ustazah...

      Salam Maal Hijrah..:)

      Delete
  8. Salam kepada ustaz dan sahabat...
    Syukur Alhamdulillah Allah telah perkenankan untuk kita meneruskan perjalanan kita yang entah sampai bila...
    Semoga hari2 yang mendatang akan mendapat keredhaanNYA, mendapat keberkatan dariNYA, mendapat beribu rahmat dariNYA..
    Slam Maal Hijrah 1434 buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Beruntunglah mereka yang mengenal kekurangan pada dirinya dan cuba berubah dan muhasabah diri.

      Terima kasih..

      Delete
  9. Assalamualaikum..

    Aamiin...Ya Rahim
    Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa 'menemani' kita dlm mengharungi kehidupan yg penuh dgn ujian dan dugaan ini.

    Salam Jumaat sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam Jumaat..

      Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri, cuba memperbaiki diri dan memohon kepada Allah keampunan.

      Syukran ya sahabat..

      Delete
  10. Assalamualaikum..

    Salam maal hijrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Salam Maal Hijrah juga buat saudara...

      Delete
  11. Salam Maal Hijrah 1434H brother sekeluarga..
    semoga tahun ini hajat + impian + hijrah kita
    lebih baik dari sblmnya..

    Thanks for sharing doa ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga buat Sister sekeluarga..

      Terima kasih kembali...:)

      Delete
  12. semoga ditahun ini akan lebih baik dari pada tahun kemarin, selamat tahun baru hijriyyah tadz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran...moga Allah permudahkan segalanya...aamiin

      Delete
  13. Salam maal hijrah.. semoga berkah selalu sekeluarga :)

    ReplyDelete
  14. Aminn...
    Moga Allah perkenankanlah doa kami...

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kitak :-)

      Moga kita semua tetap istiqamah dalam beribadah kepada~Nya..

      :-)

      Delete
  15. salam kenal, salam maal hijrah..

    semoga ALLAH tetapkan iman kita. INSYALLAHH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga buat Azian..

      Terima kasih kerana sudi singgah dan moga kesempatan berada di tahun baru hijrah dipenuhi dengan amalan soleh guna untuk dibawa bekal kembali kepada~Nya kelak..

      Delete
  16. salam ust, terima kasih atas perkongsian. mohon doakan saya juga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali, moga Allah mengurniakan saudara kehidupan yang baik di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak...aamiin

      Delete
  17. Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih...selamat menyambut tahun baru hijrah :)

      Delete
  18. Salam Sahabat ^.^

    Semoge kita semua sentiasa muhasabah diri dalam meneruskan setiap kehidupan agar sentiasa diredhai ALLAH.Syukran

    Salam Ma'al Hijrah...
    **moge sihat**

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.