Friday, November 09, 2012

Waspada pada 6 perkara



بسم الله الرحمن الرحيم


Khalifah Usman ibn Affan r.a. berkata, "Hendaknya seorang mukmin merasa takut dalam 6 perkara iaitu :

1. Takut kepada Allah kalau-kalau Allah mencabut keimanan darinya.

2. Takut kepada malaikat khafadah kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang memalukan pada hari kiamat.

3. Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosak akan pahala amalnya.

4. Takut malaikat Izra'il kalau-kalau dia mencabut nyawa dalam keadaan lupa diri kepada Allah.

5. Takut kepada dunia kalau-kalau dunia itu membuat dia terlena.

6. Takut kepada keluarganya sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka pun menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingat Allah.


Catatan :

Malaikat Hafadhah ialah malaikat penulis amal sesuai dengan perkataan Usman ibn Affan bahawa Ibnu Mas'ud suka berdoa dengan doa berikut ini.

اَلَّلهُمَّ اِنِّىْ اَسْئَلُكَ اِيْمَا نًالاَيَرْتَدُّ وَنَعِيْمًا لَايَنْفَذُ وَقُرَّةَعَيْنٍ لاَيَنْقَطِعُ
وَمُرَافَقَةَ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ فِى اَعْلَى جِنَانِ اْلخُلْدِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keimanan kepada~Mu yang tidak pernah pudar, kenikmatan yang tidak pernah habis, bidadari syurga yang selalu suci dan berilah aku kedudukan yang dapat mendampingi kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di dalam syurga yang paling tinggi dan kekal abadi."

[ Petikan dari Kitab Nashaihul Ibad karangan Ibnu Hajar al-Asqalani ]


Teman, jangan berpuas hati berada di jalan yang lurus sekarang, takut-takut ia bengkok di penghujungnya. Biarlah lurus dan terus kekal lurus sampai ajal datang menjemput. Ingat pesanan Rasulullah s.a.w., "Ada di kalangan kamu yang melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dengan syurga hanya tinggal sehasta untuk memasukinya, datang baginya ketentuan maka dia berubah melakukan amalan ahli neraka. Lantas dia dimasukkan ke dalam neraka!" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sekian jumpa lagi, moga ada manfaatnya...


33 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara Abd Razak,
    Semoga sihat sentiasa

    Terima kasih atas ingatan yang bagus ni. Sama2lah kita berdoa semoga kita tidak sesat di penghujung jalan. Semoga Allah tetapkan kita dijalan yang lurus. Saya minta izin masukan gambar dan kata2 Khalifah Usman bin Affan di dalam fb saya untuk dikongsi bersama sahabat2 fb saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak sihat juga di sana...:)

      Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan, maka jika terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan maksiat, eloklah insaf dengan segera.

      Ya kak, saya izinkan, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak.

      Delete
  2. Istiqomah itu kini dn nanti...
    Smga kelak kita pulang dlm kondisi husnul khotimah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan ke Syurga hanya berbekalkan Akhlak Mulia dan Taqwa...

      Delete
  3. السلم عليكم ورحمة الله
    Harapan saudara selalu sihat hendaknya..
    terima kasih selalu berpesan-pesan demi
    kebaikan, semoga Allah sentiasa memberi
    kita semua umat islam bersatu ke arah
    kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa..
      Amar makruf nahyu mungkar merupakan usaha meraih kebaikan dan mencegah kejahatan kerana keduanya bagaikan tiang seri kepada umat Islam.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah

    Semoga kita tetap memerhatikan diri dan istiqamah dengannya agar tidak menyeleweng daripada jalanNya.. sentiasalah ingat akan soalan ini "maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (At-Takwiir 81:26)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah...aamiin

      Menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk larangan~Nya.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Takut dan harap kepada Allah SWT..dunia penuh ujian dan godaan, dunia jg tempat mencari bekalan utk akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Ketahuilah bahawa yang paling utama bagi seorang Mukmin yang sentiasa mengerjakan ketaatan kepada Allah Ta'ala, meletakkan dirinya antara takut dan harap, agar kedua-dua perasaan itu menjadi seperti kepak burung atau dua neraca timbangan kepadanya.

