بسم الله الرحمن الرحيم
Pepatah melayu ada menyebut, cubit paha kanan paha kiri akan terasa sakit.
Begitulah juga keadaan kita umat Islam di sini. Bila mendengar saudara seaqidah dengan kita terus dizalimi di Palestin, Syria, Iraq dan tempat-tempat lain, perasaan sedih, marah, geram dan seumpamanya berkecamuk dalam hati masing-masing. Tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan dengan berdoa kepada Ilahi agar mereka dalam pemeliharaan Allah SWT. Lebih afdalnya kita lakukan qunut nazilah dalam solat fardhu.
Dalam keadaan kehidupan hari ini musuh-musuh umat Islam kian bertambah. Musuh datang menyerang dari hadapan dan belakang, kiri dan kanan, serta dari atas. Syaitan musuh utama kita, sememangnya diketahui datang dalam bentuk yang tidak kelihatan. Serangannya tidak pernah berhenti namun Allah dan Rasul sudah mengajar kita cara untuk memerangi mereka meskipun ia tidak tampak.
Kemudian, datang pula serangan dari Yajuj dan Makjuj. Walaupun mereka belum datang dalam bentuk zahirnya tetapi dakyahnya sudah melanda umat Islam dan ramai dari kalangan umat Islam sudah terpedaya.
Pengikut Dajjal pula sudah berkeliaran menyesatkan manusia. Akan datang suatu masa kelak Dajjal akan timbul dalam alam yang nyata. Jika iman umat Islam pada masa itu tidak mantap pasti akan tertewas.
Dan kini, golongan Syiah sudah mula menunjukkan taringnya.
Ajaran Syiah mula berkembang di Malaysia seawal tahun 1979 dan sehingga kini bilangan orang melayu Islam yang telah mengikuti ajaran ini telah mencecah 300,000 orang di seluruh Malaysia. Suatu angka yang amat membimbangkan dan meningkat saban tahun kerana golongan ini gigih menyampaikan dakyah mereka.
Saksikanlah video di bawah ini sebagai peringatan buat kita semua.
Kalau tak silap video ini ada 5 siri kesemuanya.
Fahaman dan kepercayaan golongan ini jelas bercanggah dengan akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras akidah dan pegangan umat Islam di Malaysia. Golongan ini menganggap manusia yang tidak sealiran dengan fahaman mereka adalah "al-Nawasib" sama seperti orang-orang yahudi menganggap manusia selain yahudi sebagai "goyim" iaitu lembu atau manusia yang tiada nilai apa-apa. Mereka berlindung di sebalik "Taqiyyah" iaitu berpura-pura sehingga sukar dikesan fahaman dan anutan mereka. Seperti mana diketahui umum, syiah aliran Nusairiyah dari kelompok Bathiniah kini sedang menyembelih, merogol dan membakar masjid umat Islam di Syria dan Iraq.
Berhati-hatilah dengan golongan ini kerana jumlah mereka kian bertambah di negara kita Malaysia! Tidak hairan jika bilangannya sudah ramai satu masa kelak negara kita pun bisa menjadi negara seperti Syria dan Iraq. Mereka beranggapan bahawa darah orang Islam Sunni halal dan wajib dibunuh. Itulah yang berlaku di Syria, Iraq, Palestin.
Marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar dengan melakukan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan~Nya, dapat menjaga aqidah kita serta anak-anak keturunan kita dan seluruh umat Islam dari tersungkur kepada musuh-musuh ini.

السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletesemoga saudara sihat hendaknya..
risau juga bila melihat ramai jemaah
syiah (Iran) yang membuat saf solat di surau
KLCC sudah semakin ramai, menandakan
golongan ini sudah tidak segan lagi
menunjukkan pegangan mereka di khalayak
(saya sendiri pernah termasuk saf mereka
bersolat)
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSemoga saudara sihat juga hendaknya..
Dulu masa saya ziarah negara Iran, kami tak mahu solat bersama mereka kerana pegangan mereka sudah lari dari syariat. Bimbang juga akan perkembangan mereka di negara kita.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteFahaman Syiah memang menular sekarang..
Sabtu lepas saya menghadiri ceramah Maal Hijrah Ustaz Najmi Karim ni di Masjid As Salam Bukit Sentosa..
Di awal ceramah, ustaz mengingatkan tentang bahaya Syiah.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteElok benar ada penerangan mengenai bahayanya syiah ini kepada umat Islam di negara kita.
salam tuan
ReplyDeleteBerdoa dan terus berdoa,.itulah tirana aduka..buat seluruh saudaraku disana.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa saudara, kita yang jauh ini, seharusnya kita sentiasa berdoa untuk mereka...
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah.. Aamiin
Sungguh, kiri kanan luar dan dalam terdapat musuh yang perlu dihadapi. Itulah ujian buat kita.
