Friday, November 30, 2012

Keringat...


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat semua,
dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

Biarlah keringat itu tidak menyedapkan ketika mengerjakan solat asalkan...

Biarlah keringat itu tumpah di bumi haram ketika mengerjakan haji dan umrah asalkan...

Biarlah keringat itu kering dari badan ketika mengerjakan ibadah puasa asalkan...

Biarlah keringat itu keluar dengan banyak ketika bekerja di jalan Allah asalkan...

Biarlah keringat itu membasahi baju ketika beramar makruf nahi mungkar asalkan...

Biarlah keringat itu mengalir tak sudah dalam berjihad 'fi sabilillah' asalkan...

Biarlah keringat itu membuahkan ketidakselesaan dalam membantu umat Islam asalkan...

Biarlah keringat itu mencurah keluar dalam mengerjakan semua ibadah kepada Allah SWT asalkan ianya tidak menuntut kita di padang mahsyar kelak seperti kata Imam al-Ghazali, "Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajuud, membantu orang Muslim atau beramar makruf nahi mungkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti."

Ketika di padang mahsyar kelak, jutaan manusia dikumpulkan dan ketika itu matahari sungguh dekat dengan manusia dan saat itu tubuh manusia akan basah dengan keringat. Dalam hadith Muslim dari al-Miqdad bin al-Aswad, Nabi s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu batu. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai mengikut amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian mereka yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya."

Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih al-Bukhari berkata, "Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar dan seterusnya.

Wahai orang yang lupa, jangan biarkan keringatmu menuntut untuk keluar di padang mahsyar kelak.
Kembalilah kepada Islam, kerjakan segala perintah Allah dan jauhi segala larangan~Nya.
Moga kamu selamat di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam...

22 comments:

  1. Assalamualaikum..:-)
    Tidak dpt digambarkan dek akal keadaan di Padang Mahsyar...semua bergantung dgn amalan masing2..
    Terimakasih ktk utk peringatan tokk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya kitak, hati sering merasa bimbang adakah amalan kita diterima Allah dan mencapai keredhaan~Nya. Harapan hanya kepada~Nya jua kita mengharapkan keselamatan di Padang Mahsyar kelak..

      Terima kasih kitak juak...:)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin

    Allahu Rabbi....gerunnya memikirkan hari yang keringat memenuhi segala ruang..

    Andai keringat sentiasa mengalir tika berada di sini di atas jalan redhaNya maka di sana tiadalah lagi keringat yang akan merenjis keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin

      Hati sering menaruh kebimbangan bila memikirkan hal ini kak!

      Moga segala kepayahan yang kita lakukan atas nama keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab kita aman dari bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar kelak.

      Delete
  3. Assallamualaikum Wr Wb, Tahniah dengan artikel ini. Saya banyak belajar dari artikel dan postingan Bang Abd Razak hari ini. I really learn a lot from this posting indeed. Ikhlas Tapi jauh. (Asep Haryono.Indonesia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Subhanallah, alhamdulillah semuanya atas izin Allah dan segala kebaikan itu semuanya datang dari~Nya. Moga kita semua sentiasa dikurniakan~Nya ilmu yang manfaat.

      Delete
  4. Assalamualaikum ustaz, semoga ustaz juga dalam keadaan sihat sentiasa..aamiin

    MasyaAllah...semoga keringat kita yg telah keluar tidak sia2kan ustaz, berusaha menuju ke jalan Allah dan mengikut perintahNYA...InsyaAllah, terima kasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Alhamdulillah syukur atas nikmat kesihatan yang diberi~Nya...

      Begitulah harapan kita, moga usaha dan penat lelah kita selama ini menjadi sebab mendatangkan keredhaan Allah SWT kepada kita semua.

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    InsyaAllah..
    sama2 berusaha..
    semangat!

    Moga mendapat Hasanah di dunia & akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Kekuatan dan kesabaran
      dipohonkan kepada~Nya.

      Moga Allah redha.

      Delete
  6. Salam'alaik...

    Subhanallah, begitu menyentap tangkai hati...Allahu Rabbi:(
    Bohot2 syukran ya syabab, atas renungan penuh hikmah, Alhamdulillah..
    Moga selamat perjalanan kita semua ke kampung abadi, kerna dsitu bakal terhurai segalanya...ALLAH, padaMu kami mohon keampunan, rahmatilah kami, aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ya sahabat...afwan, moga Allah meneguhkan keimanan kita sehingga ke akhir hayat dan mendapat keampunan~Nya, dan berbahagia di sisi~Nya.

      Biarlah lelah di dunia ini yang cuma sedikit dan begitu singkat asalkan di akhirat kelak kita terlepas dari lelah yang sangat menyulitkan.

      Delete
  7. semoga saja keringat yang keluar dari kita semua betul betul tercurah demi membela agama kita

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله

    "الدنيا مزرعة الأخرة"

    keringat..
    bila kerana Allah, nilainya pasti di sisi Allah.
    bila kerana selainNya, hanya menanti lelah yang tiada indah.

    *mengharap dikurnia kekuatan menyerah segala keringat hanya untuk Allah.
    jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

      Teruskan usaha dengan keringat mencurah,
      Jangan biar nafsu menguasai diri,
      Jangan biarkan syaitan bermaharajalela di hati,
      Segalanya hanya kerana ALLAH,

      Insya ALLAH…

      Delete
  9. Allah SWT tidak jadikan manusia itu sia-sia..dan jangan biarkan anak-isteri, harta2, rumah, menjadi penghalang utk bekerja di jalan Allah..





    ReplyDelete
  10. salam kunjungan dan done follow...blog anda telah menjadi blog list di blog BisikanN Nurani..http://wwwpesona-zieka.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. salam sahabat...

    keringat - moge menjadi saksi kita nanti...syukran sahabat ^_^

    **coretan canteeq**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sahabat..:)

      Biar ia keluar di dunia ini agar ia tidak menuntut di akhirat kelak

      :)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.