      Delete
  6. Assalamualaikum...

    t.kasih dengan peringatan.
    insyaAllah ada manfaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih kembali..

      Allah berfirman, "Sebagai peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa (memelihara diri dari kejahatan). Mereka yang takut kepada Tuhannya dalam hal yang ghaib, dan mereka penuh ketakutan kepada saat (kiamat)." (Al-Anbiya': 48-49)

      Delete
  7. nice post...

    semoga berkah hoidup kita dengan sennatiasa ingat kepadaNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...

      Nikmat yang banyak Allah kurniakan menjadikan kita orang yang sentiasa ingat akan Dia Yang Maha Pencipta...

      Delete
  8. Assalamualaikum ustaz,
    semoga ustaz sentiasa dalam keredhaanNYA..

    sentiasa istiqamah dala menjalankan ibadah..dan semoga kita juga tidak terlalai walau seketika..mekasih ustaz, atas peringatan ini..InsyaAllah..KY akan sentiasa ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukran mendoakan saya, moga Allah kurniakan juga sedemikian buat KY..aamiin

      Sungguh istiqamah adalah etika yang menjadikan sempurnanya berbagai kewajiban.

      Delete
  9. salam sahabat...

    6 perkara yg belom penah saya tahu sebelum ini, syukran sahabat...
    lamanyaa saya tak singgah sini...moge sahabat sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      Afwan ya sahabat...terima kasih singgah, sering juga bertanya di mana gerangannya menghilang..

      Moge sahabat sihat juga di sana..

      Delete
  10. Alhamdulillah. Peringatan yang mengesankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudaraku, ia menggamitkan rasa keinsafan dan rasa kehambaan...

      Delete
  11. jazakallah atas peringatannya tadz

    ReplyDelete
  12. salam tuan
    Alhamdulillah.syukur..

    Maaf tuan lama tirana aduka x singgah sini.
    Oh ya..tuan ada pkai mto model cam tu ke dulu2.maaf tirana aduka bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Syukran singgah di tempat saya..
      Tidaklah, saya berupaya dengan yang biasa saja..asalkan ianya bisa menyampaikan ke tempat yang dituju, syukur sangat..

      Delete
  13. Assalamu'alaikum Razak...

    Terimakasih kerana masih sudi menjenguk blog kak tirana. Dah lama kak tirana berhenti berblog. Ni baru nak menulis semula..

    Kebanyakan kita lebih takut kepada manusia padahal manusia bukannya ada kuasa. Bila Allah menggunakan kuasa-Nya, tiada kuasa lain yang dapat mengatasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Selamat kembali kak! Seronok dapat membaca tulisan kakak semula.

      Ya kak, ketahuilah sesungguhnya manusia itu tidak dapat mendatangkan kemudaratan melainkan dengan izin Allah SWT, maka kepada~Nya jua kita berserah diri dan memohon pertolongan.

      Delete
  14. assalamualaikum.. moga Allah perlihara hati ini utk sntiasa berada pd lndasan yg btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin aamiin ya Rabbial alamin...

      Delete
  15. Assalammualaikum wbt.

    Salam Maal Hijrah 1434H ustaz. Semoga maju jaya dalam semua bidang. Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Terima kasih atas doa. Salam Maal Hijrah.

      Delete
  16. Assalamualaikum..

    Ya Salam...Sallimna
    Wahai Tuhan yang Maha Menyelamatkan selamatkanlah diri kami dari 6 perkara ini..

    Terima kasih sahabat atas peringatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحة الله

      Aamiin ya Rabbial alamin

      Terima kasih kembali ya sahabat...:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.