Kepada saudara yang terkena musibah kita teruskan berdoa.
Tentang syi'ah ini pula memang perlu dirisaukan. Semoga kita tetap berada dalam jamaah ahlus sunnah wal-jama'ah.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas doa kakak, moga kakak juga sentiasa beroleh kesejehateraan dan dalam redha Allah...aamiin.
Biar pun musuh datang dari semua arah, harapan kita adalah hanya kepada Allah kita mohon pertolongan agar kita tetap dapat mempertahankan islam dan juga aqidah kita.
Umat Islam yang hidup di dunia yang akhir zaman mendepani berbagai ideologi dan ajaran yang bertentangan dengan wahyu Ilahi. Apakah kita terus alpa tanpa tindakan dan bicara? Justeru itu, menguatkuasakan di peringkat jabatan Agama Islam di negeri-negeri perlu disungguhkan. Manakala kaum muslim memegang peranan penting mata dan telinga terhadap sebarang dakyah menyesatkan.
ReplyDeleteDiriwayatkan oleh Imam Thabrani, ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”
Alangkah indahnya seantero umat Islam berpegang kukuh kepada Al-Quran dan As-sunnah dan ini membawa setiap hamba-hambaNya selama-lamanya tidak tenggelam dalam kesesatan nyata.
Ya saudara, setiap umat Islam perlu memainkan peranan agar diri, keluarganya serta masyarakat sekelilingnya sentiasa diingatkan akan bahayanya ajaran yang bertentangan dengan Islam, di samping kita membantu Jabatan Agama Islam membanteraskan gejala ajaran sesat.
DeleteTakut pula mendengarnya, apatah lagi membaca komen zulkbo di atas :(
ReplyDeletePada zahirnya golongan ini memang nampak elok tapi jika diamati, pada mereka kita golongan sunni ni halal bagi mereka untuk dibunuh...
DeleteAssalammualaikom wbt Ustaz...
ReplyDeleteDitempat ana sekarang ini mejoriti Syiah. Tapi mereka tidak berbalah sesame Sunni. Allhamdullah...
Doakan ana ye...
JazakaAllah
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteAllahu Akhbar, moga dirimu dan keluarga sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT...aamiin
assalamualaikum usatz,
ReplyDeletekalau diingati, tak terkata bila melihat penderitaan yg mereka hadapi..doa selalu ada buat mereka..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMeskipun dalam penderitaan iman mereka tetap teguh dan mempertahankannya biarpun kena siksa dan dibunuh.
Pernah masuk ke dalam rumah seorang kawan di Gombak, terpampang potret besar Ayatollah Khomeini, apabila bertanya mengenai ini, beliau cuma berkata mereka org2 Syiah mempunyai hujah2 mereka sendiri..disebabkan masa tu tidak byk pengetahuan mngenai gerakan Syiah, tak dapat berhujah dgn lebih lanjut..
ReplyDeleteApabila baca fahaman syiah mengenai sahabat2 nabi terutama Sayyidina Abu Bakar dan Omar, memang rasa geram dan sedih..
Semoga kita berupaya memelihara aqidah yg betul hingga ke akhir hayat.
Ya, mereka mengkafirkan semua sahabat Nabi terutama Sayidina Abu Bakar As-sidiq dan Sayidina Umar al-Khattab kecuali 4 orang. Mereka sebut dalam kitab mereka. Namun, bila kita bertanya hal ini mereka akan berdalih..
Deletesemoga kita tidak tergolong dari golongan yang tersesat. Marilah berlumba2 mencari redhNya dan memohon agar diberi syafaat nabi junjungan akhir zaman.
ReplyDeleteAamiin aamiin ya Rabbial 'alamin...
DeleteDi Sabah pun sudah ada golongan ini..
Berhati-hatilah dengan golongan ini, jazakumullah tadz atas tadzkirahnya semoga saja kita terjauhkan dari golongan sesat ini
ReplyDeleteTerima kasih kembali...
Deletesalam tuan.
ReplyDeleteZiarah di pg selasa yg damai.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih atas kunjungan...
salam tuan
ReplyDeleteMohon doaa dari tuan untk anak ta.thanks
Moga anak tuan sudah sembuh sepenuhnya...
DeleteSalam sahabat semoga dirahmati dan sihat selalu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
DeleteDidoakan semoga sahabat pun demikian juga...
Assalamualaikum,,
ReplyDeleteTakut & berharap.
Semata-mata Allah.
Moga Allah kasih dirimu.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteHanya kepada Allah SWT jua kita berserah diri dan perlindungan dari~Nya daripada fitnah dunia yang semakin banyak tersebar...
Moga Allah kasih dirimu jua..
salam Tuan
ReplyDeleteMelawat tuan di pg jumaat yg damai dan tenang..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSyukran atas kunjungan...